Menjadi kebiasaan apabila tiba sesi awal persekolahan, pelajar sekolah mahu mendapatkan beg baharu.
Namun, dengan harga barang semakin meningkat dan ibu bapa kurang berkemampuan, beg lama yang rosak perlu dibaiki dan diguna semula.
Justeru khidmat seorang warga emas Koh Sin Hock, 68, atau mesra dengan gelaran 'doktor beg' diperlukan. Dia mempunyai pengalaman selama 38 tahun 'mengubati' pelbagai jenis 'penyakit' beg terutamanya beg sekolah.
"Permintaan untuk membaiki beg akan meningkat bila hendak mula sesi persekolahan, terutama sekarang ini negara kita menghadapi ekonomi tidak menentu dan agak perlahan.
"Ramai pelanggan pilih untuk berjimat dan menaruh harapan tinggi kepada saya untuk menyelamatkan beg mereka yang telah rosak supaya boleh guna semula dan tidak beli baharu," katanya kepada Bernama.
Koh menjalankan perniagaan di dua premis, masing-masing terletak di Kampung Jawa di sini dikendalikannya sendiri dan di Bukit Piatu di sini dikendalikan isterinya Yong Yoon Yin serta anak sulung mereka Darrious Koh.
Koh yang juga bapa kepada lima orang anak itu berkata kerjaya sebagai tukang baiki beg dan tukang jahit itu dilihat mencabar dan memerlukan kesabaran tinggi.
Beliau berkata terdapat pelbagai jenis beg yang pernah dibaikinya iaitu daripada beg sekecil dompet sehingga ke bagasi bersaiz besar.
"Kebiasaannya, saya akan mencadangkan kepada pelanggan untuk membaiki mana-mana yang perlu bergantung kepada kerosakan dan bajet mereka kerana saya tahu kebanyakan daripada mereka datang kerana hendak menjimatkan wang.
"Sama ada beg murah ataupun beg berjenama mahal, saya akan menganggap itu beg saya sendiri ketika membaikinya agar hasilnya nanti dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan," katanya.
Koh berkata antara kerosakan beg yang sering dibaikinya ialah beg berlubang, tali putus dan calar, malah selain membaiki beg, Koh turut memiliki kemahiran menjahit pakaian seperti jeans.
Seorang pelanggan setia Koh yang telah lebih 20 tahun menghantar begnya untuk dibaiki termasuk milik majikannya Wahid Abdul Rahman, 62, berkata harga yang ditawarkan Koh amat berpatutan.
"Selain itu, jahitannya yang kemas mendorong saya untuk terus menghantar beg sekiranya menghadapi sebarang kerosakan," katanya yang juga seorang pemandu.
Shahiran Zainal, 39, yang kali pertama menghantar beg untuk dibaiki berkata dia mengetahui mengenai premis Koh yang menjalankan perniagaan bermula 11 pagi hingga 4.30 petang itu melalui rakannya.
"Saya begitu berpuas hati dengan hasil kerjanya yang secara tidak langsung telah membantu menjimatkan kos kerana beg yang saya baiki ini bernilai lebih RM1,000.
"Di samping itu, beg yang telah siap dibaiki ini ibarat 'dilahirkan' semula dan kelihatan bagaikan beg baharu, seperti yang mula-mula dibeli dulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2017
![38 tahun Koh 'ubati' segala jenis 'penyakit' beg 38 tahun Koh 'ubati' segala jenis 'penyakit' beg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51483252178_KOH.jpg)
Pemilik kedai Catherina Tailoring & Trading Koh Sin Hock, 68, membaik pulih beg sekolah yang dihantar Muhammad Shoutul Takhfif Shaharim, 11, (kiri) bersama abangnya Muhammad Shoutul Al Thaqif Shaharim, 12. - Foto Bernama
![Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57 Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739253674_KualaLumpur.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
![Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739253287_Thaipusam.jpg)
Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.
![Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250918_tbGazaCity.jpg)
Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza
Seorang pegawai Palestin memberi amaran pada Isnin bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pertukaran tahanan berisiko terjejas, lapor Anadolu Ajansi.
![Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739251963_TBBADMINTON.jpg)
Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.
Hong Kong bantah tarif Amerika Syarikat, akan bawa ke WTO
Hong Kong akan mengemukakan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai tarif terbaru yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, menurut Ketua Setiausaha Eric Chan pada Selasa.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
![Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250651_ElakMaksiatPDKh.jpg)
Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.
Peranan Ibu Bapa & Guru Penting
Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendorong minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), kata Prof. Madya Dr. Noraini Ahmad dari Universiti Malaya.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
Sebanyak dua kedai makan dan sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran di Jalan Institut Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan pada Isnin malam.
![Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739250388_SuamiIsteriSelama.jpg)
Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas
Man Tiger ditahan manakala tujuh lagi diburu kerana disyaki terbabit dalam kejadian kes melepaskan enam das tembakan di Simpang Renggam.
Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar di Batu Caves
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan kelancaran trafik pada sambutan Thaipusam pada selasa susulan penugasan anggota di sekitar Batu Caves dilaksanakan secara 24 jam.
![Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729694862_TBZulkafliSariaat.jpg)
Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.
![Beg sekolah berat berisiko ubah postur badan pelajar - Pakar Beg sekolah berat berisiko ubah postur badan pelajar - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646322254_muridsekolahrendah.jpg)
Beg sekolah berat berisiko ubah postur badan pelajar - Pakar
Beg sekolah sepatutnya tidak lebih 10-15% daripada berat pelajar itu dan kerana ia boleh sebabkan ketidakseimbangan kepada otot dan postur.
![Kerana tidak mampu belikan anaknya beg sekolah, seorang bapa anyam beg guna tali rafia Kerana tidak mampu belikan anaknya beg sekolah, seorang bapa anyam beg guna tali rafia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560868942_begtali.jpg)
Kerana tidak mampu belikan anaknya beg sekolah, seorang bapa anyam beg guna tali rafia
Seorang lelaki di Kemboja menganyam tali rafia untuk menjadi beg sekolah anaknya kerana tidak mampu membeli beg sekolah.
![ADUN Jeram buat hal lagi! ADUN Jeram buat hal lagi!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41547613427_MURIDSEKOLAH.jpg)
ADUN Jeram buat hal lagi!
Lebih menarik, sumbangan 10,000 baju kemeja dan kurung itu mula diagihkan hari ini secara berperingkat kepada 10 sekolah rendah di dalam DUN Jeram.
![Dah terlalu mengantuk, murid galas kerusi ingat beg sekolah Dah terlalu mengantuk, murid galas kerusi ingat beg sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81535795154_PELAJARMENGANTUK.jpg)
Dah terlalu mengantuk, murid galas kerusi ingat beg sekolah
Sebuah video tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu yang memaparkan gelagat lucu seorang kanak-kanak sekolah yang mengalas kerusi, bukan beg sekolah.
![Hanya 28 peratus daripada beg berat adalah buku, selebihnya... - Maszlee Malik Hanya 28 peratus daripada beg berat adalah buku, selebihnya... - Maszlee Malik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71528003495_begsekolah.jpg)
Hanya 28 peratus daripada beg berat adalah buku, selebihnya... - Maszlee Malik
Hanya 28 peratus daripada beg berat pelajar sekolah rendah mengandungi buku teks dan buku aktiviti manakala 72 peratus lagi terdiri daripada alat tulis, buku kerja swasta, gajet dan lain-lain.
![Masalah beg sekolah berat memerlukan masa untuk selesaikan - Mahdzir Masalah beg sekolah berat memerlukan masa untuk selesaikan - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/41500817844_SchoolBag.jpg)
"Masalah beg sekolah berat memerlukan masa untuk selesaikan" - Mahdzir
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata akan sampai satu peringkat di mana bahan pelajaran akan dimuat naik ke alam maya.
![Beg murid sekolah memang berat, maka apa langkah seterusnya? Beg murid sekolah memang berat, maka apa langkah seterusnya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41519382932_BudakSekolah.jpg)
Beg murid sekolah memang berat, maka apa langkah seterusnya?
Laporan akhir Kajian Penilaian Beg Berat Murid Sekolah mengakui bahawa beg sekolah yang dibawa oleh murid ternyata berat.
![38 tahun Koh 'ubati' segala jenis 'penyakit' beg 38 tahun Koh 'ubati' segala jenis 'penyakit' beg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51483252178_KOH.jpg)
38 tahun Koh 'ubati' segala jenis 'penyakit' beg
Khidmat seorang warga emas, Koh Sin Hock, 68, atau mesra dengan gelaran 'doktor beg' jadi penyelamat kepada mereka yang menghargai barangan sedia ada dan mahu berjimat.
![Astro Kasih hulur bantuan kepada mangsa banjir Sarawak Astro Kasih hulur bantuan kepada mangsa banjir Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61457846114_AstroKASIH.jpg)
Astro Kasih hulur bantuan kepada mangsa banjir Sarawak
Projek tanggungjawab sosial Astro Kasih di Serian kali ini melibatkan pemberian bantuan beg sekolah kepada pelajar di beberapa sekolah yang terjejas akibat banjir.