IPOH: "Pak Jabit, nak mee kari...kuah laksa", dialog watak Yah Kuchai dalam filem Kampung Pisang Bersiri arahan Allahyarham Mohamad Mohd Khalid atau Mamat Khalid, mungkin masih diingati oleh peminat filem negara ini.
Keenakan Mee Kari Kuah Laksa yang sebelum ini hanya wujud dalam filem itu, kini boleh dirasai di Ah Mat Cafe, kafe yang diusahakan Nor Sara Mohamad, 32, anak kedua Allahyarham Mamat Khalid.
Nor Sara berkata idea untuk memasukkan menu Mee Kari Kuah Laksa itu tercetus, apabila dia mahu peminat turut merasai menu dicetuskan arwah bapa dalam skrip filem itu.
"Ada cerita di sebalik menu Mee Kari Kuah Laksa ini, papa kata ia makanan biasa yang di 'pesan' di kantin ketika zaman 70an dahulu, zaman dulu ketika di kantin, papa kata anak-anak sekolah akan pesan mee kuning yang biasa di makan dengan kuah kari, tapi kuahnya diganti dengan kuah asam laksa," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedainya di Jalan Che Tak di sini.
Nor Sara berkata kafe yang diusahakan sejak Jun lalu itu juga, merupakan antara idea arwah bapanya yang pada mulanya mahu membuka cawangan kedua kafe 'Sarang Art Hub' seperti di Tanjung Malim.
Beliau berkata perkara itu bagi memudahkan pengunjung yang berada di Ipoh, dapat merasai suasana seperti di kafe di Tanjung Malim.
"Selepas papa meninggal saya teruskan idea ini, namun masih secara kecil-kecilan kerana kekangan tenaga pekerja," katanya yang turut menjual menu istimewa seperti lempeng kelapa, lontong darat dan nasi lemak ayam rendang di kafe tersebut.
Nor Sara berkata kafe yang diusahakan bersama suaminya Amirul Ariff Abdul Wahab, 35, itu mengambil nama sempena nama anak sulung mereka Mohamad Ehsan Khalid Amirul Ariff, yang berusia setahun setengah.
Bercerita mengenai menu Mee Kari Kuah Laksa di kafenya, menu yang dijual dengan harga RM8.50 semangkuk itu, mengekalkan resepi ibunya yang gemar memasak laksa iaitu antara makanan kegemaran arwah bapanya.
Menu tersebut ialah mee kuning yang dicurah kuah asam laksa utara, beserta hirisan nenas, bebola ikan, telur rebus, salad dan perahan limau.
Dekorasi di kafe tersebut pula berkonsep vintaj dan dihiasi dengan poster-poster filem lama termasuk filem-filem arahan Mamat Khalid, gambar serta barang-barang tinggalan Allahyarham.
Pengunjung juga akan ditemani dengan lagu-lagu Melayu nostalgia dari zaman 70an sehingga 90an yang menggamit kenangan.
Menyentuh perancangan masa depan, Nor Sara berkata dia mahu memperkembangkan perniagaan tersebut termasuk memanjangkan waktu operasinya.
"Buat masa ini kafe beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap Selasa hingga Ahad, jika cukup tenaga kerja dan modal, mungkin boleh lanjutkan operasi sehingga malam menjual lebih banyak menu menarik," katanya yang menjalankan operasi kafe tersebut bersama empat pekerja. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Anak kedua Allahyarham Mamat Khalid, Nor Sara Mohamad, 32, menunjukkan hidangan Mee Kari Kuah Laksa ketika ditemui Bernama di Ah Mat Cafe baru-baru ini. - Foto BERNAMA
Penyokong Trump rai perhimpunan pra-angkat sumpah
Ribuan penyokong Donald Trump menghadiri "Make America Great Again Victory Rally" di Capital One Arena pada Ahad untuk meraikan kemenangannya sebelum beliau mengangkat sumpah jawatan.
Para penyokong bersorak dan menari ketika menunggu kehadiran Trump, diiringi persembahan pemuzik Kid Rock.
Para penyokong bersorak dan menari ketika menunggu kehadiran Trump, diiringi persembahan pemuzik Kid Rock.
ADUN Sungai Sibuga, Mohamad Hamsan Awang Supain meninggal dunia
Mohamad Hamsan Awang Supain, 65, menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.20 malam tadi di Hospital Pakar KPJ Kota Kinabalu akibat serangan jantung.
Tebusan Israel dibebaskan, diterbangkan ke Tel Aviv
Tiga tebusan Israel yang dibebaskan dari Gaza, diterbangkan ke Tel Aviv, menggunakan helikopter pada Ahad.
Ambulans dilaporkan bersedia untuk membawa mereka ke Pusat Perubatan Sheba, sementara orang ramai bersorak dengan melaungkan nama mereka.
Ambulans dilaporkan bersedia untuk membawa mereka ke Pusat Perubatan Sheba, sementara orang ramai bersorak dengan melaungkan nama mereka.
Gencatan senjata: Hamas beri komitmen, gesa Israel patuh perjanjian
Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mematuhi perjanjian gencatan senjata yang mula berkuat kuasa di Gaza pada hari Ahad.
Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
SPR perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, kata Perdana Menteri.
Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri.
Polis India tahan suspek serang Saif Ali Khan
Suspek, yang dipercayai warganegara Bangladesh berusia 30 tahun, ditahan di bandar Thane yang bersempadan dengan Mumbai.
Menteri Luar Estonia cadang TikTok diharamkan di Eropah
Eropah perlu pertimbang haramkan TikTok kerana platform itu didakwa menyebarkan maklumat palsu.
Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
Anak Mamat Khalid realisasikan menu mee kari kuah laksa di Ah Mat Cafe
Keenakan Mee Kari Kuah Laksa yang sebelum ini hanya wujud dalam filem itu, kini boleh dirasai di Ah Mat Cafe, kafe yang diusahakan Nor Sara Mohamad.