KUALA LUMPUR: Terkilan dan kecewa. Begitulah perasaan yang membelenggu trio memanah recurve lelaki negara.
Bukan sahaja kecewa tersingkir pada suku akhir Kelayakan Sukan Olimpik 2020 di Paris, Sabtu lepas, lebih menyedihkan trio dibarisi Khairul Anuar Mohamad, Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli dan Muhammad Akmal Nor Hasrin itu tidak berupaya menunaikan hasrat bekas rakan sepasukan mereka, Allahyarham Haziq Kamaruddin.
Allahyarham Haziq yang sebelum ini pernah mewakili negara pada Sukan Olimpik di London 2012 dan Rio 2016 memasang impian untuk membuat penampilan ketiganya pada temasya di Tokyo bulan depan, sebelum meninggal dunia pada 14 Mei lepas.
"Memang ada perasaan terkilan kerana tidak dapat tunaikan permintaan arwah Haziq," kata Muhamad Zarif ketika dihubungi Bernama.
Impian trio negara untuk ke Tokyo terkubur selepas tumpas 6-2 kepada pasukan Ukraine yang diwakili Oleksii Hunbin, Heorhiy Ivanytskyy dan Ivan Kozhokar pada peringkat suku akhir kempen kelayakan terakhir Sukan Olimpik itu.
BACA: Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia
BACA: Haziq pernah luah hasrat raih pingat di Tokyo - Jurulatih
BACA: Kematian Haziq akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat - Pakar forensik
Muhamad Zarif yang menggantikan Allahyarham Haziq bagi kejohanan di Paris itu berkata nasib mungkin tidak menyebelahi mereka untuk layak ke Tokyo walaupun merasakan sudah menampilkan prestasi terbaik ketika aksi menentang pasukan Ukraine itu.
Pemanah berusia 22 tahun itu juga mengakui kekurangan pengalaman bersaing di peringkat tertinggi selain beraksi pada saat genting seperti di Paris membantutkan usahanya untuk membantu rakan sepasukan lain layak ke Tokyo.
Namun, beliau yang tidak pernah beraksi di pentas Olimpik, bertekad dan tidak mahu menyerah kalah sebaliknya akan cuba bangkit dan berusaha melayakkan diri ke edisi seterusnya di Paris, tiga tahun dari sekarang.
Khairul Anuar terlebih dahulu mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik menerusi acara individu selepas meraih pingat perak pada Kejohanan Memanah Dunia di Hertogenbosch, Belanda pada Jun 2019.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan menjadi penampilan ketiga buat Khairul Anuar, 29, selepas edisi London 2012 dan Rio 2016, yang turut menyaksikan Muhammad Akmal membuat penampilan pertamanya pada temasya di Brazil itu.
Ketiga-tiga pemanah itu seterusnya dijadual beraksi pada Peringkat Ketiga Piala Dunia 2021 di Paris bermula hari ini hingga 27 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021

Allahyarham Haziq memasang impian untuk membuat penampilan ketiganya pada temasya di Tokyo bulan depan. - Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Olimpik Paris 2024: Trio memanah recurve wanita gagal ke suku akhir
Pasukan negara tewas 3-5 kepada pasukan Indonesia yang dibarisi oleh Rezza Octavia, Syifa Nurafifah Kamal dan Diananda Choirunisa.

Trio recurve lelaki negara terkilan tidak dapat tunai impian arwah Haziq
Allahyarham Haziq memasang impian untuk membuat penampilan ketiganya pada temasya di Tokyo bulan depan.