KUALA LUMPUR: Sejak semalam, tumpuan rakyat Malaysia terarah kepada pembentangan Bajet 2022 dan intipati yang diumumkan oleh kerajaan dalam perbelanjaan terbesar sejarah negara itu.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz antara individu penting yang berperanan membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.
Dari mula beliau keluar meninggalkan bangunan Kementerian Kewangan (MoF) di Putrajaya dengan segak memakai baju Melayu berwarna peach sehinggalah 11 kali bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB itu minum air ketika di Dewan Rakyat - semuanya diperhatikan oleh warganet.
Tanggungjawab besar yang digalas oleh Tengku Zafrul yang mengemudi MoF bersama barisan kakitangannya - mencerminkan bagaimana dedikasinya mereka untuk menyiapkan Bajet 2022 yang bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera'.
Terbaharu, dalam kemas kini yang dimuat naik di akaun media sosialnya hari ini, Tengku Zafrul, 48, berkata penyediaan Bajet 2022 bukan sesuatu yang mudah dan adalah mustahil untuk MoF memenuhi semua permintaan.
Bagaimanapun, beliau menegaskan pasukan MoF telah berusaha sehabis baik untuk menyediakan Bajet 2022, dengan kekangan kewangan yang ada.
"Saya menyusun jari sepuluh jika ada sebarang kekurangan tetapi yakinlah bahawa kesejahteraan #KeluargaMalaysia sentiasa menjadi keutamaan kami," tulisnya dalam entri tersebut, pada Sabtu.
Dalam hantaran tersebut, beliau turut berkongsi dua keping gambar berlatar belakangkan bangunan Parlimen, yang menjadi lokasi pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat.
"Pagi ini saya kembali lagi ke Parlimen, tetapi dalam suasana yang lebih santai," tambahnya yang dilihat baru selesai berjoging.
Sementara malam tadi, Tengku Zafrul dilihat meluangkan masa untuk makan malam bersama isteri, Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad selepas mengakui agak sibuk sejak kebelakangan ini.
"Sudah lama rasanya tak keluar berdua. Anak-anak pun selalu tanya bila nak luang masa.
"Esok (hari ini) Insya-Allah luang masa bersama mereka pula. Kepada anda yang kerja kuat, saya nasihatkan untuk sentiasa luang masa bersama keluarga," tulisnya pada Jumaat.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM332.1 bilion bagi Bajet 2022 sekaligus menjadi nilai peruntukan tertinggi dalam sejarah.
Daripada jumlah tersebut, kerajaan bercadang menyediakan RM233.5 bilion bagi belanja mengurus, manakala sebanyak RM75.6 bilion pula untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19.
Hasimi Muhamad
Sat Oct 30 2021

Tengku Zafrul memuat naik gambar beliau di hadapan bangunan Parlimen selepas selesai berjoging hari ini. - Gambar Facebook Tengku Zafrul

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.

Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.

Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.

Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.

Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.

Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.

Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.

Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.

Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).