IPOH: Sebuah warung di Taman Temara di sini menawarkan roti canai dengan sedikit kelainan - atau boleh juga dikatakan dengan banyak kelainan, kerana ia menawarkan variasi 42 jenis hidangan roti canai.
Antara yang menjadi permintaan ramai pelanggan di sini ialah Roti Beef Cheese Blackpepper, Roti Chicken Mushroom Cheese dan Roti Banana Ice Cream, lebih-lebih lagi selepas variasi pelbagai menu yang ditawarkan itu menjadi tular baru-baru ini.
Pemilik perniagaan itu Zammawi Jaafar, 49, atau dikenali dengan nama panggilan Ijam berkata, lain-lain menu yang turut menarik perhatian ramai pelanggannya termasuk Roti Pulau Ayam, Roti Pizza Cheese dan Roti Lipat Lapan.
"Sejak usia remaja saya sudah merantau ke negeri lain dan menceburkan diri dengan kerja menebar roti canai sebelum mula berniaga sendiri di bawah pokok sekitar taman ini.
"Saya sentiasa menambah jenis roti canai yang ada supaya orang ramai mempunyai pelbagai pilihan dan tidak jemu untuk makan di sini, malah saya juga mementingkan kualiti makanan dengan bantuan isteri dan anak-anak, serta lebih 10 pekerja, untuk menjalankan perniagaan ini," katanya ketika ditemui Bernama.
Beliau berkata roti canai yang ditawarkan bermula dari RM1.40 hingga RM15 satu hidangan, di warung yang beroperasi dari pukul 7.30 pagi sehingga 1 tengah hari itu, dan pada bulan Ramadan ini pula beliau merancang untuk membuka gerainya dari pukul 3.30 petang sehingga 6.30 petang.
Sementara itu, isterinya Azyyati Ghazali, 45, berkata beliau turut terlibat menebar roti canai yang berjumlah sehingga ribuan keping dalam sehari, terutama ketika hari cuti dan hujung minggu berikutan kehadiran pelanggan yang terlalu ramai.
"Sejak awal pagi kami menebar roti tanpa henti selama berjam-jam bagi memenuhi permintaan pelanggan termasuk ratusan tempahan secara bungkus," katanya.
Seorang pelanggan yang ditemui Nur Ain Zulaikha Nor Azhar, 27, berkata beliau datang dari Batu Gajah semata-mata ingin bersarapan di warung itu kerana kelazatan Roti Beef Cheese Blackpepper.
"Roti canai jenis ini paling saya gemari kerana rasanya yang amat sedap jadi saya datang kembali untuk menikmatinya lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

Pekerja Muhd Shazuwie menyediakan roti Banana Ice Cream di Warung Roti Canai Ijam Taman Temara Ipoh. - Foto BERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Lambaian kasih Hamilton buat peminat Malaysia, bakal rindui roti canai
Lewis Hamilton mengucapkan selamat tinggal dalam perlumbaan penutup tirai F1 di Grand Prix (GP) Abu Dhabi kelmarin sebelum menyertai Ferrari tahun depan.

Peniaga basuh kuali guna air longkang
Tular video di media sosial memaparkan seorang peniaga roti canai membasuh kuali dipercayai menggunakan air longkang hingga mencetuskan kemarahan orang awam.

#AgongKita: Roti canai lauk kambing santapan 'wajib' Agong di Muar
Bagi penduduk di sekitar Muar, Restoran HD di Jalan Maharani bukanlah asing terutama dalam kalangan penggemar roti canai dan nasi beriani.

Permaisuri zahir sukacita, bangga roti canai dinobat roti terbaik dunia
Raja Permaisuri Agong zahir rasa sukacita dan bangga kerana roti canai dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia.

Roti canai dinobatkan roti terbaik di dunia
Roti canai kegemaran rakyat Malaysia telah dianugerahkan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas.

42 jenis roti canai beri penggemar pelbagai pilihan
Sebuah warung di Taman Temara menawarkan roti canai dengan sedikit kelainan - atau boleh juga dikatakan dengan banyak kelainan, kerana ia menawarkan variasi 42 jenis hidangan roti canai.

Roti canai Malaysia dinobat makanan jalanan terbaik dunia
Senarai itu menerima pelbagai reaksi dari penggemar makanan antarabangsa, baik yang bersetuju mahupun yang mempertikai.

Roti canai makanan jalanan terbaik dunia - Portal
Roti canai disifatkan sebagai "mempunyai tekstur dalaman yang lembut, dan lapisan luar yang rangup".

10 tahun tebar roti canai, Nur Azierah kini sedia lebar sayap perniagaan
Nur Azierah Abd Aziz mula menebar roti canai sejak berusia 15 tahun lagi.

Roti canai: PRESMA pastikan ahlinya tidak kenakan harga luar biasa
PRESMA akan memastikan kenaikan harga roti canai di restoran mamak dan bistro adalah paling minima dan tidak membebankan pengguna.