KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki utama negara Soh Wooi Yik mahu menggunakan tempoh lebih sebulan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 semaksimum mungkin dalam misi mencabar pingat emas.
Pemain berusia 26 tahun yang muncul juara dunia 2022 bersama Aaron Chia membuat keputusan untuk terus berada di asrama Akademi Badminton Malaysia (ABM) sehingga berlepas ke Aire Sur La Lys, Perancis untuk kem latihan 10 hari bermula 10 Julai ini.
Selain itu, Wooi Yik dan Aaron bersama-sama pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) - gandingan beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei - turut meminta untuk latihan tambahan pada waktu malam bagi memantapkan persediaan menjelang temasya Paris 2024 bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
"Saya mahu tinggal di ABM kerana mahu fokus sepenuhnya dan mantapkan persiapan tanpa sebarang gangguan lain. Saya boleh buat hal sendiri di sini seperti analisa permainan dan mudah (untuk akses fasiliti) di sini.
"Dalam masa singkat ini, saya fokus meningkatkan permainan sendiri dan meningkatkan keupayaan fizikal serta mempunyai sesi latihan malam. Jadi saya pun mahu berehat selepas latihan tambahan itu dan tidak mahu pergi ke mana-mana," katanya ketika ditemui pemberita di ABM, Bukit Kiara di sini.
Wooi Yik berkongsi bahawa kem motivasi bersama pakar psikologi BAM Frederick Tan di Pulau Pinang pada hujung minggu membantu mereka untuk meningkatkan motivasi dan semangat menjelang Paris 2024, serta mengajar mereka bagaimana untuk menghadapi sesuatu situasi ketika temasya terbesar dunia itu.
Sementara itu, Aaron menjelaskan latihan sebelah malam selama dua atau tiga kali seminggu, tambahan bagi latihan pagi dan petang, lebih fokus kepada memperbaiki skil dan teknik.
"Kita tak banyak masa sekarang, jadi sesi tambahan dalam dua jam ini kita gunakan untuk buat pembetulan kita punya skil," katanya yang bakal membuat penampilan kedua di Olimpik selepas meraih gangsa di Tokyo 2020.
Beliau berkata walaupun kali kedua ke Olimpik, perasaan ke Tokyo berbeza susulan pandemik COVID-19 yang menyebabkan persiapan dalam situasi yang berbeza.
Aaron percaya bahawa, bagaimana mereka menghadapi tekanan lebih penting berbanding pengalaman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024
![Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718916316_AaronChiaSohWooi.jpg)
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pada sesi latihan skuad badminton kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, 20 Jun 2024. -- fotoBERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734946270_AaronChia.jpg)
Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.
![Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726218522_tbSohWooiYik.jpg)
Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.
![Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724480244_AaronChia.jpg)
Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
![Aaron-Wooi Yik tidak rehat lama lepas menang gangsa Olimpik Paris Aaron-Wooi Yik tidak rehat lama lepas menang gangsa Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723016685_badminton.jpg)
Aaron-Wooi Yik tidak rehat lama lepas menang gangsa Olimpik Paris
Usai kempen Olimpik Paris, beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hanya akan berehat seketika.
![Olimpik Paris 2024: Aaron Chia, Wooi Yik lolos ke separuh akhir, tewaskan jaguh India Olimpik Paris 2024: Aaron Chia, Wooi Yik lolos ke separuh akhir, tewaskan jaguh India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722514107_tbParisOlimpik.jpg)
Olimpik Paris 2024: Aaron Chia, Wooi Yik lolos ke separuh akhir, tewaskan jaguh India
Meskipun ketinggalan, namun pasangan negara berjaya bangkit dan menang di set terakhir 21-16, sekali gus mara ke separuh akhir.
![Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718916316_AaronChiaSohWooi.jpg)
Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik
Wooi Yik membuat keputusan untuk terus berada di asrama ABM sehingga berlepas ke Aire Sur La Lys untuk kem latihan 10 hari bermula 10 Julai.
![Piala Thomas: Malaysia diundi bertemu Jepun di suku akhir Piala Thomas: Malaysia diundi bertemu Jepun di suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714598859_PialaThomasMalaysia.jpg)
Piala Thomas: Malaysia diundi bertemu Jepun di suku akhir
Skuad kebangsaan akan meneruskan kempen demi misi membawa Piala Thomas pulang ke tanah air sejak kali terakhir memenanginya pada 1992.
![Hadiah hari lahir, kalahkan Jepun - Wooi Yik Hadiah hari lahir, kalahkan Jepun - Wooi Yik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708209922_BereguNegara.jpg)
Hadiah hari lahir, kalahkan Jepun - Wooi Yik
Wooi Yik berkongsi peristiwa kekalahan kepada pasangan Jepun pada kejohanan sama dua tahun lepas menjadi pembakar semangat buatnya.
![SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708167834_Badminton.jpg)
SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kebangkitan luar biasa untuk memastikan mata kedua sekali gus hanya selangkah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.
![Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024 Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693116392_TBBEREGU.jpg)
Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempunyai 'senjata rahsia' apabila enggan mendedahkan rejim latihan baharu, dalam menghadapi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024.