BURBERRY menjadi jenama mewah pertama yang melancarkan koleksi pelitup mulut dan hidung.
Jenama itu mengumumkan pelancaran koleksi tersebut pada Khamis walaupun tarikh sebenar bila ia boleh mula didapati di pasaran belum diketahui.
The Guardian melaporkan pelitup rekaan Burberry yang mementingkan aspek kelestarian itu dihasilkan daripada kain yang tidak digunakan dan menggunakan teknologi antimikrob.
Menurut laman web Burberry UK, pelitup muka itu akan dijual dengan harga £90 (kira-kira RM490) setiap satu, dengan dua pilihan warna iaitu kuning air dan biru.
Setiap pembelian juga akan disertakan dengan beg kecil bagi tujuan penyimpanan.
Sebanyak 20 peratus daripada hasil penjualan akan disumbangkan kepada Tabung Komuniti Yayasan COVID-19.
Semenjak ditubuhkan, tabung itu telah membantu memberi sumbangan kepada mereka yang terkesan akibat COVID-19, malah turut menyumbangkan dana bagi penyelidikan vaksin.
Burberry tidak bersendirian dalam usaha amalnya kerana jenama mewah lain seperti Gucci, Versace, Chanel, dan Louis Vuitton turut memberikan sumbangan yang besar dalam usaha memberi bantuan di Eropah.
April lalu, Business Insider melaporkan Burberry menggunakan kilang untuk menghasilkan peralatan perlindungan diri (PPE), termasuk gaun hospital dan pelitup muka.
Agensi
Fri Aug 21 2020

Pelitup muka itu yang mementingkan aspek kelestarian dihasilkan daripada kain yang tidak digunakan dan menggunakan teknologi antimicrobial. -Foto/Burberry

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.

Burberry jenama mewah pertama lancar koleksi pelitup muka
Pelitup muka itu mementingkan aspek kelestarian, dihasilkan daripada kain yang tidak digunakan dan menggunakan teknologi antimikrob.

KPDNHEP Selangor sita barang tiruan jenama mewah bernilai RM10 ribu
Hasil serbuan mendapati terdapat penjualan pelbagai jenis pakaian dan beg berjenama Puma, Burberry, Michael Kors dan Tommy Hilfiger.

Romeo Beckham kini bintang Burberry
Romeo Beckham watak utama kempen terbaru Burberry.

Romeo anak kepada David Beckham dan Victoria Beckham model iklan Burberry
Anak kepada pemain bola dan model popular David and Victoria Beckham kini menjadi wajah eksklusif jenama fesyen terkenal Burberry.

Romeo Beckham jadi model Burberry (Video)
Mengikut jejak langkah ibu bapanya Romeo Beckham membuat kemunculan pertama sebagai model.