KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong menjadikan pengalaman menumbangkan juara dunia Viktor Axelsen di pusingan kedua Kejohanan Badminton All England baru-baru ini, sebagai bekalan untuk mencipta 'magis' di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 pada April ini.
Pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu bersiap sedia berdepan segala kemungkinan untuk menawan kejohanan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu selepas penampilan pertama di Filipina tahun lalu tidak berhasil apabila dibenam seawal pusingan pertama oleh pemain India Kidambi Srikanth.
"Saya belajar banyak di kejohanan Eropah dan yakin tampil aksi lebih baik dalam beberapa siri kejohanan selepas ini, di mana sudah sihat lepas kecederaan di Eropah.
"Saya kembali menjalani latihan Rabu lepas (29 Mac) dan akan sertai BAC selepas ini," katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara semalam.
Tze Yong, 23, enggan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan terburu-buru meletakkan sasaran tinggi dalam kejohanan itu, sebaliknya akan menajamkan kemahiran sedia ada bersama jurulatih Hendrawan untuk menikmati perlawanan demi perlawanan ketika bertemu pihak lawan.
Pada 16 Mac lalu, Tze Yong mencipta sensasi tersendiri apabila menyingkirkan penyandang juara All England, Axelsen pada saingan kedua di Birmingham, namun terpaksa akur apabila ditewaskan Li Shi Feng dari China dalam perhitungan straight set 21-11, 21-11 pada suku akhir.
Beliau bagaimanapun terpaksa menarik diri di suku akhir Terbuka Switzerland (24 Mac) ketika menentang wakil Taiwan, Chou Tien Chen selepas mengalami ketegangan hamstring paha.
Kecederaan itu memaksanya untuk menamatkan kempen di Eropah dengan melupakan kejohanan Masters Sepanyol yang membuka tirai Selasa lalu (28 Mac).
BAC 2023 akan berlangsung di Dubai, UAE pada 25 hingga 30 April ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Tze Yong ketika beraksi pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 12 Jan 2023. - Gambar fail BERNAMA

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Tze Yong perlu atasi trauma kecederaan - Rexy
Perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong perlu berani mengatasi trauma kecederaan bagi memulakan semula karier badminton dengan semangat baharu.

Badminton: Tze Yong sudah kembali berlatih - Rexy
Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong sudah mula menjalani latihan ringan bersama kem skuad kebangsaan sejak dua minggu lepas.

Skuad badminton perlu mulakan misi emas LA28 sekarang - Rexy
Skuad badminton negara yang hadir ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan impian untuk meraih emas sulung negara bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan dua pingat gangsa.

Rashid simpati nasib Tze Yong
Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek berasa simpati dengan nasib dialami perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang terpaksa melupakan hasrat membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik.

Tarik diri saingan BAC, Tze Yong bakal terlepas Paris 2024
Ng Tze Yong bakal terlepas penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Paris selepas dia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia (BAC).

Tze Yong masih berpeluang realisasi misi Olimpik Paris andai juarai BAC 2024
Ng Tze Yong masih berpeluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 aris sekiranya berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024.

Tze Yong harus berhati-hati, sakit belakang cenderung untuk kembali
Dr SS Cheema berkata, sakit belakang tidak dapat diramalkan.

Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh sebelum kelayakan ke Paris 2024 berakhir
Hannah menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, berakhir April ini.

SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.