KUALA LUMPUR: Juara All England 2021, Lee Zii Jia terlepas suntikan vaksin COVID-19 yang diberikan kepada kumpulan pertama atlet di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras, hari ini kerana demam.
Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan berkata pemain berusia 23 tahun itu mengalami demam sejak dua hari lalu, mungkin disebabkan kepenatan selepas menyertai banyak acara dan majlis sejak menjuarai kejohanan badminton berprestij itu bulan lalu.
"Semalam kita dah periksa dengan doktor Institut Sukan Negara (ISN), memang (Zii Jia) tak dapat terima vaksin hari ini. Demam biasa, keputusan swab test negatif dan juga telah buat pemeriksaan darah kerana disyaki denggi.
"Persiapannya tidak terjejas, mungkin penat atau kurang rehat kerana beberapa hari sejak pulang dari All England telah menyertai banyak acara (majlis). Kita harap tak ada apa-apa," katanya ketika ditemui Bernama pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hari ini.
Mengulas lanjut, Hendrawan berkata pihak Majlis Sukan Negara (MSN) akan membuat penjadualan semula untuk Zii Jia mendapatkan vaksinasi dalam masa terdekat.
Hendrawan juga mengakui bahawa keadaan Zii Jia belum kembali ke prestasi asalnya sejak pulang dari Birmingham pada 23 Mac lepas berikutan perlu menjalani kuarantin selama seminggu dan hanya dapat menjalani latihan separuh hari kerana terlibat dengan pelbagai majlis.
Bagaimanapun, beliau berkata fasa "bulan madu" sudah tamat dan latihan penuh akan bermula pada minggu ini untuk mempersiapkan pemain nombor lapan dunia itu menyertai Terbuka India bermula dari 11 hingga16 Mei, diikuti Terbuka Malaysia (25 hingga 30 Mei) dan Terbuka Singapura (1 hingga 6 Jun) sebagai persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo pada Julai depan.
Berkongsi pengalaman menerima vaksin, Hendrawan kini lebih yakin dengan keselamatan pemain dan dirinya yang perlu banyak menyertai kejohanan di luar negara, termasuk kejohanan menawarkan mata kelayakan ke Olimpik.
"Saya gembira dapat vaksin dan secara keseluruhannya proses berjalan lancar. Ini salah satu perlindungan buat pasukan, harap dengan vaksin ini kita lebih selamat hadapi persiapan ke Tokyo," katanya.
Kumpulan pertama seramai 264 atlet dan pegawai yang telah layak atau terlibat dengan Sukan Olimpik yang dijadual bermula 23 Julai hingga 8 Ogos dan Sukan Paralimpik bermula 24 Ogos hingga 5 Sept, menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 13 2021

MSN akan membuat penjadualan semula untuk Zii Jia mendapatkan vaksinasi dalam masa terdekat. - Gambar fail/ Stadium Astro
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Zii Jia terima dos pertama vaksin COVID-19 hari ini
Zii Jia telah pulih daripada demam dan sudah memulakan latihan seperti biasa.

BAM enggan letak tekanan kepada Zii Jia raih emas Olimpik Tokyo
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak mahu memberi tekanan kepada juara All England 2021 Lee Zii Jia dengan menyasarkannya sebagai sandaran pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.