Akar Cerita, Gandarusa, Jarum Tujuh Bilah, Kucing Galak, Mahkota Dewa, Sambung Nyawa dan Derhaka Mertua.
Unik bukan nama-nama tersebut? Itu antara pokok herba yang terdapat di negara ini, sama ada ditanam secara komersial atau tumbuh meliar di hutan.
Lebih menarik apabila setiap satu pokok herba tersebut mempunyai 1,001 manfaat kepada tubuh badan manusia.
Bagaimanapun, diingatkan herba bukan seperti ubat yang dibekalkan oleh hospital sebaliknya hanya berperanan sebagai rawatan alternatif atau digunakan dalam menu makanan seperti ulam-ulaman.
Berikut kebaikan lima herba di atas untuk pengetahuan umum:
Derhaka mertua (Plumbago indica)
Herba ini turut dikenali sebagai Ceraka Kampung yang tumbuh secara renek dan menjalar.
Berdasarkan kajian makmal, pokok ini mengandungi bahan aktif seperti plumbagin dan glukosid sitosterol.
Khasiatnya pula boleh merawat sembelit, kudis buta dan melancarkan peredaran haid.
Kucing Galak (Acalypha indica)
Herba ini difahamkan berasal dari India dan sering digunakan dalam perubatan homeopati.
Uniknya nama herba ini kerana aromanya yang tersendiri sering menjadi kegemaran kucing.
Kebiasaannya, herba ini digunakan secara tradisional bagi merawat masalah berkaitan pernafasan kerana mempunyai bahan aktif sejenis sianogenetik glikosida dan asid hidrosianik.
Akar Cerita (Andrographis paniculata)
Nama lain yang sinonim dengan herba ini adalah hempedu bumi dan sering tumbuh di tanah gambut.
Akar cerita yang berasal dari India ini boleh dibiakkan menggunakan biji benih atau keratan batang.
Khasiat herba ini terdapat pada bahagian daunnya yang dipercayai berkesan menurunkan kadar gula dalam darah.
Mahkota Dewa (Phaleria Macrocarpa)
Herba yang berasal dari Jawa Tengah dan Yogyakarta ini turut dikenali sebagai Mahkota Raja atau Mahkota Ratu.
Disebabkan fizikalnya yang cantik, herba ini sering digunakan sebagai tanaman hiasan.
Kepercayaan tradisi menyatakan herba ini musuh kebanyakan penyakit seperti anti barah dan mampu menangani masalah selsema, tekanan darah tidak stabil dan kencing manis.
Gandarusa (Justicia gendarussa Linn)
Di Malaysia, terdapat dua jenis gandarusa yang biasa ditemui iaitu batang berwarna coklat kehitaman dan berwarna hijau.
Herba yang dipercayai berasal dari China ini difahamkan boleh digunakan untuk merawat bisa sendi, demam dan lelah.
Susulan daripada kandungan bahan antiperiodik, karminatif, diuretik dan laksatif.
Asyraf Roslan, Farhana Joni
Sun Jul 19 2020
Setiap satu pokok herba ini mempunyai 1,001 manfaat kepada tubuh badan manusia.
Pihak media diminta memberi sedikit masa sehingga tamat pemukiman
Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly meminta rakan media memberi sedikit masa kepada pihak KKM kerana pelbagai isu sumber manusia dan perkhidmatan akan dirungkai sepanjang pemukiman dijalankan. Tambah beliau, selepas tamat sesi pemukiman, pastinya memberi banyak lagi maklumat dan 'outcome' yang baik untuk petugas kesihatan secara keseluruhan.
#AWANInews
#AWANInews
Sokongan insentif mampu melonjakan penggunaan EV secara meluas
Menurut Penganalisis Industri Automotif, Hezeri Samsuri, insentif kerajaan memainkan peranan penting bukan sahaja untuk mengimbangi kekurangan ini, tetapi juga untuk meningkatkan daya tarikan EV kepada pengguna.
WBB: Kurangkan tempoh bekerja dari 99 jam kepada 72 jam seminggu
Dr. Dzulkefly memberitahu bahawa sistem WBB (Waktu Bekerja Berlainan) akan mengurangkan tempoh bekerja atas panggilan aktif dari 33 jam kepada 18 jam dan tidak bekerja 24 jam secara berterusan.
