IPOH: "Ehh...ate deme tak jumpa awok..cer interbiu teman. Malu kebenda nyer cakap dialek Perak...Yang benornya deme idak reti nak cakap dialek Perak...Eh marah pulak teman..."
(Ehh...Kamu tidak jumpa saya untuk ditemu bual, cuba temu bual saya. Malu apanya cakap dialek Perak. Yang sebenarnya, kamu tidak tahu hendak cakap dialek Perak. Ehh..marah pula saya)
Ini antara komen dimuat naik di laman Facebook seorang anak jati Perak mengenai laporan media mengatakan dialek negeri itu mula diancam kepupusan kerana golongan muda asal Perak tidak berminat menuturkannya serta malu selain lebih selesa bertutur dalam bahasa baku.
Bagi bekas Ahli Dewan Belia Perak dan Parlimen Belia Malaysia Muhamad Khalish Nantha Rajendran, beliau berpendapat golongan muda mungkin tidak menggunakan dialek Perak ketika berhadapan dengan orang luar dan menggunakan bahasa mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat (Bahasa Malaysia).
Muhamad Khalish Nantha yang bermastautin di negeri Perak sejak berbelas tahun berkata beliau sendiri mempraktikkan dialek negeri itu yang dipelajarinya melalui perbualan rakan-rakan, kenalan serta masyarakat umum yang berurusan dengannya.
"Jika disimpulkan hampir keseluruhan anak muda malu bertutur dialek negeri, ia adalah tidak wajar dan menyimpang. Saya sendiri mengikuti dialek Perak setelah dengar ia ditutur oleh rakan-rakan serta masyarakat umum.
"Sehingga kini, saya sendiri benar-benar mempraktikkan dialek Perak tanpa melupakan dialek Negeri Sembilan," katanya kepada Bernama.
Menurut Muhamad Khalish Nantha yang juga pengerusi Bakti Gemilang, sebutan 'awok' dan 'teman' sebagai pengganti diri 'saya' serta beberapa lagi perkataan mudah, sering meniti di bibir pelbagai lapisan masyarakat di sini.
"Itu sudah memberi cerminan bahawa bahasa ibunda negeri tidaklah disegani untuk ditutur," katanya.
'Kome', 'miker' dan 'teman' membawa maksud 'kamu' dan 'saya' adalah antara dialek Perak paling popular digunakan dalam kalangan generasi muda asal Perak walaupun tinggal di bandar, menurut Presiden Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) Dr Zabidin Ismail.
Beliau berkata Perak adalah negeri yang luas dan penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik bercampur keturunan seperti Jawa, Rawa, Minang, Bandar, Patani dan lain-lain lagi.
Justeru, dakwaan golongan muda asal Perak tidak lagi berminat menuturkan dialek sendiri adalah kurang tepat kerana dialek itu telah dipengaruhi migrasi masyarakat luar.
"Orang anggap sesiapa yang tinggal di negeri ini mesti pandai bertutur dialek Perak namun itu silap kerana ramai terdiri daripada campuran etnik yang mana kebanyakannya tidak mahir menggunakan dialek itu malah ada menggunakan loghat utara kerana tinggal berhampiran sempadan negeri Kedah," katanya.
Zabidin berkata etnik asal di Perak kebanyakannya tinggal berhampiran sepanjang Sungai Perak dan antara kawasan yang mengamalkan dialek negeri itu dengan meluas termasuklah di Kampung Gajah, Parit dan Kuala Kangsar.
"Kawasan-kawasan inilah terutamanya Bota di Parit yang kita akan jumpa penduduk-penduduk mengutamakan penggunaan dialek Perak dalam kehidupan seharian tidak mengira usia.
"Kalau lihat di beberapa kawasan seperti di Batu Kurau dan Gerik pula mempunyai banyak penduduk berketurunan etnik Patani manakala kawasan Gopeng mempunyai ramai orang berketurunan etnik Rawa yang sememangnya tidak akan mahir atau memahami dialek Perak ini," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden My Red Manchester Komuniti Perak Zairul Azmir berkata anak-anak muda yang dibesarkan di Bandaraya Ipoh masih ramai yang menggunakan dialek Perak walaupun tidak sepenuhnya.
"Saya memang aktif menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan bersama generasi muda melalui persatuan ini yang juga anak jati Perak di sekitar Ipoh dan saya dapati 'slang' yang digunakan memang berbunyi dialek-dialek Perak walaupun tidak 'piyor' (fasih/pekat) seperti di Bota.
"Ini kerana dialek Perak amat unik dan mempunyai variasi di daerah-daerah yang berbeza," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Golongan muda mungkin tidak menggunakan dialek Perak ketika berhadapan dengan orang luar dan menggunakan bahasa mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. - Gambar hiasan
Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
JPBM Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.
Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.
45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.
PM Iraq mahu bekerjasama rapat dengan AMF
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani pada Khamis menyatakan aspirasi negaranya untuk memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kewangan Arab (AMF) serta menegaskan sokongan pemerintahannya terhadap aktiviti organisasi itu.
Bank Jepun tingkat kadar faedah jangka pendek baharu
Bank Jepun mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendeknya kepada 0.5 peratus berbanding 0.25 peratus sebelum ini. Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda dalam kenyataan pada Jumaat yang mana beliau melihat ini sebagai langkah yang bertepatan seiiring dengan ramalan yang dinyatakan oleh portal ekonomi perdagangan negara.
Patung Kapten Cook di Sydney disimbah cat merah
Polis Australia melancarkan siasatan pada Jumaat susulan patung pegawai tentera laut Britain James Cook dirosakkan di Sydney.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump.
Dua kebakaran baharu tercetus di San Diego, California
Dua kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di San Diego, California, Amerika Syarikat dan pihak berkuasa giat melakukan operasi pemadaman bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Empat nama tebusan Israel diserahkan kepada pengantara
Empat nama warga Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu akan diserahkan Hamas kepada pengantara.
Perkukuh nilai insan pelajar sebelum kejar kemajuan AI
Kepentingan nilai insan dalam kalangan pelajar hari ini harus diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum mengejar kemajuan kecerdasan buatan (AI).
Anak muda Perak bangga guna dialek sendiri
Ada laporan media mengatakan dialek negeri itu mula diancam kepupusan kerana golongan muda asal Perak tidak berminat menuturkannya.