MENDIDIK anak di zaman sekarang ini sememangnya memerlukan kesabaran yang cukup tinggi. Anak-anak perlu diberikan lebih perhatian dalam mendidik mereka.
Ada waktunya perkataan dan ayat yang kita gunakan tanpa sedar menyakiti hati anak kita.
Sekali gus membuatkan anak tersisih, beremosi dan mula berasa hati. Akibatnya anak terkesan hingga anak membesar.
Menurut Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria, pilihlah ayat dan perbaikilah bahasa yang lebih baik untuk anak-anak. Jangan biar anak terluka yang boleh membawa kesannya hingga mereka membesar kelak.
Perbaiki bahasa ibu, ayah dengan anak-anak
Bismillah. Kadang-kadang Ustazah sangat takut dengan dunia hari ini. Takut silap mendidik. Moga Allah pandu. Amin. Atau kadang-kadang ada ibu ayah yang dah didik elok anak-anak, tapi orang lain pulak jadi tukang perosak.
Hati-hati jaga anak. Selalu berbual. Selalulah tanya khabar. Bertanya perihal hati anak-anak, apa anak-anak fikir, apa anak-anak mahu, apa anak-anak tak selesa.
Beritahu apa yang selamat dan tidak selamat buat anak-anak di dunia ini. Doa jangan tinggal. Doalah sepenuh hati.
Para ayah, campur tanganlah dalam urusan pendidikan anak-anak. Jangan lepas tangan. Pasti anak ibu ayah jadi luar biasa berjaya! Insya-Allah.
Mendidik perlu ada ilmu. Tarbiah utama dari ayahnya. Pada ibunya pula adalah gedung kasih sayang.
Ustazah beri contoh ucapan ibu-ibu kepada anak-anak:
“Mama dah penat sangat tegur Danial. Punyalah malas nak belajar. Solat pun liat, ntah bila nak berubah!”
Ucapan ini lebih baik ditukar kepada: "Daniel anak mama yang rajin, Daniel ambil buku sekarang kita belajar sama-sama. Daniel rajin belajar, Daniel pasti berjaya. Allah pun sayang anak yang dengar kata dan rajin. Mama happy tengok Daniel rajin."
Dua ayat ini diulang-ulang setiap hari akan membawa maksud yang berbeza.
Ayat-ayat di atas memberi kesan kepercayaan kepada emosi dan fizikal anak sehingga anak itu mencapai dewasa.
“Ya… Betul mama cakap dulu. Aku memang malas belajar. Aku memang tak boleh berubah. Aku dah buatkan mama kecewa. Aku memang tak berguna”
Bila dewasa, anak ini membesar menjadi orang yang tidak dapat berkembang ideanya sebab kepercayaan yang telah mamanya tanam sejak kecik, ya, pemalas. Malas fikir. Malas buat.
Anak ini tidak dapat melonjakkan potensi diri sebab berada dalam ruang lingkup kepercayaan yang telah dibina oleh mamanya sendiri sejak kecil.
Jika dia bos, dia takkan dapat urus syarikat dengan baik. Jika dia pekerja, dia takkan dapat beri manfaat pada company. Jika dia suami, dia suami yang tak dapat bantu keluarga sebab sifat malas ini dah sebati dalam sistem kepercayaannya.
Berbanding ayat kedua, tunjukkan apa perlu anak buat sekarang. Ambil buku. Belajar sama-sama bermakna ada kesediaan sistem sokongan untuk sentiasa bantu.
Ayat number 2 bermaksud mama tak putus asa. Mama sedia bantu. Mama happy. Mama yakin anak ini pasti berjaya.
Dan percayalah, anak ini akan membesar menjadi orang yang luar biasa hebat!
Begitulah ketika anak-anak bergaduh waktu bermain bersama. Daripada menyakitkan mereka dengan tangan kita, cubit, pukul, sebat atau mengatakan,
“Cukup! Cukup! Asyik bergaduh tak henti-henti. Pantang jumpa jer, mesti bergaduh, memang tak boleh berbaik langsung!”
Ya… membesarlah mereka menjadi adik beradik yang ada saja yang tak puas hati sampai dewasa! Bahkan sampai berumur nanti.
Dan ayat ini jika ditukar kepada :
“Fatimah, sabar. Fatimah anak ibu boleh sabar dengan adik.”
“Fatimah boleh kongsi mainan dengan adik”
“Fatimah cakap lembut dengan adik”
“Adik boleh minta mainan kakak Fatimah dengan lembut”
“Adik berhenti menangis dan peluk kakak Fatimah”.
Ayat-ayat ini disebut ketika situasi penuh kelam kabut dengan pergaduhan dan ibu/ayah boleh tarik nafas sedalam-dalamnya. Sebut dengan tenang tetapi ada penegasan. Bukan sebut dalam keadaan marah dan menjerit-jerit.
Maka, uruskan emosi ibu ayah terlebih dahulu.
Pa and Ma
Thu Oct 14 2021
Hati-hati jaga anak. Selalu berbual. Selalulah tanya khabar. Bertanya perihal hati anak-anak, apa anak-anak fikir, apa anak-anak mahu, apa anak-anak tak selesa. - Gambar hiasan
ASEAN terima 123 juta pelancong asing tahun lalu
Negara-negara ASEAN menerima lebih 123 juta pelancong asing pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6 peratus berbanding tahun 2023.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
AWANI Ringkas: Peluang baharu di Mekah dan Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Menerusi Op Selamat 23, polis memberi tumpuan kepada rondaan untuk mencegah kemalangan dan kawalan lalu lintas di pusat bandar.
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam
Seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu.
Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
WEF2025: The Global Economic Outlook
Nearly five years since the COVID-19 pandemic upended the global economy, growth is slow but stable, inflation has gradually declined in advanced economies and trade trends have turned positive. Despite this, there remain challenges such as high public debt burdens, ongoing geo-economic tensions and the potential impact of industrial policies on smaller countries.
Rupanya Bell Ngasri garang, isteri dedah sisi lain Barkoba di rumah
Isteri kepada pelakon dan pelawak Bell Ngasri iaitu Nur Farhana Mahamad Fauri berkongsi sisi lain suaminya ketika bersama keluarga.
"Lambat sikit hari ini, children, I'm so sorry" - Cara komunikasi Faizal Tahir, anak-anak raih pujian netizen
Penyanyi Faizal Tahir mendapat perhatian netizen apabila berkongsi video di akaun Instagramnya yang memperlihatkan bagaimana dia berkomunikasi dengan anak-anak ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Anak mula tinggi suara, angkat tangan dengan ibu? - Pakar kongsi 6 tip apa perlu dilakukan
Semakin lama semakin tinggi suaranya. Tutur kata anak ni mula jadi kasar, tangan mula diangkat-angkat, kaki dihentak-hentak.
Benarkah emosi anak-anak terkesan dengan kata-kata ibu, ayah ...?
Mendidik anak di zaman sekarang ini sememangnya memerlukan kesabaran yang cukup tinggi. Anak-anak perlu diberikan lebih perhatian dalam mendidik mereka.