KUALA LUMPUR: Juara perseorangan lelaki All England 2021 Lee Zii Jia mempunyai persamaan dengan bekas pemain nombor satu dunia dan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, kata legenda badminton tanah air Datuk Misbun Sidek.
Pengarah Teknikal skuad badminton remaja negara itu berkata persamaan tersebut dapat dilihat dari segi keupayaan serta karisma Zii Jia, 23, selain pembawaan dirinya dalam meniti kerjaya menjadi seorang pemain terbaik di persada dunia.
"Kalau pada usia muda macam ni, dengan pukulan padu dan kuat, cara dia menerima tekanan di pertandingan besar, ini baru dua kali dia bermain di All England. Tahun lepas dia dapat masuk ke separuh akhir dan tahun ini jadi juara.
"Jadi ciri-ciri dan karisma (yang ada pada Chong Wei) itu ada (pada dirinya), cara dia membawa dirinya (seperti Chong Wei) memang ada," katanya ketika ditemui pemberita di Istana Negara semalam selepas menghadiri jamuan teh bersama skuad All England 2021 negara.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam berkenan meraikan skuad negara ke Kejuaraan All England 2021 dalam Majlis Jamuan Teh di Istana Negara.
BACA: Zii Jia intai status pemain nombor satu dunia dalam tempoh dua tahun
Zii Jia mencipta sensasi dalam arena badminton negara selepas merangkul gelaran sulung All England bulan lepas dengan menumbangkan nama besar badminton seperti pemain nombor satu dunia dari Jepun Kento Momota pada suku akhir sebelum menewaskan juara bertahan dari Denmark Viktor Axelsen pada final.
"Tetapi sekarang ini bagaimana nak membentuk dia (Zii Jia) ke arah yang lebih tangkas dan jitu lagi dari keseluruhan aspek. Maksudnya dari segi fizikal, teknik, taktikal, mental dan deria rasanya," kata Misbun.
Selaku individu bertanggungjawab mencungkil bakat serta membentuk Chong Wei dan Zii Jia, Misbun berpendapat Zii Jia perlu memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek kecergasan fizikal untuk menjadi seorang pemain yang lebih stabil dalam kesemua kejohanan peringkat tertinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 07 2021

Yang di-Pertuan Agong berkenan beramah mesra bersama Misbun pada Majlis Jamuan Teh bersama Pasukan Badminton All-England Malaysia di Istana Negara, Kuala Lumpur, 6 April, 2021. --fotoBERNAMA

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.

"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.

Paralimpik Paris 2024: Chong Wei beri 'tabik spring' buat kontinjen negara
Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah kepada kontinjen para negara yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.

'Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei
PERKONGSIAN mencuit hati legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengenai perpaduan kaum di Malaysia sekali lagi mencuri perhatian.

Jangan jadi wira papan kekunci - Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei menggesa netizen supaya tidak berselindung di sebalik profil tanpa nama untuk membuat kenyataan menghina atlet Malaysia berikutan tamatnya Sukan Olimpik Paris.

‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."

Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'
Lee Chong Wei mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.

Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei
Kira-kira dua minggu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, debaran pastinya kian dirasai pemain-pemain badminton negara apatah lagi selepas undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.

Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM
Chong Wei pernah menerima tawaran daripada BAM dan luar negara tetapi masih tidak berminat untuk menjadi jurulatih.