DALAM ketika semua pasukan boleh dikatakan sedang menarik nafas lega selepas baru saja melepasi pelbagai halangan untuk mempersiapkan diri bagi mengahadapi musim Liga Super 2024/25, siapa sangka ada lagi kisah malang pemain yang tidak dibayar gaji berkumandang.
Terbaharu pemain KL City, Paolo Josue didakwa sudah tujuh bulan tidak dibayar gaji oleh kelab tersebut sehingga kini.
Pemain berasal dari Brazil itu mendakwa bahawa, dia sendiri sebenarnya sudah tidak mengingati bilakah tarikh tepat yang terakhir dia dibayar gaji oleh KL City kerana disebabkan terlalu lama dia bermain secara percuma untuk kelab tersebut.
Bahkan jelas pemain bernasib malang itu lagi, ketika ini beliau terpaksa menampung kehidupan hariannya dengan menggunakan wang simpanan peribadinya untuk meneruskan kelangsungan hidup.
"Ada pemain KL City mengalami tunggakan gaji sejak Mac lalu namun situasi tersebut tidaklah seteruk saya kerana kali terakhir dibayar adalah pada Disember tahun lalu," katanya kepada media.
Menurutnya lagi, beliau pernah berbincang dengan pihak pengurusan KL City untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk keluar dari kemelut itu namun hanya dihidangkan dengan janji yang akhirnya kosong semata.
"Itu semua janji palsu kerana mereka tidak pernah membayarnya! Ramai bertanya sudah tujuh bulan (tertunggak) mengapa masih bersama KL City lagi?..saya kekal kerana sayangkan pasukan," jelasnya lagi.
Astro Arena akan cuba mendapatkan penjelasan terbaik daripada pihak KL City dalam masa terdekat untuk mengesahkan dakwaan oleh Paulo Josue berkenaan tunggakan gajinya.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Mon Jul 08 2024
Josue berkata ketika ini beliau terpaksa menampung kehidupan hariannya dengan menggunakan wang simpanan peribadinya untuk meneruskan kelangsungan hidup. - Stadium Astro
Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.
AWANI Ringkas: Badminton: Tidak perlu tukar sistem 21 mata
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh BSKU dijangka selesai hari ini.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat juang, dedikasi dan ketekunan mampu mengatasi segala cabaran.
Kekurangan tenaga kerja halang inovasi AI sektor kesihatan
Malaysia berdepan cabaran besar dalam mengadaptasi teknologi AI dan digital dalam sektor kesihatan awam akibat kekurangan tenaga kerja mahir. Dengan lebih 8,000 kekosongan jururawat dan ribuan jawatan doktor belum diisi, pakar menegaskan keutamaan kini adalah memastikan tenaga kerja mencukupi bagi mengoptimumkan sistem kesihatan digital negara.
Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar
Setiap dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional.
[TERKINI] JAKIM boleh beri nasihat tapi tidak bersifat dasar
Jemaah Menteri bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberi nasihat kepada umat Islam di negara ini berkaitan keperluan menjaga akidah ketika mengikuti majlis anjuran masyarakat bukan Islam membabitkan unsur keagamaan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
AWANI Ringkas: Jenayah penipuan pelaburan catat kerugian tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kriteria PPKM: Kekuatan kewangan kukuh, dengan modal RM10 juta
Mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh dengan modal berbayar RM10 juta, berstatus Sdn Bhd dan pemilikan tempatan antara kriteria utama pelantikan PPKM. #AWANInews
Tujuh bulan gaji tak berbayar, Paulo Josue akhirnya bersuara!
Pemain KL City, Paolo Josue didakwa sudah tujuh bulan tidak dibayar gaji oleh kelab tersebut.
Josue tidak gentar hadapi pasukan Jordan
Skuad kebangsaan sudah bersedia untuk memberikan cabaran hebat dengan menggunakan segala maklumat mengenai kelemahan Jordan.