KUALA LUMPUR: Trio skuasy anak muda Malaysia - Aira Azman, Noor Ainaa Amani Ampandi dan Yasshmita Jadishkumar berjaya melepasi ke pusingan kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia bagi menempah tiket sulung mereka di pentas dunia.
Mereka layak ke pertemuan yang akan diadakan di Chicago dari 3-11 Mei yang menawarkan 12 slot kelayakan masing-masing enam bagi lelaki dan wanita, selepas mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan skuasy Terbuka Britain yang berlangsung baru-baru ini.
Noor Ainaa, 21, yang kini berada dalam keadaan terbaik, meraih dua gelaran berturut-turut dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA), adalah yang pertama berjaya selepas melakar kemenangan mengagumkan 6-11, 11-5, 11-9, 11-6 ke atas pemain Jerman Katerina Tycova dalam pusingan akhir kelayakan di Birmingham pada Jumaat.
Noor Ainaa, yang kini berada di kedudukan ke-83 dunia, terlebih dahulu menundukkan pemain remaja Mesir, Nour Heikal 11-4, 11-4, 11-6 sebelum mengatasi pemain ranking ke-65 Jerman Saskia Beinhard 11-8, 11-6, 11-5 untuk mara ke final.
"Ia adalah satu perasaan luar biasa kerana saya datang ke sini tanpa sebarang tekanan walaupun tahu akan berdepan dengan pemain pilihan. Ini kali pertama saya beraksi dalam acara kelayakan dan rasa seronok dapat bermain ke peringkat dunia buat kali pertama," katanya menerusi kenyataan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) hari ini.
Susulan kejayaan Noor Ainaa, Aira (ranking ke-67) merupakan pilihan ketiga pada acara kelayakan itu, mengalahkan pemain Australia Alex Haydon 11-6, 11-3, 11-8 dalam separuh akhir sebelum membenam pemain Mesir Menna Hamed 11-8, 11-6, 11-4 di final.
Pemain Malaysia ketiga yang berjaya melepasi saingan Yasshmita, 18, yang menewaskan rakan senegara senior Chan Yiwen 8-11, 7-11, 11-8, 11-9, 11-6 pada perlawanan akhir.
Ia merupakan satu pencapaian luar biasa buat atlet kelahiran Seremban itu yang menduduki ranking ke-103 dunia kerana sebelum ini beliau bertarung melalui dua pusingan lima penentu, masing-masing menentang Rana Ismail dari Mesir dan Kiera Marshall dari England.
Selain tiga pusingan kelayakan, pemain Malaysia lain yang telah menempah tempat berdasarkan ranking dunia mereka ialah pemain nombor 23 dunia S. Sivasangari, nombor 25 dunia Rachel Arnold dan di kedudukan ke-26 dunia Aifa Azman.
Dalam acara lelaki, pemain veteran Ivan Yuen, yang bertanding dalam kejohanan pertamanya dalam tempoh lima bulan, juga turut meraikan kejayaan itu selepas mengatasi cabaran sukar untuk menempah tiket ke pertemuan dunia.
Pemain berusia 32 tahun itu bertarung dalam lima perlawanan di separuh akhir sebelum menang ke atas Yannick Wilhelmi dari Switzerland 7-11, 11-6, 11-3, 9-11, 11-5, dan hasil pengalaman pemain nombor 66 dunia itu, berjaya menewaskan remaja Britain Finnlay Withington 13-11, 11-4, 14-12 pada pusingan akhir.
Ivan menyertai rakan senegara dan pemain nombor 21 dunia Ng Eain Yow wakil dua pemain lelaki Malaysia dalam undian utama, menjadikan penyertaan Malaysia seramai lapan orang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023

Mereka layak ke pertemuan yang akan diadakan di Chicago dari 3-11 Mei yang menawarkan 12 slot kelayakan. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Joachim, Sehveetrraa juara Piala Cabaran PSA Hong Kong 2024
Pada aksi final di Kelab Kriket Kowloon, Joachim mengejutkan pilihan ketujuh dan wakil tuan rumah Harley Lam 11-6, 11-6, 11-4.

Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia
Sivasangari muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Nicol David dan Low Wee Wern.

Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.

Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia
Atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah untuk mara selepas mengetepikan wakil Latvia Ineta Hopton 11-6,11-8,11-8.

Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.

Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.

Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland
S Sivasangari tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.

Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.

Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.

Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.