GEORGE TOWN: Melihat tiga sosok tubuh perkasa di sebalik kostum 'Predator' dan 'Black Panther' sambil melambai-lambaikan tangan membuatkan orang ramai yang lalu-lalang di hadapan Hotel Royal Penang di sini, tergamam.
Namun, apabila didekati nyata kumpulan digelar 'Adiwira Pulau Pinang' yang dianggotai Mohd Nor Hisham Awang Nong, 48, Mohd Wan Hafizi Wan Zakaria, 40, dan Azhar A. Rahman, 64, itu berniat murni untuk mengagihkan bungkusan makanan secara percuma.
Seorang pengguna jalan raya Mohd Ali Mohd Sharif, 55, pada awalnya menyangka ada festival jalanan, tetapi setelah memberhentikan motosikal yang dinaiki bersama anak lelakinya Mohd Rais Mohd Ali, 23, tekaannya nyata meleset.
"Setelah disuruh berhenti, rupanya ada adiwira nak bagi makanan pagi secara percuma. Terima kasih sebab ambil inisiatif untuk bantu orang awam yang terkesan ketika pandemik COVID-19," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Muzlifa Alias, 31, pula berkata inisiatif seumpama itu patut diteruskan kerana ramai golongan yang begitu terkesan dengan situasi pandemik sekarang.
"Inisiatif ini patut diteruskan sebab ramai lagi yang tak cukup makan. Dengan pemberian makanan percuma sekurang-kuranganya pagi ini perut mereka terisi," katanya yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Anson, di sini.
Bagi menjayakan inisiatif berkenaan, kumpulan Adiwira Pulau Pinang itu telah bekerjasama dengan pihak pengurusan Hotel Royal Penang diketuai Pengurus Besarnya Amran Taib untuk menyediakan 400 bungkus nasi lemak, 150 bihun dan 200 bungkus air teh dan kopi untuk diagihkan kepada orang awam secara percuma.
Sementara itu, Amran berkata pihaknya merayu kepada kerajaan negeri supaya mempercepatkan proses vaksinasi petugas perhotelan yang berdaftar di bawah Persatuan Hotel Malaysia Pulau Pinang.
"Setakat ini, kira-kira 4,000 orang pekerja perhotelan di bawah persatuan ini belum menerima vaksin. Jadi, langkah segera perlu dilakukan oleh kerajaan negeri termasuk Kementerian Kesihatan untuk menimbangkan keutamaan pemberian vaksin kepada pekerja hotel kerana tugas kami berdepan dengan orang ramai dan tidak mahu mendatangkan risiko kepada pelanggan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 08 2021

'Predetor' dan 'Black Panther' mengedarkan bungkusan sarapan percuma kepada anggota polis di Jalan Larut hari ini. - Bernama

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Black Panther dan Predator edar makanan percuma
Kumpulan yang digelar 'Adiwira Pulau Pinang' itu berniat murni untuk mengagihkan bungkusan makanan secara percuma.

Yuna mohon bantuan, kerap diganggu
Individu sama tetap muncul semula dengan akaun baharu meskipun pernah disekat lebih 10 kali.