Skip to main content

Teknologi

Rockstar lancar treler rasmi GTA VI menjelang pelancaran 19 Nov

Treler berkenaan memberikan gambaran lebih jelas mengenai jalan cerita permainan, pelbagai misi jenayah serta persekitaran fiksyen Leonida dan Vice City yang menjadi latar utama permainan itu. -Foto IMDB
Treler berkenaan memberikan gambaran lebih jelas mengenai jalan cerita permainan, pelbagai misi jenayah serta persekitaran fiksyen Leonida dan Vice City yang menjadi latar utama permainan itu. -Foto IMDB

Advertisement

Ringkasan AI

  • Rockstar Games melancarkan treler rasmi Grand Theft Auto VI, yang akan dipasarkan secara global pada 19 November untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.
  • Treler memperkenalkan dua watak utama, Jason dan Lucia, serta memaparkan misi jenayah dan persekitaran fiksyen Leonida dan Vice City.
  • Lagu "Flower in a Hurricane" oleh Justice, Tame Impala, SZA dan King Gizzard & The Lizard Wizard dipilih sebagai sebahagian runut bunyi rasmi permainan.

NEW YORK: Rockstar Games melancarkan treler rasmi pelancaran Grand Theft Auto VI (GTA VI), kira-kira sebulan sebelum permainan video itu dipasarkan secara global pada 19 Nov untuk platform PlayStation 5 dan Xbox Series X|S, lapor Amanz.

Treler berkenaan memberikan gambaran lebih jelas mengenai jalan cerita permainan, pelbagai misi jenayah serta persekitaran fiksyen Leonida dan Vice City yang menjadi latar utama permainan itu.

Siri GTA VI disahkan menampilkan dua watak protagonis utama, Jason dan Lucia, dengan treler tersebut memfokuskan hubungan serta kerjasama kedua-duanya ketika berdepan konspirasi jenayah yang merentasi seluruh Leonida.

Video promosi itu turut menampilkan lagu "Flower in a Hurricane", hasil kolaborasi kumpulan elektronik Justice bersama Tame Impala, SZA dan King Gizzard & The Lizard Wizard. Lagu berkenaan merupakan sebahagian daripada album runut bunyi rasmi permainan itu.

Rockstar Games mengesahkan GTA VI akan dilancarkan pada 19 Nov untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S, manakala versi PC masih belum diumumkan secara rasmi.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Bilakah Grand Theft Auto VI (GTA VI) akan dilancarkan secara rasmi? 
    A: GTA VI akan dilancarkan secara rasmi pada 19 November untuk platform PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.
  • Q: Apakah yang ditampilkan dalam treler rasmi GTA VI? 
    A: Treler rasmi GTA VI memberikan gambaran mengenai jalan cerita, pelbagai misi jenayah, serta persekitaran fiksyen Leonida dan Vice City yang menjadi latar utama permainan.
  • Q: Siapakah watak utama dalam GTA VI? 
    A: GTA VI menampilkan dua watak protagonis utama, iaitu Jason dan Lucia.
  • Q: Apakah lagu yang digunakan dalam video promosi GTA VI? 
    A: Lagu "Flower in a Hurricane" hasil kolaborasi Justice, Tame Impala, SZA dan King Gizzard & The Lizard Wizard digunakan dalam video promosi GTA VI.
  • Q: Adakah versi PC untuk GTA VI telah diumumkan? 
    A: Versi PC untuk GTA VI masih belum diumumkan secara rasmi oleh Rockstar Games.

Must Watch Video

Advertisement