KUALA LUMPUR: Derma darah merupakan sesuatu yang penting kepada manusia terutamanya dalam membantu mereka yang mengalami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah kerana sumsum tulang mereka tidak dapat menghasilkan sel darah secara semula jadi.
Pakar Perunding Hematologi dan Perubatan Transplan Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Ho Kim Wah berkata pemindahan darah perlu untuk mengekalkan fungsi organ, pertumbuhan dan kesihatan secara umum dan seterusnya membolehkan pesakit untuk meneruskan kehidupan mereka.
"Beberapa jenis penyakit hematologi memerlukan pemindahan darah berterusan, seperti pesakit leukemia akut yang mengalami cytopaenias (sel darah merah atau putih rendah atau platelet) dan pesakit leukemia akut atau limfoma yang mengalami anemia (kekurangan sel darah merah).
"Ia juga diperlukan pesakit thrombocyopaenia (kekurangan platelet dalam darah yang boleh menyebabkan pendarahan ke dalam tisu, lebam dan pembekuan darah secara perlahan selepas kecederaan) akibat rawatan seperti kimoterapi, termasuk pesakit yang mengalami masalah gangguan kronik yang melibatkan hemoglobinopati seperti talasemia major," katanya dalam satu kenyataan.
Dr Ho berkata walaupun trend derma darah negara menunjukkan penurunan pada 2020 dan 2021 disebabkan pandemik COVID-19, terdapat sedikit peningkatan pada 2022 dengan 120,929 penderma baharu, berbanding 96,702 penderma pada 2021 dan 115,606 pada 2020, manakala enam bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan, dengan 59,224 penderma.
Bagaimanapun Dr Ho berpendapat, bekalan darah yang rendah akan mengakibatkan rawatan darah yang suboptimum untuk pesakit hematologi dan perkara ini tidak baik untuk kesihatan mereka, serta dalam keadaan kritikal, ia boleh menyebabkan kematian.
"Pesakit mungkin akan mengalami gangguan fungsi organ, pertumbuhan yang lemah, komplikasi daripada extramedula hematopoiesis (pembentukan dan pengaktifan sel darah di luar sumsum tulang sebagai tindak balas kepada tekanan hematopoiesis (pembentukan darah) serta kualiti hidup yang rendah," katanya.
Dr Ho berkata mitos dan tabu yang menyelubungi derma darah dan pemindahan darah juga boleh menghalang pelaksanaan rawatan bagi menyelamatkan nyawa pesakit.
"Sebagai contoh, kenyataan seperti derma darah boleh memendekkan jangka hayat, boleh menyebabkan jangkitan semasa menderma darah atau boleh merosakkan organ dalaman atau mengatakan bahawa darah akan dibuang jika bekalan berlebihan atau tidak digunakan serta merta.
"Andaian seperti ini boleh mengancam nyawa pesakit yang memerlukan amat darah dan jika mitos itu tidak dihapuskan, ia boleh menyebabkan situasi perubatan yang kritikal. Perlu kita ingat, satu beg darah yang didermakan, mampu menyelamatkan tiga nyawa. Tetapkan pendirian anda dan selamatkanlah nyawa hari ini." katanya.
Dr Ho menyatakan risiko untuk menderma darah adalah minimum, selagi seorang penderma itu layak dengan memenuhi kriteria umur, tidak berpuasa, mempunyai berat badan ideal, tidur secukupnya sebelum menderma darah, sihat dari segi fizikal dan mental, serta pelbagai standard yang lain.
"Selepas menderma darah, penderma dinasihatkan untuk berehat sekurang-kurangnya 10 minit dan adalah penting untuk mengambil sedikit makanan ringan serta minum air yang banyak.
"Penderma juga diminta untuk tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh 24 jam pertama selepas menderma darah, bagi mengelakkan mereka pengsan," katanya.
Dr Ho berkata pemindahan darah pada masa kini merupakan satu prosedur yang selamat, namun begitu ia bergantung kepada individu penerima, kerana mungkin boleh berlaku beberapa risiko kecil, antaranya alahan dan tindak balas transfusi yang bukan hemolitik (demam atau menggigil selepas pemindahan) yang merupakan antara kes yang amat jarang berlaku.
