SEORANG wanita berkongsi rahsia bagaimana dia berjaya berjimat dan menyimpan wang selepas setahun menjalani 'kehidupan tanpa pembelian'.
Lara Jarvis dan suaminya Stuart, berjaya menyimpan hampir £25,000 (RM135,930) bagi tujuan pembelian rumah pertama mereka.
Menerusi video di akaun YouTube, Jarvis mendedahkan lima tip utama dalam membantunya mengurangkan perbelanjaan.
Tunggu 30 hari
"Saya hidup dengan peraturan ini. Ia menjadi prinsip utama apabila saya mahu membeli sesuatu.
"Sekiranya anda mahukan sesuatu, letakkannya di senarai wishlist dan jika anda masih mahukannya selepas 30 hari berlalu, bolehlah anda beli.
"Ini membantu menghentikan pembelian yang terlalu mengikut hati. Selalunya kita tidak berfikir panjang kerana kemahuan melebihi kewarasan.
"Apabila sudah beli, baharu menyesal dan rasa benda itu tidak penting dan kita tidaklah begitu mahukannya."
Pelan makanan
"Perancangan makanan bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan untuk mencari apa yang kita mahu makan, tetapi menjimatkan masa anda, menjimatkan wang anda, malah menjadikan kehidupan anda lebih teratur.
"Apa yang saya lakukan ialah saya akan melihat bahan yang saya ada dan kemudian saya akan memikirkan resipi yang boleh digunakan menggunakan bahan-bahan tersebut.
"Saya kemudian akan merancang makanan, kenal pasti apa yang kami perlukan setiap hari dan menulis senarai perbelanjaan barang dapur dengan sewajarnya."
Gunakan wang tunai
"Menggunakan wang tunai lebih berkesan daripada hanya melerek kad anda, atau lebih buruk lagi, menggunakan aplikasi di telefon anda.
"Menggunakan wang tunai membuatkan anda lebih 'rasa' apabila duit itu keluar."
Ambil gambar kenangan apabila mengenakan pakaian cantik
"Ini khusus untuk mereka yang suka membeli pakaian baharu. Ambil gambar anda apabila bersiap cantik, memakai pakaian yang anda suka.
"Jadi apabila anda rasa nak beli pakaian baharu sebab anda 'tak ada pakaian yang cantik', lihat gambar itu dan ia boleh membantu meredakan rasa mahu membeli-belah.
Tahu 'kenapa'
"Anda perlu tahu kenapa anda mahu menyimpan wang kerana jika anda tiada alasan yang kuat, sukar untuk anda mengatakan tidak kepada ajakan rakan-rakan atau kemahuan membeli sesuatu.
"Ketahui sebabnya, tuliskan dan papar di satu sudut yang boleh dilihat. Ucapkan tahniah kepada diri sendiri apabila anda berjaya melepasi satu-satu cabaran."
*Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Madiha Abdullah
Sun Nov 22 2020

Lima tip ini membantu mengurangkan perbelanjaan sekaligus mengumpul wang simpanan. - Gambar hiasan

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

"Jangan biasakan diri dengan berhutang"- Pakar Kewangan
Apabila kita membiasakan diri dengan berhutang, lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat.

Ronaldo nafi beraksi di Liga Pro Saudi kerana wang
Ronaldo menjelaskan bahawa perpindahannya ke Liga Pro Saudi bukan kerana wang, sebaliknya kerana minatnya yang tinggi terhadap bola sepak.

Berjuta lesap, akaun atlet pecut Usain Bolt kini hanya berbaki AS$12,000
Bolt tidak membuat pengeluaran atau pemindahan daripada akaun itu, dan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang jika wang itu tidak dikembalikan.

Anggota tentera, suri rumah mangsa penipuan libatkan lebih RM60,000
Mangsa dipercayai tertarik dengan iklan di Instagram yang menawarkan USD30,000 bagi sekeping wang RM2 lama miliknya.

Syed Saddiq arah wang RM1 juta diagih sehari selepas SPRM geledah rumah - Saksi
Pegawai penyiasat SPRM Mohd Syahmeizy Sulong berkata wang yang dikeluarkan dari bank pada 6 Mac 2020 berada dalam kawalan Rafiq Hakim Razali.

Gagal jelaskan wang dalam akaun: 10 lelaki didenda RM1,000
Mereka gagal memberikan penjelasan mengenai wang berjumlah RM3.14 juta milik seorang guru swasta lelaki, dalam akaun bank mereka.

Pandora Papers: Teliti akaun 'offshore', cari langkah pastikan ketelusan dana - Mukhriz
Apa yang penting adalah menggariskan perbezaan yang jelas antara wang untuk tujuan tertentu dan sogokan.

UFC 264: Dianggap antagonis, patah kaki, McGregor bawa pulang ASD5 juta
Kesemua 24 petinju MMA bersaing dalam UFC 264 dan dibayar dengan sejumlah wang yang besar.

Lelaki ugut ibu kandung guna pisau dipenjara 7 bulan
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 20 Jun lepas.

Tempah helikopter tabur duit ketika majlis perkahwinan
Bagi meraikan majlis perkahwinin dengan penuh gaya, empat beradik di Pakistan sewa helikopter untuk menaburkan wang kepada para tetamu.