KUALA LUMPUR: Kejohanan superbike dunia (WSBK) lebih diminati pengguna motosikal berkuasa tinggi walaupun perlumbaan MotoGP merupakan perlumbaan paling prestij bagi kategori motosikal.
Mana tidaknya, perlumbaan itu menggunakan 'production bike' ataupun motosikal yang dijual di pasaran seperti Ducati Panigale, Aprilia RSV4, BMW S1000 RR dan Kawasaki ZX10R.
Jadi perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang bermula esok lebih dekat di hati penonton terutama sekali pemilik motosikal Kawasaki ZX10R.
Pemilik ZX10R ataupun Kawasaki dapat berbangga kerana motosikal yang dimiliki mereka merupakan model yang paling kuat musim ini berbanding motosikal berkuasa tinggi jenama lain.
Kawasaki ZX10R kini mendahului model lain yang bersaing pada perlumbaan itu.
Pelumba pasukan Kawasaki, Jonathan Rae kini mendahului kejohanan selain semakin hampir dimahkotakan sebagai juara WSBK musim ini.
Bukan sahaja perlumbaan superbike menjadi tumpuan, bagi pengurus pemasaran dan komunikasi SIC, Amiela Junita Nasir, WSBK di Sepang tahun ini merupakan festival motosikal terbesar di Malaysia.
Menurut Junita, peminat yang hadir dapat menguji kehandalan mereka dalam pelbagai cabaran motosikal yang dianjurkan SIC pada sebuah litar yang dibina khas.
Antara cabaran yang mencuri tumpuan adalah Motack, Moto Jamm, finale WSBK Wheelie Challenge selain pertunjukkan stunt bike oleh Aaron Twite.
Acara tumpuan sudah pasti kepada perarakan motosikal berkuasa tinggi pada 2 Ogos yang melibatkan 700 buah motosikal dari jenama Kawasaki, Aprilia dan Ducati.
Sambutan untuk WSBK juga dijangka semakin meningkat sejak penganjuran pertamanya tahun lalu.
Menurut ketua pegawai eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali, sehingga petang tadi, jualan tiket sudah mencecah lebih 60% daripada sasaran 35,000 tiket.
Jelas beliau, walaupun penjualan tiket agak perlahan, orang ramai biasanya membuat keputusan untuk membeli tiket pada saat akhir kerana jumlah jualan semakin meningkat berdasarkan laporan terbaharu petang tadi.
Pada tahun pertama penganjuran WSBK di Sepang, sebanyak 30,000 tiket dijual.
Ian Johan Ariff
Thu Jul 30 2015
8 pelumba WSBK mengadakan lawatan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur petang tadi. Gambar - Ian Johan Ariff.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
'Allah uji kita tanda sayang' - Amyra Rosli
Selepas kesihatan diri sendiri diuji gara-gara penyakit misteri, emosi Amyra Rosli berlarutan terganggu apabila anaknya, Ayra Aryssa diuji penyakit keradangan saluran darah dikenali sebagai Kawasaki.
Kawasaki cipta robot berbentuk kambing
Syarikat itu ingin mengembangkan lagi Bex bagi membolehkannya digunakan di kilang pembuatan, tapak pembinaan serta ladang.
Yamaha, Honda bangunkan enjin 250cc empat silinder saingi Kawasaki ZX-25R?
Honda mempunyai CBR250RR, Yamaha memiliki FZR250, Kawasaki pula ZXR250 manakala Suzuki GSX-R250.
Kenapa Kawasaki tidak ada dalam saingan kelas MotoGP?
Adakah syarikat pengeluar motor Jepun ini takut dengan saingan MotoGP yang didominasi Honda, Yamaha dan Ducati atau ada perkara lain yang berlaku?
Tiada kes Kawasaki di Malaysia - Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada kes penyakit Kawasaki yang menjangkiti kanak-kanak positif COVID-19 di Malaysia setakat ini.
AS pantau penyakit Kawasaki serang kanak-kanak
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan pihaknya sedang menjalankan pemantauan terhadap kanak-kanak yang dikatakan menghidap penyakit Kawasaki di negara itu.
COVID-19: New York beri amaran kanak-kanak mungkin alami simptom berbeza
Ia susulan kematian tiga kanak-kanak dikaitkan dengan COVID-19, namun menunjukkan simptom keradangan serius seperti sindrom Kawasaki.
Kes penyakit Kawasaki mungkin meningkat akibat COVID-19 - Pakar perubatan
Puluhan kanak-kanak kini mengalami penyakit itu yang menunjukkan simptom demam, ruam, dan sakit perut.
Syarikat gergasi Jepun komited tingkatkan pelaburan di Malaysia
Beberapa syarikat gergasi Jepun telah memberi komitmen untuk mengembangkan pelaburan dan perniagaan mereka di Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Liga J: Frontale raih tiga mata di laman sendiri
Kawasaki Frontale menewaskan Omiya Ardija 2-1, pada aksi yang berlansung pada Rabu dalam Bola Sepak Liga J.