KERAP kita dengar anak ada masalah cacing tetapi apakah petandanya?
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur. Apa nak buat? Ini tip untuk mak dan ayah.
Apabila anak semakin besar, sudah mula pandai kutip sesuatu untuk dimasukkan ke dalam mulut. Apabila anak mula makan, sudah pandai makan macam-macam hidangan.
Apabila anak kerap ambil makan minum dari luar, dengan penjagaan kebersihan yang kita tidak pasti.
Untuk anak yang kerap kecacingan, atau nak elak anak dari kecacingan, boleh bagi anak 8 makanan ini. Semuanya makanan segar dan senang untuk didapati.
Kecacingan boleh berlaku, kadang-kala tanpa kita sedar. Secara tiba-tiba anak mula garu di bahagian dubur.
Antara simptom kecacingan;
– Gatal bahagian dubur
– Anak kerap tidak sihat
– Kerap muntah cirit
– Asyik kembung perut
– Tidak lalu makan
– Susut berat badan
– Keluar cacing bersama najis
Boleh bawa anak jumpa doktor, dalam masa yang sama, perbanyakkan bagi anak makanan seperti di bawah.
1. Betik dan bijinya mengandungi papain dan carpain, bersifat antiparasit.
Cara mudah untuk anak makan, kisar betik dengan bijinya sekali, tambah air dan madu. Boleh minum terus, atau jadikan aiskrim.
2. Bawang putih mengandungi allicin,
ini ejen penting untuk membunuh parasit. Banyakkan bawang putih dalam makanan anak, buat sup paling senang.
3. Biji labu mengandungi cucurbitacin untuk membantu lemahkan beberapa jenis parasit.
Ini lebih sesuai Untuk anak yang sudah pandai mengunyah. Boleh bagi terus atau masukkan dalam yogurt dengan tambahan sedikit madu.
4. Delima mengandungi punicine, sangat beracun untuk parasit.
Bagi anak makan sekali dengan bijinya. Sesuai untuk anak yang sudah pandai mengunyah. Untuk bayi, boleh picitkan jus terus ke dalam mulut anak.
5. Kelapa, isinya, airnya, minyaknya. Semua untuk parasit.
Bagi anak minyak kelapa setiap hari, bagi anak air kelapa dan isinya setiap minggu, insya-Allah anak akan bebas parasit sampai ke besar.
6. Lobak merah mengandungi vitamin A serta merupakan penggalak sistem imun.
Boleh diletakkan di dalam sup.
7. Kunyit bersifat antiparasit dan mampu lemahkan parasit serta memusnahkan telur parasit.
Masukkan kunyit segar atau kunyit serbuk asli dalam makanan anak. Elak serbuk kunyit yang ada campuran.
8. Bunga cengkih merupakan herba yang bersifat antiseptik, antiparasit dan antibakteria.
Senang kalau anak suka sup, boleh masukkan setiap kali masak. - Keluarga
Keluarga
Sat Jul 06 2024

Untuk anak yang kerap kecacingan, atau nak elak anak dari kecacingan, boleh bagi anak 8 makanan ini. - Keluarga

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.

NTD tidak harus dipandang sepi
Jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.