"Dalam apa jua keadaan, jika pesakit mengalami simptom seperti demam, menggigil, sakit dada, berpeluh, gatal, sesak nafas atau kurang selesa, mereka atau penjaga harus melaporkannya kepada jururawat atau doktor dengan segera," kata Dr Ho.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023
![Derma darah penting untuk selamatkan nyawa Derma darah penting untuk selamatkan nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/81584797026_TBDermaDarah.jpg)
Risiko untuk menderma darah adalah minimum, selagi seorang penderma itu layak dengan memenuhi kriteria umur, tidak berpuasa, mempunyai berat badan ideal, tidur secukupnya sebelum menderma darah. - Gambar hiasan/REUTERS
![Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740098732_Pemandumautnahas.jpg)
Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
![PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740098223_Bromeliad.jpg)
PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.
![When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740097947_AdliHafidzPauzi.jpg)
When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.
![Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740094684_DATUKAZMANABIDIN.jpg)
Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.
!['Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani 'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734149396_tbAzhanRani.jpg)
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
![Pemandu e-hailing terima anugerah penderma darah terbanyak Pemandu e-hailing terima anugerah penderma darah terbanyak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720782781_Bekalandarah.jpg)
Pemandu e-hailing terima anugerah penderma darah terbanyak
Berkat menderma darah sebanyak 158 kali membolehkan pemandu e-hailing Kang Eng Tean, 50, menerima anugerah sebagai penderma darah terbanyak di Kelantan.
![Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720404770_DzulkeflyAhmad.jpg)
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
![Bekalan darah jenis O negatif kritikal di Hospital Dutches of Kent, Sandakan Bekalan darah jenis O negatif kritikal di Hospital Dutches of Kent, Sandakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631527960_Bekalandarah.jpg)
Bekalan darah jenis O negatif kritikal di Hospital Dutches of Kent, Sandakan
Orang ramai yang mempunyai darah kumpulan tersebut di sekitar bandar ini diminta tampil menderma bagi membantu keperluan mendesak hospital berkenaan.
![Kutipan dan bekalan menurun, HSI pohon orang ramai derma darah Kutipan dan bekalan menurun, HSI pohon orang ramai derma darah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702183294_TBHospitalSultanIs.jpg)
Kutipan dan bekalan menurun, HSI pohon orang ramai derma darah
Kutipan dan pembekalan darah bagi kesemua kumpulan darah di Unit Perubatan Transfusi, Hospital Sultan Ismail (HSI) semakin menurun.
![Derma darah penting untuk selamatkan nyawa Derma darah penting untuk selamatkan nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/81584797026_TBDermaDarah.jpg)
Derma darah penting untuk selamatkan nyawa
Pemindahan darah perlu untuk mengekalkan fungsi organ, pertumbuhan dan kesihatan, serta membolehkan pesakit meneruskan kehidupan.
![Ong anggap derma darah cara bersedekah Ong anggap derma darah cara bersedekah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/61529665220_BloodDonation.jpg)
Ong anggap derma darah cara bersedekah
Bapa kepada seorang cahaya mata itu pada masa sama turut menggalakkan orang ramai menderma darah bermula daripada usia muda.
![Kadar derma darah: KKM sasar 35 hingga 40 orang per 1,000 populasi menjelang 2030 Kadar derma darah: KKM sasar 35 hingga 40 orang per 1,000 populasi menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61602985181_TBDermaDarah.jpg)
Kadar derma darah: KKM sasar 35 hingga 40 orang per 1,000 populasi menjelang 2030
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Perkhidmatan Perubatan Transfusi, menyasarkan kadar pendermaan darah negara 35 hingga 40 orang per 1,000 populasi penduduk, menjelang tahun 2030.
![Anggota Rela derma darah 219 kali sejak 1995 Anggota Rela derma darah 219 kali sejak 1995](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678764377_TBANGGOTARELA.jpg)
Anggota Rela derma darah 219 kali sejak 1995
Zakaria Omar yang berumur 48 tahun, aktif menderma darah sejak berusia 20 tahun.
![Gempa bumi Turkiye, Syria: Penduduk Palestin derma darah untuk mangsa Gempa bumi Turkiye, Syria: Penduduk Palestin derma darah untuk mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676262073_DonateBlood.jpg)
Gempa bumi Turkiye, Syria: Penduduk Palestin derma darah untuk mangsa
Bertemakan "One Body", kempen sehari itu "menghantar mesej kasih sayang dan keamanan untuk semua."