KUALA LUMPUR: Nur Dhabitah Sabri, sememangnya dikenali ramai sebagai atlet terjun negara yang tidak pernah lekang dengan senyuman mengiringi setiap terjunan hebat dalam kejohanan yang disertainya.
Walaupun dicabar sengit oleh jaguh-jaguh dunia lain pada saingan akhir 3 meter papan anjal semalam, namun atlet kelahiran Kuala Lumpur itu tidak pernah patah semangat.
Tampil secara eksklusif di saluran radio Astro, GEGAR pagi ini, Nur Dhabitah berkongsi cerita yang mungkin ramai akan menyifatkan sebagai perkara ‘peribadi’ yang tidak pernah dihebahkan sebelum ini.
Menerusi slot GEGAR Pagi yang dikendalikan penyampai Shah dan Mek Zura, Nur Dhabitah ditanya berkenaan kemungkinan sudah ‘berteman’.
“Dhabitah, ‘senyuman’ awak itu ada orang jaga dah tak?” soal Shah.
BACA: Tokyo 2020: Tidak bawa pulang pingat, senyuman Nur Dhabitah paling 'win'
BACA: Tokyo 2020: "Senyumlah Nur Dhabitah" - Pesan Perdana Menteri
BACA: Tokyo 2020: Di sebalik tangisan, Dhabitah pamer semangat juang tinggi
Namun, soalan itu seperti tidak jelas oleh Nur Dhabitah yang minta ia dijelaskan semula.
“Maksud awak? Maksudnya?” katanya.
“Maksudnya, senyuman itu ada yang ’special’ tak yang akan jaga senyuman tu?” soal Shah sekali lagi.
Namun, Nur Dhabitah akui soalan itu ‘senang’ untuk dijawab.
“Ohhh… Ok lah, senang. Saya cakap ‘direct’ la yer.
“Single but not available,” jawabnya.
Jawapan yang diberikan itu membuatkan kedua-dua pengendali, Shah dan Mek Zura terkejut selain menjerit teruja.
Dalam temu bual itu juga, Nur Dhabitah turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus memberi sokongan kepadanya sepanjang kariernya.
Pada Ahad Nur Dhabitah terpaksa akur di kedudukan keempat saingan akhir 3 meter (m) papan anjal wanita individu setelah mengumpul 326.15 mata selepas lima pusingan.
Biarpun terlepas peluang menyumbangkan pingat kedua kepada Malaysia hari ini, aksi Nur Dhabitah mencuri tumpuan rakyat Malaysia sehingga menjadi 'trending' di media sosial, kerana penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu sentiasa mengukir senyuman sebelum melakukan terjunan.
BACA: Tokyo 2020: Pemenang pingat emas puji Nur Dhabitah
Astro Awani
Mon Aug 02 2021

Aksi Nur Dhabitah mencuri tumpuan rakyat Malaysia sehingga menjadi 'trending' di media sosial, kerana penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu sentiasa mengukir senyuman sebelum melakukan terjunan. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Olimpik Paris 2024: Dhabitah tak menyesal, anggap masa 'musuh' terbesar
Meskipun keputusan yang diraih tidak seperti yang diharapkannya, tetapi Dhabitah berkata dia itu tidak pernah menyesal.

Nur Dhabitah perlu serlahkan potensi jika mahu bangkit di LA28 - Bryan Nickson Lomas
Persekutuan Renang Malaysia masih lagi menagih khidmat atlet kelahiran Kuala Lumpur itu.

Olimpik Paris 2024: Bryan tak jangka Nur Dhabitah lakukan kesilapan agak besar
Pengarah teknikal skuad terjun negara Bryan Nickson Lomas tidak menyangka penerjun negara Nur Dhabitah Sabri melakukan kesilapan agak besar di pertengahan saingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal w

'Belum sedia cabaran Olimpik Paris 2024' - Dhabitah
Penerjun berusia 25 tahun itu mendedahkan bahawa perjalanan beliau ke Sukan Olimpik Paris 2024 jauh daripada lancar.

Olimpik Paris 2024: Kem terjun pulang tangan kosong lagi
Kem terjun negara pulang tangan kosong dari Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut.

Olimpik Paris 2024: Misi buru pingat tertangguh, Dhabitah raih tempat ke-12
Dhabitah yang bersaing dengan 11 penerjun lain menamatkan saingan di tempat ke-12 pada aksi akhir.

Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah kekal dalam perebutan pingat, Ashley tersasar
Nur Dhabitah Sabri berjaya mengekalkan kedudukan dalam perebutan pingat untuk acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Paris 2024 dengan mara ke final.

Olimpik Paris 2024: Dhabitah ke final, misi buru pingat acara 3m papan anjal
Keputusan itu menyaksikan Nur Dhabitah menyertai 11 penerjun lain mara ke peringkat perebutan pingat yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.

Olimpik Paris 2024: Dhabitah elak mental 'koyak'
Nur Dhabitah Sabri mempersiapkan mentalnya bagi menghadapi pusingan separuh akhir acara 3 meter papan anjal Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung hari ini (4 petang waktu Malaysia).

Cabaran Malaysia kembali hangat di Paris 2024
Cabaran Kontinjen Malaysia pada hari ke-12 Olimpik Paris 2024 kembali hangat dengan atlet negara beraksi dalam empat jenis sukan.