PUTRAJAYA: Jaguh badminton perseorangan negara Lee Zii Jia memberikan dirinya masa dua tahun untuk mencapai status sebagai pemain nombor satu dunia selepas melangkah ke senarai kelompok lapan pemain terbaik baru-baru ini.
Pemain berusia 23 tahun itu berkata mengekalkan permainan yang lebih stabil merupakan salah satu kelemahan dirinya semasa beberapa kejohanan lalu namun sedang berbincang dengan jurulatih untuk memperbaiki strateginya.
"Saya rasa satu atau dua tahun untuk cuba mengatasi masalah ini dan jadikan permainan lebih stabil. Harap boleh jadi pemain nombor satu dunia selepas itu," katanya kepada pemberita selepas bertemu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Mercan di pejabatnya di sini pada Isnin.
Pertemuan tersebut turut disertai juara beregu wanita Terbuka Switzerland Pearly Tan-M.Thinnah, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi.
Mengenai Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini, Zii Jia, selaku juara All England, berkata beliau seperti pemain lain mahu menyasarkan pingat emas namun banyak faktor lain perlu dipertimbangkan terutama tekanan yang bakal dihadapi pada temasya sukan terbesar itu.
"Saya mahu menjadikan Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu pengalaman dan memberikan yang terbaik tanpa sebarang tekanan," katanya.
Mengenai sistem permarkahan baharu 11 mata dalam lima set yang sedang dibincangkan untuk dilaksanakan selepas Sukan Olimpik Tokyo, Zii Jia berpendapat ia akan memberi manfaat kepada pemain menyerang seperti dirinya.
"Saya rasa agak cergas untuk sistem permarkahan 11 mata kerana saya sering menggunakan strategi serangan dalam perlawanan. Perubahan dalam sistem permarkahan bermakna saya perlu mengamalkan sistem latihan berbeza dan perlu menyesuaikan diri dengan secepat mungkin," katanya.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dilaporkan akan mengadakan undi berhubung sistem baharu itu iaitu 21 mata dalam tiga set (21x3) kepada 11 mata dalam lima set pada mesyuarat agung tahunan badan induk dunia itu bulan depan.
Sementara itu, Reezal Merican berkata seramai 264 atlet dan pegawai yang sudah dan sedang berusaha untul layak ke Sukan Olimpik Tokyo akan menertima dos pertama suntikan vaksin COVID-19, minggu depan.
Katanya, ia akan diikuti oleh pemain Liga Malaysia (Liga-M) dan atlet yang membuat persiapan ke Sukan SEA Hanoi 2021, November ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021

Zii Jia mahu menyasarkan pingat emas namun banyak faktor lain perlu dipertimbangkan terutama tekanan yang bakal dihadapi pada Sukan Olimpik Tokyo. - Foto Facebook/bwfbadminton
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.