SHAH ALAM: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, mengingatkan rakan sepasukan agar tidak leka dengan kejayaan bersejarah muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia buat kali pertama di sini, hari ini.
Pemain nombor tujuh dunia itu berkata ini kerana kebanyakan pasukan menghantar barisan kedua mereka berbanding Malaysia, yang membariskan skuad utama pada edisi 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, di sini, sejak Selasa lepas.
"Jangan gembira sangat tetapi ye, ia masih satu gelaran untuk kami," katanya kepada pemberita selepas perlawanan akhir hari ini.
Justeru, Zii Jia yang menyumbang mata pertama negara selepas menewaskan Chico Aura Dwi Wardoyo, 14-21, 21-12, 21-10, berharap, para pemain agar mengekalkan momentum mereka sebelum berjuang memburu kejuaraan yang lebih penting, iaitu Piala Thomas dijadual berlangsung di Bangkok, Thailand, Mei ini.
Pasukan Malaysia muncul juara badminton Asia baharu selepas menundukkan Indonesia, 3-0, sekali gus menyekat hasrat musuh tradisi itu daripada menjuarai gelaran keempat berturut-turut kejohanan yang bermula sejak 2016 itu.
Dalam pada itu, Soh Wooi Yik pula mengakui sudah bersedia untuk bermain dalam set penentuan sehingga menyaksikan mereka bangkit daripada ketinggalan, untuk meraih mata kedua buat Malaysia.
Wooi Yik bersama pasangannya, Aaron Chia berhempas pulas dalam perlawanan kedua selepas menerima tentangan hebat dari Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 17-21, 21-13, 21-18.
Aaron pula berkata beliau masih belum berpuas hati dengan persembahannya sepanjang kejohanan ini berlangsung, dan berazam untuk meningkatkan prestasi pada masa depan.
Pemain muda meningkat naik, Ng Tze Yong berkata beliau tidak berdepan tekanan selepas menyedari Malaysia mempunyai kelebihan dengan kedudukan 2-0, sebelum masuk ke gelanggang berdepan pemain ke-90 dunia Ikhsan Leonardo Imanuel Rumbay.
"Pasukan bagi keyakinan banyak lepas mendahului 2-0 dan saya pun tiada tekanan dan cuma berikan yang terbaik," katanya yang memberi mata kemenangan kepada Malaysia selepas unggul membenam Ikhsan, 21-14, 21-15.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann, menyifatkan kem perseorangan lelaki negara telah menampilkan aksi stabil dalam pertandingan ini.
Beliau turut memuji persembahan Zii Jia yang disifatkannya bagus dan tampil lebih tenang bagi membantu pasukan negara menjulang trofi BATC kali ini.
"Permainan Tze Yong juga stabil, lebih-lebih lagi selepas beliau baharu sahaja sembuh daripada dijangkiti COVID-19 baru-baru ini," katanya.
Choong Hann pada masa sama mengakui pasukan Malaysia tidak berdepan cabaran yang getir selepas banyak pasukan mempertaruhkan skuad kedua, namun tetap menghormati langkah negara lain bertindak sedemikian.
Bagi Pengarah Kejurulatihan Beregu Rexy Mainaky, jurulatih kelahiran Indonesia juga bangga dengan prestasi Aaron-Wooi Yik dalam BATC kali ini, apabila berjaya mengawal kegopohan mereka yang terlalu inginkan kemenangan sehingga membawa padah kepada mereka sebelum kejohanan ini.
Selain meraikan kejayaan di hadapan penyokong sendiri, pasukan Malaysia juga pastinya berbangga dapat membalas dendam kekalahan mereka kepada Indonesia, 1-3, pada aksi final edisi 2020 di Manila, Filipina.
Kejayaan skuad wanita Indonesia yang meraih kejuaraan sulung BATC di sini, selepas menewaskan Korea Selatan 3-1, awal hari ini, sedikit sebanyak mengubat kekecewaan skuad lelaki yang gagal mempertahankan kejuaraan dimenangi di Filipina.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022

Zii Jia berharap, para pemain agar mengekalkan momentum mereka sebelum berjuang memburu kejuaraan yang lebih penting, iaitu Piala Thomas. - Gambar/ Bernama

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

BATC 2022: Keluarga Malaysia bangga kejayaan skuad negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah atas kejayaan skuad lelaki kebangsaan menjuarai BATC 2022.

Usah terbuai dengan kejayaan BATC 2022 - Zii Jia
Zii Jia mengingatkan rakan sepasukan agar tidak leka dengan kejayaan bersejarah muncul juara BATC 2022 hari ini.

Skuad wanita Indonesia rangkul kejuaraan badminton BATC 2022
Ini adalah kejuaraan pertama Indonesia sejak kejohanan itu bermula pada 2016.

BATC 2022: Tewaskan Korea Selatan, skuad lelaki negara mara ke final
Skuad badminton lelaki negara tidak berdepan masalah untuk mara ke final selepas menewaskan Korea Selatan 3-0 dalam aksi separuh akhir.

BATC 2022: Skuad wanita negara bangkit tewaskan Jepun
Skuad wanita kebangsaan memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 dengan bergaya selepas berjaya mengecewakan juara bertahan, Jepun, 2-3.

BATC 2022: Pemain badminton kebangsaan M. Thinaah positif COVID-19
BATC 2022 yang membuka tirainya di Pusat Konvensyen Setia City hari ini akan diadakan sehingga Ahad (20 Feb).

Rashid harap Malaysia buat kejutan di BATC 2022
Rashid mahu melihat para pemain membuktikan bahawa mereka mampu mengatasi tekanan bermain di laman sendiri, selain mempamerkan semangat berpasukan tinggi.

Pemain dengan prestasi terbaik galas cabaran negara di BATC 2022
Pemilihan Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disebabkan kedua-dua pemain itu yang lebih menonjol dalam tempoh setahun kebelakangan ini.