SELEPAS setahun mengharungi cabaran yang timbul akibat pandemik dan menyaksikan pelaksanaan program vaksinasi besar-besaran, soalan yang bermain di fikiran ramai orang sekarang ialah sejauh manakah perbezaan antara dunia sebelum dan selepas pandemik?
Bagaimanakah keadaan ‘norma baharu’ yang bakal ditempuhi? Banyak persoalan dan kemusykilan masih tidak terjawab tentang kehidupan kita pasca pandemik.
Hampir 70% daripada responden Tinjau Selidik ‘Kesejahteraan Bermula Dari Rumah’ (Wellness Begins at Home) Gardenia, yang dikendalikan dengan kerjasama Cilisos Media, mendedahkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan telah membebankan kesihatan mental mereka.
Lebih membimbangkan lagi ialah hakikat bahawa kesannya masih dirasai oleh ramai orang walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sudah lama dilonggarkan.
Untuk membolehkan kita meneruskan kehidupan pasca pandemik, marilah kita selami peranan dan kepentingan penjagaan diri sebelum kita kembali kepada rutin kehidupan biasa kita.
Tetapi terlebih dahulu, apakah yang dimaksudkan dengan penjagaan diri?
Secara literal, penjagaan diri bermaksud menjaga diri anda sendiri. Biasanya ia dikaitkan dengan masa untuk RnR atau ‘rawat dan rehat’, iaitu melapangkan fikiran dan menghilangkan stres yang terkumpul daripada tuntutan kerja atau rutin harian.
Menjaga diri juga bermakna membentuk tabiat yang baik tetapi hakikatnya sukar untuk diamalkan seperti makan secara sihat, kerap bersenam, dan menetapkan had tertentu.
Menurut Tinjau Selidik ‘Kesejahteraan Bermula Dari Rumah’ Gardenia, rakyat Malaysia mengakui bahawa mereka tidak begitu cekap mengimbangkan masa bekerja dan beriadah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan beberapa kali.
Berikut adalah hasil tinjauan tersebut:
● Tidak sampai 10% responden mengamalkan diet seimbang, dengan lebih 60% makan bila-bila mereka rasa teringin untuk makan.
● Sebelum PKP, 44.7% berkata mereka bersenam sekurang-kurangnya sekali seminggu. Bagaimanapun, sewaktu PKP pertama, angka ini menurun kepada 40.5%.
● Berhubung dengan keseimbangan kerja-kehidupan, 20% berkata mereka bekerja lebih daripada biasa semasa PKP.
Luangkan masa untuk mendengar apa yang diperlukan oleh badan, minda dan jiwa anda.
Penjagaan diri hendaklah dijadikan amalan biasa sebagaimana kita makan atau bernafas, dan bukan satu kemewahan.
Penjagaan diri untuk kehidupan pasca pandemik: Di mana untuk bermula?
1. Menjaga keseimbangan
Garis pemisah antara kerja dan kehidupan peribadi telah menjadi kabur sepanjang tempoh kita terkurung di rumah. Sepanjang tempoh ini, satu demi satu mesyuarat maya diadakan sehingga larut malam. Trend ini agak membimbangkan.
Ibu bapa yang bekerja terpaksa menunaikan tuntutan kerja, sambil memasak, menjaga anak, mengulang kaji pelajaran bersama anak-anak yang bersekolah dan dalam pada itu melakukan kerja rumah: Hasil Tinjau Selidik ‘Kesejahteraan Bermula Dari Rumah’ mendapati:
● 27% responden berkata mereka tidak mempunyai keseimbangan kerja-kehidupan semasa pandemik;
● 20% berkata mereka menanggung lebih banyak beban kerja.
Situasi ini amat membimbangkan, kerana kita semua perlu menetapkan batasan tertentu demi kesihatan. Seperti kata pepatah Inggeris, “A time for everything and everything in its time” yang bermaksud ada masa dan hadnya untuk setiap sesuatu yang kita lakukan.
2. Atur semula rutin kehidupan anda
Pernahkah anda mengisi masa hujung minggu anda dengan begitu banyak kerja rumah dan aktiviti bersama keluarga dan kawan-kawan, hingga menyebabkan anda terlalu letih pada lewat petang Ahad?
Menetapkan rutin nampak membosankan, tetapi ia boleh dijadikan garis panduan umum untuk memastikan anda mempunyai masa yang sewajarnya untuk melaksanakan semua rancangan anda dan dapat mengelakkan anda daripada terlalu letih, lebih-lebih lagi untuk memulakan kehidupan pasca pandemik.
Jangan lupa untuk menjadualkan sedikit ‘masa untuk diri sendiri’ dalam rutin anda.
3. Bersiar-siar di luar
Kebanyakan daripada kita menghabiskan banyak masa menghadap skrin semasa pandemik. Luangkan masa dengan sinar matahari.
Dekatkan diri semula dengan alam semula jadi. Lakukan aktiviti bersukan seperti berjalan kaki, berbasikal dan mendaki tembok.
Dan jangan lupa untuk terus mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dan kesihatan dengan mematuhi prosedur operasi standard seperti menggunakan pensanitasi tangan atau membasuh tangan dengan sabun sebaik pulang ke rumah atau selepas menyentuh permukaan di tempat-tempat awam.
4. Lakukannya secara beransur-ansur
Pandemik dan PKP telah menimbulkan kesan trauma terhadap ramai orang. Sesetengah orang masih rasa resah untuk bercampur gaul semula dengan masyarakat dan meneruskan kehidupan normal.
Malah, sesetengah daripada kita mungkin sudah lupa cara untuk bersosial. Buat secara beransur-ansur dan tanya khabar satu sama lain dari masa ke masa dan dapatkan bantuan profesional, jika perlu.
Sebelum melangkah lebih jauh, mulakan dengan mengeratkan semula hubungan dengan keluarga dan orang-orang tersayang, lebih-lebih lagi selepas sekian lama terpisah disebabkan larangan rentas negeri sepanjang tempoh PKP.
Gardenia KL bertekad untuk terus memberikan sokongan kukuh kepada usaha negara untuk pulih daripada pandemik COVID-19.
Sempena Minggu Kesihatan Mental Sedunia 2021, hasil penemuan daripada Tinjau Selidik ‘Kesejahteraan Bermula Dari Rumah’ telah dibincangkan dalam forum secara langsung menerusi akaun Facebook @GardeniaKL bersama penggiat kesihatan mental selebriti dan Penaung MIASA, Che Puan Sarimah Ibrahim; penggiat kesihatan mental dan Presiden MIASA, Anita Abu Bakar; dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam Gardenia KL, Hazlinah Harun.
Perbincangan meliputi kesan pandemik terhadap rakyat Malaysia, petua gaya hidup lebih sihat dan banyak lagi.
Artikel asal di DagangNews
Dagang News
Mon Jan 17 2022

Gambar hiasan/DagangNews

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.

Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.

Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.

Rujukan kesihatan mental kanak-kanak di England meningkat
Bilangan kanak-kanak yang dirujuk kepada perkhidmatan kesihatan mental kecemasan di England telah meningkat secara mendadak.

Henti stigma, cakna isu kesihatan mental tanggungjawab bersama
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, angka itu merupakan peningkatan dua kali ganda berbanding dapatan 2019.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.

Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.