KUALA LUMPUR: Adalah amat penting untuk rakyat Malaysia lebih berjaga-jaga dan mementingkan penjagaan kesihatan dari sebelumnya dalam mengamalkan gaya hidup sihat menerusi diet seimbang termasuk pengambilan protein dan senaman di dalam fasa peralihan pandemik COVID-19.
Pensyarah Kanan dan Timbalan Pengarah Kajian dan Penyelidikan Pusat Sains Sukan dan Senaman Universiti Malaya Dr Sareena Hanim Hamzah berkata ini adalah penting kerana dunia kini terus diancam dengan kemunculan varian baharu virus.
"Sambil mengamalkan satu gaya hidup yang seimbang, kita sepatutnya sentiasa memerhati kebiasaan diet kita bagi menyediakan tenaga dan nutrient mencukupi untuk tubuh dan elakkan daripada makan berlebihan.
Untuk kekal aktif, dinasihatkan untuk melakukan sekurang-kurangnya 150 ke 300 minit aktiviti fizikal aerobik dengan intensiti sederhana sepanjang minggu untuk manfaat kesihatan yang ketara kerana ia juga akan membantu meningkatkan endorfin dan meredakan tekanan," katanya dalam satu webinar bertemakan "Start Your Day Right With A Nutritious Drink" anjuran Amway Malaysia.
Pelan diet yang sihat dan seimbang seharusnya mengandungi protein dalam makanan seharian selain karbohidrat dan lain-lain nutrient dan protein kocak yang berfungsi sebagai pelengkap kepada elemen diet lain kerana senaman tetap bersama kebiasaan pemakanan yang sihat boleh menjurus kepada gaya hidup seimbang," katanya.
Senada dengan beliau, seorang lagi ahli panel webinar itu, pakar diet Indra Balaratnam berkata diet yang sihat adalah bersangkut-paut dalam menyokong sistem imun manusia dengan diet yang sihat kaya dengan nutrient mampu mengurangkan kebarangkalian mengakibatkan isu kesihatan lain seperti obesiti, sakit jantung atau diabetis dan protein adalah salah satu daripada nutrient yang penting untuk keseluruhan kesihatan manusia.
"Protein adalah nutrient makro kepada tubuh kita dan dipecahkan kepada asid amino. Ia penting untuk tumbesaran, penyelenggaraan tisu badan, kawalan metabolisme yang membantu mengekalkan berat badan yang sihat, mengawal kelaparan dan mempercepatkan pemulihan otot. Anda boleh mendapatkan kebaikan protein asli daripada daging, ikan, telur, tauhu, kekacang dan produk tenusu.
"Protein adalah satu nutrient yang memainkan peranan untuk meningkatkan 'neurotransmitters' yang berhubung dengan otak kita yang membuat kita terjaga dan berwaspada termasuk pilihan yang kaya protein sebagai sebahagian daripada sarapan pagi kita yang sihat dan seimbang serta mampu membantu kita rasa bertenaga dan cukup khasiat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021

Pelan diet yang sihat dan seimbang seharusnya mengandungi protein dalam makanan seharian selain karbohidrat dan lain-lain nutrient dan protein kocak yang berfungsi sebagai pelengkap kepada elemen diet lain. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Diet seimbang dan senaman penting untuk kesihatan yang baik
Adalah amat penting amalkan gaya hidup sihat menerusi diet seimbang kerana dunia terus diancam dengan kemunculan varian baharu virus.

Rakyat di negara-negara amal penyediaan makanan tradisional kurang alami obesiti
Walaupun ekonomi negara-negara tersebut telah berkembang pesat dan kadar obesiti mereka seharusnya sepadan dengan negara-negara Barat, tetapi mereka tidak obes seperti sepatutnya.