Ringkasan AI
- Apple memperkenalkan Mac Mini dengan rekaan lebih kompak.
- Cip baharu ini mempunyai sehingga 14 teras CPU dan 20 teras GPU, dengan sokongan memori sehingga 64GB RAM dan Thunderbolt 5.
- Cip ini menawarkan prestasi tinggi dengan 10 teras prestasi dan 4 teras efisien, serta Neural Engine yang 3 kali ganda lebih pantas berbanding versi M1.
Turut bersama pengumuman berkenaan adalah pengenalan cip baharu Apple M4 Pro – yang membawakan kuasa pemprosesan dan sokongan grafik lebih baik.
Apple M4 Pro hadir dengan sokongan sehingga 14 teras CPU, serta sehingga 20 teras GPU.
Cip ini membawakan gabungan rekaan 10 teras prestasi dan 4 teras efisien pada bahagian CPU, sekali gus membolehkan pelbagai tugasan dilakukan dengan lancar menggunakannya.
Cip ini juga turut membawa sokongan untuk memori sehingga 64GB RAM.
Melengkapkan cip ini juga adalah sokongan Neural Engine, yang mana 3 kali ganda lebih pantas berbanding versi M1.
Selain itu, buat pertama kali juga, Apple M4 Pro menambah sokongan Thunderbolt 5, yang membolehkan penawaran pemindahan data mencapai kelajuan 120Gb/s – dua kali ganda berbanding Thunderbolt 4 sebelum ini.
Buat masa ini, hanya Mac Mini sahaja diumumkan dengan pilihan cip ini. Mungkin kita melihat pengenalan komputer riba dan lain-lain menggunakan cip ini pada minggu ini. -Amanz