#AWANInews
#AWANInews
Forest City tarik minat pelabur domestik, antarabangsa
Pelaksanaan Zon Kewangan Khas Forest City (Forest City SFZ) seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos lepas, telah menyaksikan peningkatan minat di kalangan pelabur domestik dan antarabangsa.
Terbuka India: Tang Jie-Ee Wei tepati ramalan ke separuh akhir
Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menepati ramalan apabila layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India.
Pantau Agenda Reformasi: Gencatan senjata Hamas-Israel: Bina semula Gaza
Bagaimana boleh dipastikan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza bermula Ahad ini, benar-benar dicapai dalam usaha mengelakkan lebih banyak kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin?
Kerjasama Malaysia-Singapura kunci utama hab ekonomi JB
Masa depan Johor Bahru sebagai hab ekonomi utama banyak bergantung kepada kejayaan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Johor selain kerjasama dengan republik Singapura.
Pengarah Eksekutif Knight Frank Malaysia Allan Sim berkata pemacu sebenar pertumbuhan bandar raya itu adalah pelarasan dasar antara kedua-dua negara berkenaan.
Pengarah Eksekutif Knight Frank Malaysia Allan Sim berkata pemacu sebenar pertumbuhan bandar raya itu adalah pelarasan dasar antara kedua-dua negara berkenaan.
Gangguan perniagaan jadi kebimbangan utama
Gangguan dalam perniagaan kekal menjadi kebimbangan utama bagi risiko perniagaan di Malaysia tahun ini, di samping kebakaran dan letupan, serta perubahan dalam perundangan dan peraturan, menurut laporan Allianz Risk Barometer 2025.
Dalam satu kenyataan hari ini, penanggung insurans korporat kumpulan Allianz, Allianz Commercial berkata gangguan perniagaan kekal di kedudukan teratas di Malaysia, mencerminkan gangguan rantaian bekalan yang teruk yang dialami semasa dan selepas pendemik.
Dalam satu kenyataan hari ini, penanggung insurans korporat kumpulan Allianz, Allianz Commercial berkata gangguan perniagaan kekal di kedudukan teratas di Malaysia, mencerminkan gangguan rantaian bekalan yang teruk yang dialami semasa dan selepas pendemik.
KKM menganjurkan pemukiman melibatkan pimpinan tertinggi - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa pemukiman bermula hari ini sehingga 19 Januari 2025 membincangkan isu sumber manusia, meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan ketidakseimbangan agihan petugas termasuklah cadangan sistem WBB (Waktu Bekerja Berlainan).
Sistem WBB adalah sebuah cadangan perubahan aturan jadual bekerja yang menjadi sistem ketiga yang berjalan selari dengan sistem yang sedia ada dan sistem shif. Ianya bertujuan mengurangkan keletihan, meningkatkan kualiti hidup dan kebajikan setiap pegawai perubatan yang bertugas.
#AWANInews
Sistem WBB adalah sebuah cadangan perubahan aturan jadual bekerja yang menjadi sistem ketiga yang berjalan selari dengan sistem yang sedia ada dan sistem shif. Ianya bertujuan mengurangkan keletihan, meningkatkan kualiti hidup dan kebajikan setiap pegawai perubatan yang bertugas.
#AWANInews
Pasaran saham dijangka pulih, disokong asas ekonomi kukuh dan kemasukan dana asing
Selepas mengalami aliran menurun sejak suku keempat tahun lalu, pasaran saham Malaysia dijangka pulih dengan sokongan asas ekonomi yang kukuh, peningkatan nilai ringgit, dan penilaian pasaran yang kompetitif.
TAGS: Pasaran Saham Malaysia, Pemulihan Ekonomi, KDNK Malaysia 2025, Pelaburan Asing, Ringgit Malaysia, Indeks FBM KLCI, Penilaian Pasaran Saham, Peluang Pelaburan.
TAGS: Pasaran Saham Malaysia, Pemulihan Ekonomi, KDNK Malaysia 2025, Pelaburan Asing, Ringgit Malaysia, Indeks FBM KLCI, Penilaian Pasaran Saham, Peluang Pelaburan.
Derhaka Mertua, Kucing Galak? Apa itu?
Akar Cerita, Gandarusa, Jarum Tujuh Bilah, Kucing Galak, Mahkota Dewa, Sambung Nyawa dan Derhaka Mertua.