Industri muzik negara kita mungkin tidaklah begitu besar jika dibandingkan dengan negara lain namun Malaysia tidak pernah ketandusan melahirkan lagu-lagu yang malar segar atau evergreen sepanjang zaman.
Selain daripada lagu kebangsaan Negaraku, rakyat berbilang kaum - tak kiralah Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan semua warna-warni etnik lain di Malaysia - mampu menyanyikan lagu-lagu malar segar ini bersama-sama.
Kalau tidak pun sampai menghafal, sekurang-kurangnya mereka pernah dengar, tahu nadanya dan boleh ikut rentaknya serba sedikit.
Di sini, Astro AWANI kongsikan beberapa lagu yang sekiranya tiada dalam playlist anda, boleh dikatakan tidak cukup lengkap senarai lagu anda itu, apatah lagi jika anda adalah rakyat Malaysia.
1) TANGGAL 31 OGOS
Setiap tahun, lagu inilah paling kerap dimainkan. Dendangan asal oleh seniman Ahmad C.B. dan dipopularkan sepanjang zaman sejak dialunkan oleh penyanyi legenda, Sudirman Arshad.
Rentak rancak dalam lagu ini mampu menghadirkan keseronokan ketika mendengarnya dan dalam liriknya pula, ia mampu memberikan semangat kepada pendengarnya.
Tak hairanlah ramai yang melaung sebegini apabila di penghujung lagu tersebut: “Merdeka...Merdeka...Merdeka….MERDEKA!”
2) WARISAN
Satu lagi lagu nyanyian Sudirman, cuma kali ini rentaknya agak perlahan namun seni katanya sangat mendalam dan jika diamati sebaiknya, ia boleh meningkatkan rasa kecintaan kepada negara, dan betapa setiap rakyat di negara ini perlu melakukan pengorbanan dengan cara tersendiri.
3) STANDING IN THE EYES OF THE WORLD
Nyanyian Ella, lagu ini ternyata mempunyai auranya tersendiri. Sebaik sahaja Ratu Rock Malaysia itu membuka mulut untuk mendendangkan lagu ini, semangatnya pasti terus meresap ke dalam jiwa rakyat Malaysia.
Lagu yang awalnya bergema sempena penganjuran Sukan Komanwel di Kuala Lumpur pada tahun 1998 ini terus popular sehingga sekarang dan kewujudan karya Datuk Wah Idris ini turut diiktiraf di luar negara.
4) SETIA
Lagu Setia, nyanyian asal Francissca Peter, dicipta oleh Datuk Ahmad Dasilah dan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat. Oleh kerana populariti dan senikatanya, ada pihak yang secara santai memberi jolokan kepadanya sebagai 'lagu kebangsaan kedua selepas Negaraku'.
Merentas tahun demi tahun, lagu ini berganti-ganti dinyanyikan oleh penyanyi berbeza dan diberi susunan muzik baharu yang lebih moden.
Tak kiralah versi lama atau baru, melodi dan lirik dari lagu ikonik ini pasti sentiasa mampu membangkitkan semangat mereka yang mendengarnya.
5) GEMURUH
Antara lagu berentak moden yang pantas mendapat tempat dalam hati masyarakat. Melodinya yang rancak dan lirik penuh bersemangat menjadi antara faktor ia cepat diterima.
Ditambah pula lontaran vokal rock mantap daripada penyanyi Faizal Tahir, karya ini boleh dikategorikan sebagai lagu penaik semangat untuk kita semua.
6) SAYA ANAK MALAYSIA
Lagu yang acapkali dinyanyikan terutamanya ketika mahu menzahirkan kecintaan kepada negara dan juga menyatakan perpaduan.
Melodinya penuh semangat dan suara unik Dr Sam membuatkan lagu ini sangat popular dan bait “Saya Anak Malaysia” itu banyak kali dilaungkan anak-anak Malaysia.
7) FIKIRKAN BOLEH
Lagu ini dinyanyikan kumpulan Metropolitan yang berasal dari Johor. Lirik dan melodi ini mengajak rakyat untuk positif dan jika fikirkan boleh, maka semuanya boleh.
Video klip lagu ini banyak kali dimainkan dalam stesen televisyen pada waktu dulu berlatarkan kejayaan Malaysia merangkul Piala Thomas pada tahun 1992.
8) HIJAU
Dendangan penyanyi bersuara lunak, Datuk Zainal Abidin. Lagu ini mungkin tidak membangkitkan semangat kebangsaan namun ia mencetus rasa cinta pada khazanah negara iaitu alam sekitar.
Sering menjadi lagu utama untuk sebarang kempen berkaitan alam sekitar dan hidupannya, lagu Hijau sebenarnya membawa mesej universal bahawa setiap orang perlu peduli pada persekitaran masing-masing.
Pastinya ada banyak lagu lain yang boleh dikongsikan, apa kata anda kongsikan juga di semua platform Astro AWANI agar sama-sama kita dengar dan menghayatinya.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Ridauddin Daud
Sun Aug 30 2020

Rakyat negara ini yang berbilang kaum, agama, bahasa dan latar budaya boleh disatukan dalam alunan lagu. - Bernama

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.
AWANI Ringkas: Projek Bandar Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.

Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.

7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?