SEBAGAI organisasi seni bela diri campuran (MMA) terbesar dunia, UFC mengikat kontrak pertarungan bersama dengan lebih daripada 600 petarung.
Dengan angka yang begitu besar, sudah pasti petarung UFC ini datang dari setiap pelosok dunia dan mempunyai latar belakang budaya dan agama yang berbeza-beza.
Mengambil kira acara UFC 267 yang akan dianjurkan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, UFC mengambil peluang ini sebaiknya untuk mengetengahkan petarung-petarung mereka yang beragama Islam.
Setakat artikel ini ditulis, UFC 267 dijadualkan mempunyai sebanyak 15 pertarungan MMA dari pelbagai kelas berat yang melibatkan seramai 30 pertarung.
Dari jumlah tersebut, lapan petarung adalah petarung yang berlatar belakangkan agama Islam.
Mendahului para petarung Muslim pada acara kali ini tidak lain dan tidak bukan adalah Islam Makhachev (20-1) yang berasal dari Dagestan, Russia.
Nama Islam mulai meningkat naik selepas rakan baiknya Khabib Nurmagomedov yang merupakan bekas juara lightweight UFC mengumumkan persaraannya pada Oktober tahun lalu.
Selain menjadi rakan karib Khabib sejak kecil, Islam adalah anak didik jurulatih MMA tersohor Dagestan yang juga bapa kepada Khabib iaitu Allahyarham Abdulmanap Nurmagomedov.
BACA: Islam Makhachev, prospek baharu UFC dari Dagestan
BACA: Islam Makhachev catat kemenangan kelapan berturut-turut dalam UFC
Islam yang kini menduduki ranking kelima kelas lightweight bakal berhadapan Dan Hooker (21-10) yang berasal dari New Zealand yang mempunyai pengalaman cukup luas dalam MMA.
Selain Islam, seorang lagi rakan sepasukan Khabib juga bakal membuat kemunculan, iaitu Zubaira Tukhugov (19-5).
Zubaira yang berasal dari Chechnya bakal dicabar Ricardo Ramos (15-3) dalam kelas berat featherweight.
Ini merupakan kemunculan Zubaira yang pertama sejak setahun lalu selepas tewas di tangan Hakeem Dawodu menerusi keputusan berbelah bagi juri.
Seorang lagi petarung Muslim yang bertaraf bintang adalah Khamzat Chimaev (9-0). Nama Khamzat mula mendapat perhatian komuniti MMA apabila dia bertarung sebanyak dua kali dalam kelas berat yang berbeza (middleweight dan welterweight) dalam masa 10 hari sahaja.
Bukan hanya sekadar menang kedua-dua pertarungan, Chimaev menang menerusi kuncian dan TKO serta mempamerkan aksi yang begitu dominan.
Cabaran terbaru Chimaev pada kali ini bakal datang dari petarung China, Li Jingliang (18-6). Pertarungan Chimaev dan JingLiang akan diadakan dalam kelas welterweight.
Rata-rata peminat MMA menunggu aksi dari Khamzat kerana sebelum ini dia terpaksa berehat lebih setahun akibat kesan sampingan kesihatan selepas disahkan positif COVID-19.
Seorang lagi petarung beragama Islam kelahiran Dagestan yang ditunggu-tunggu adalah Magomed Ankalaev (15-1). Ankalaev mempunyai prospek yang besar di UFC kerana sering disebut-sebut sebagai bakal juara dalam kelas berat light heavyweight.
Ankalaev yang kini menduduki ranking ke tujuh bakal dicabar petarung yang berasal dari Switzerland, Volkan Oezdemir (17-5).
Walaupun Oezdemir pernah tewas sebanyak lima kali, Ankalev tidak boleh memandang rendah dengan kemampuan lawannya. Lebih-lebih lagi Oezdemir pernah bertarung dalam pertarungan kejuaraan pada tahun 2018.
Antara petarung Muslim lain yang bakal beraksi di pentas UFC 267 adalah seperti Albert Duraev, Shamil Gamzatov, Magomed Mustafaev dan Tagir Ulanbekov.
Anda boleh menyaksikan acara UFC 267 secara langsung dan esklusif di Astro SuperSport 5 (saluran 815) pada 30 October bermula 11:30 malam bagi pertarungan dalam 'premilinary card'.
BACA: UFC 267: Dua pertarungan kejuaraan, nama besar MMA jadi pertaruhan
Bagi pertarungan di 'main card', ianya akan berlangsung pada 31 October bermula 2:00 pagi di saluran yang sama.
Hilmi Ismail
Wed Oct 27 2021

Nama Islam Makhachev mulai meningkat naik selepas rakan baiknya Khabib Nurmagomedov yang merupakan bekas juara lightweight UFC mengumumkan persaraannya pada Oktober tahun lalu. - Foto Instagram/@Islam_Makhachev

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

UFC 267: Sembilan kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sedia untuk 'title fight'
Selepas mencatat kemenangan kesembilan berturut-turut, Islam Makhachev akui sudah bersedia untuk bertarung bagi merebut kejuaraan gelaran lightweight UFC.

UFC 267: Derita akibat 'long COVID', bersediakah Khamzat Chimaev untuk beraksi?
Nama petarung UFC Khamzat Chimaev melonjak naik dalam dunia seni bela diri campuran (MMA) bermula pada July 2020.

UFC 267: Prebiu penuh pra-pertarungan Islam Makhachev vs Dan Hooker
Dua pencabar utama UFC dalam kelas berat lightweight bakal bertembung hujung minggu ini dalam UFC 267 yang akan berlangsung di Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu.

UFC 267: Berlangsung di Abu Dhabi, UFC ketengahkan petarung Muslim
Mendahului para petarung Muslim pada acara kali ini tidak lain dan tidak bukan adalah Islam Makhachev yang berasal dari Dagestan, Russia.

UFC 267: Dua pertarungan kejuaraan, nama besar MMA jadi pertaruhan
UFC 267 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini sudah pasti membuatkan peminat seni bela diri campuran (MMA) dan pengikut UFC tertunggu-tunggu.