Selepas mempamerkan skil ‘ground game’ yang memberangsangkan, petarung MMA Rusia, Islam Makhachev membuktikan bahawa dia kini sudah bersedia untuk berdepan petarung terbaik di UFC.
Dalam aksi UFC 259 sebentar tadi, jaguh kelahiran Dagestan itu berjaya menewaskan Drew Dober dari Amerika Syarikat menerusi ‘submission’ pada pusingan ketiga.
Makhachev dilihat mendominasi lawannya pada pusingan pertama melalui kemahiran ‘jiu-jitsu’ yang tinggi, serta hampir mengunci Dober dengan ‘arm-bar’.
Bagaimanapun, Dober berjaya melepaskan diri di saat akhir pusingan tersebut.
Pusingan kedua menyaksikan Makhachev melakukan beberapa ‘take down’ terhadap Dober, sekali lagi membawa pertarungan ke lantai Octagon.
Pada pusingan ketiga, Dober yang sudah kehabisan tenaga, akhirnya menyerah kalah apabila Makhachev melakukan kuncian ‘arm-triangle choke’ pada minit 1:37.
Keputusan itu turut melebarkan rekod kemenangan Makhachev kepada 19-1, beserta rekod kemenangan tujuh kali berturut-turut.
Dalam temu bual selepas perlawanan, Makhachev, 29, menyatakan dia sudah bersedia untuk menerima cabaran dari petarung terbaik dari divisyen lightweight.
Dia juga menyasarkan untuk bersaing bagi merebut kejuaraan tahun depan.
“Awal 2022 nanti, saya akan bertarung untuk kejuaraan,” katanya.
Makhachev juga merupakan bekas juara dunia gusti sambo dan rakan sepasukan juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov.
Dia juga dilatih oleh Khabib yang turut menjadi ‘cornerman’ untuk pertarungan ini.
Haider Yutim
Sun Mar 07 2021
![UFC 259: 7 kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sasar kejuaraan lightweight UFC 259: 7 kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sasar kejuaraan lightweight](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615096308_TBISLAMUFCx.jpg)
Kemenangan terbaharu ini melebarkan rekod kemenangan Makhachev kepada 19-1, beserta rekod kemenangan tujuh kali berturut-turut. - Foto Instagram/@UFC
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![UFC 311: Islam Makhachev kekal kejuaraan, tundukkan Moicano dalam satu pusingan UFC 311: Islam Makhachev kekal kejuaraan, tundukkan Moicano dalam satu pusingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737268428_IslamMakhachev.jpg)
UFC 311: Islam Makhachev kekal kejuaraan, tundukkan Moicano dalam satu pusingan
Islam Makhachev berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Renato Moicano dari Brazil pada aksi UFC 311, pada Ahad.
![Islam kukuh reputasi, belasah Poirier di UFC 302 Islam kukuh reputasi, belasah Poirier di UFC 302](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717309745_UFC.jpg)
Islam kukuh reputasi, belasah Poirier di UFC 302
Islam Makhachev mengukuhkan reputasinya selaku petarung pound for pound nombor satu di dunia selepas menumpaskan Dustin Poirier di UFC 302.
![Islam ada kejutan buat Poirier Islam ada kejutan buat Poirier](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717211310_poirier.jpg)
Islam ada kejutan buat Poirier
UFC 302 yang berlangsung di Newark, New Jersey, pada Ahad turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Nurmagomedov ke Oktagon.
![Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716168542_tbMMA.jpg)
Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
!['Palestin, kami bersama anda!' - Islam Makhachev kekal kejuaraan, enggan rai kemenangan di UFC 'Palestin, kami bersama anda!' - Islam Makhachev kekal kejuaraan, enggan rai kemenangan di UFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697980204_IslamMakhachevUFC.jpg)
'Palestin, kami bersama anda!' - Islam Makhachev kekal kejuaraan, enggan rai kemenangan di UFC
Makhachev, 31, selaku juara lightweight UFC, menumpaskan Volkanovski menerusi 'knock out' pada minit 3:06 pusingan pertama.
![UFC 284: Islam Makhachev kekal kejuaraan lightweight, kini No.1 dalam 'pound for pound' UFC 284: Islam Makhachev kekal kejuaraan lightweight, kini No.1 dalam 'pound for pound'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666586581_TBIslamMakhachev.jpg)
UFC 284: Islam Makhachev kekal kejuaraan lightweight, kini No.1 dalam 'pound for pound'
Islam Makhachev mengekalkan kejuaraan lightweight miliknya selepas mengalahkan Alexander Volkanovski dalam acara utama UFC 284, pada Ahad.
![McGregor akui miliki teknik kalahkan Islam Makhachev McGregor akui miliki teknik kalahkan Islam Makhachev](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666586581_TBIslamMakhachev.jpg)
McGregor akui miliki teknik kalahkan Islam Makhachev
McGregor akui kagum dengan corak pertarungan dipamerkan Islam Makhachev di UAE, namun menegaskan dia ada tekniknya sendiri.
![Islam Makhachev juara baharu lightweight UFC Islam Makhachev juara baharu lightweight UFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666484853_EtihadArena.jpg)
Islam Makhachev juara baharu lightweight UFC
Islam Makhachev melakar kemenangan bergaya ke atas Charles Oliveira untuk meraih kejuaraan lightweight UFC pada Ahad.
![UFC: Islam Makhachev mahukan 'title fight' selepas kemenangan mudah ke atas Bobby Green UFC: Islam Makhachev mahukan 'title fight' selepas kemenangan mudah ke atas Bobby Green](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645934623_IslamMakhachev.jpg)
UFC: Islam Makhachev mahukan 'title fight' selepas kemenangan mudah ke atas Bobby Green
Islam Makhachev mencatatkan kemenangan kesepuluhnya dalam UFC, selepas menewaskan Bobby Green dari dalam acara utama UFC Vegas 49 pada Ahad.
![UFC 267: Sembilan kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sedia untuk 'title fight' UFC 267: Sembilan kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sedia untuk 'title fight'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635635620_khabib.jpg)
UFC 267: Sembilan kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sedia untuk 'title fight'
Selepas mencatat kemenangan kesembilan berturut-turut, Islam Makhachev akui sudah bersedia untuk bertarung bagi merebut kejuaraan gelaran lightweight UFC.