KUALA LUMPUR: Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia antara pemain yang kembali menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara di sini, yang sebelum ini ditutup susulan penularan wabak COVID-19 dikesan di lokasi berkenaan.
Beregu wanita muda negara meningkat naik, Pearly Tan-M.Thinaah juga dilihat menyertai Zii Jia dan beberapa pemain lain dalam sesi latihan yang dijalankan di ABM sejak Selasa lepas.
Mereka kembali menjalani latihan selepas lebih seminggu tidak berbuat demikian sejak 15 individu didapati positif COVID-19 di ABM, baru-baru ini.
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berkata sesi kali ini hanya melibatkan pemain yang terlibat dengan kejohanan dijadual berlangsung dalam tempoh sebulan dari sekarang.
"Sesi bermula dengan latihan ringan termasuk di gimnasium sebelum kita teruskan dengan rejim latihan yang lebih berat selepas ini," katanya dalam satu video dimuat naik di laman Facebook BAM hari ini.
Choong Hann menegaskan sesi latihan kali ini dijalankan dengan mengikut prosedur operasi standard yang ketat (SOP) termasuk cuba mengehadkan jumlah pemain pada satu-satu masa seperti di gimnasium dalam usaha membendung penularan virus itu.
Enam pemain di ABM disahkan positif COVID-19 pada 17 April dan pada 23 April BAM mendapati lapan lagi pemain pelapis disahkan positif jangkitan virus semasa ujian saringan pada 20 April dan seorang lagi dikesan positif dalam saringan pada Sabtu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 30 2021
Lee Zii Jia antara pemain yang kembali menjalani latihan di ABM, yang sebelum ini ditutup susulan penularan wabak COVID-19. - Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
Liek Hou gondol dua emas di Sepanyol
Cheah Liek Hou terus mencipta sensasi apabila menggondol dua pingat emas di Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2, hari ini.
Terbuka Hylo: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia menundukkan pemain Thailand Kantaphon Wangcharoen dalam perlawanan suku akhir hari ini.
Liek Hou tidak dapat tidur lena lepas menang emas bersejarah
Cheah Liek Hou berasa cukup istimewa dengan kejayaan manis meraih emas bagi kategori SU5 (kecacatan fizikal), semalam.
Zii Jia kembali jalani latihan di ABM
Lee Zii Jia antara pemain yang kembali menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara di sini, yang sebelum ini ditutup susulan penularan wabak COVID-19 dikesan di lokasi berkenaan.
Radio ERA reka lagu istimewa buat hari jadi Lee Zii Jia yang ke-23
Zii jia anak jati kelahiran Kedah itu kini secara rasminya meningkat usia 23 tahun sejak dilahirkan pada 29 Mac 1998.
Legenda badminton Malaysia Tan Aik Mong meninggal dunia pada usia 70 tahun
Bekas jaguh badminton negara Tan Aik Mong meninggal dunia dipercayai akibat kanser hati di Pusat Perubatan Subang Jaya di Petaling Jaya dekat sini pada 3.30 petang tadi.
Jaguh beregu badminton negara, Chan Peng Soon lumpuh sebelah muka
Bahagian kiri muka pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon lumpuh akibat penyakit Bells Palsy.
Chong Wei ketuai cabaran Malaysia di Terbuka Indonesia 2018
Chong Wei pernah meraih gelaran Terbuka Indonesia pada 2007, 2009, 2010, 2011, 2013 dan 2016.
Chong Wei 'luar biasa', rangkul Terbuka Malaysia kali ke-12
Jaguh perseorangan negara itu menambah koleksi kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ke-12 selepas tumpaskan Kento Momota dari Jepun pada aksi final.
Filem Lee Chong Wei diiktiraf Malaysia Book of Records & Asia Book of Records
Filem yang berkisarkan kisah hidup pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records.