KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) buat julung kali melancarkan Festival Seni Insan Istimewa dengan kerjasama Persatuan OKU Sentral bagi menyokong bakat dan kebolehan seni yang dimiliki golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, berkata festival itu bakal diadakan di pusat beli-belah KL Gateway Mall, Kerinchi, di sini pada 30 Okt ini, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
"Festival ini akan berlangsung selama sehari dengan pelbagai program dan aktiviti menarik yang boleh disertai oleh golongan OKU dan orang ramai. Di samping itu, terdapat beberapa pertandingan dan hadiah menarik menanti bakal peserta," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata program itu dicetuskan apabila beberapa ahli Biro OKU Karyawan yang dianggotai lebih 100 individu menyarankan agar diadakan satu acara seni khusus kepada mereka, yang rata-ratanya amat berbakat dan menjadikan karier selaku buskers (kumpulan pemuzik jalanan) bagi menampung pendapatan seharian.
"Selain itu, pada malam festival pula akan diadakan satu Konsert Istimewa bakal menampilkan bakat seni suara istimewa dan antara terlibat ialah Caliph Buskers, Bad Indigo, Zaiton Sameon, Azmir Arif dan rakan artis lain seperti Moq, Datuk Yusni Hamid, Radhi Khalid, Rozita Rohaizad dan ramai lagi," katanya.
Presiden Persatuan OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi, pula berkata pihaknya amat berterima kasih kepada Karyawan dalam membantu golongan itu untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka kepada masyarakat melalui program berkenaan .
"Sebenarnya program sebegini merupakan kesinambungan bagi program-program yang pernah dianjurkan oleh OKU Sentral sejak beberapa tahun ini.
"Saya berharap semua pihak termasuk media dapat menguar-uarkan festival ini supaya dapat memberi lebih pendekatan dan pendedahan kepada mereka di luar sana untuk memberi peluang kepada OKU untuk melakukan persembahan serta mengajak mereka yang mempunyai anak-anak OKU untuk turut serta," katanya.
Festival tersebut turut mendapat kerjasama daripada beberapa agensi antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Wilayah Persekutuan dan pihak swasta.
Individu atau badan bukan kerajaan yang berminat untuk menjadi penaja boleh menghubungi pihak urusetia di e-mel [email protected] atau di talian 012 315 3988 (Kamaluddin Mohd Kasim).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Freddie berkata, festival yang akan berlangsung selama sehari itu menyajikan pelbagai program dan aktiviti menarik yang boleh disertai oleh golongan OKU dan orang ramai. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

20,000 pengunjung dijangka hadir Port Fest 2023, himpun lebih 300 penggiat seni kreatif
Port Fest 2023 di Dataran Ipoh merupakan sebahagian daripada inisatif untuk mempromosikan Tahun Melawat Ipoh 2023 dan Tahun Melawat Perak 2024.

Festival Seni Insan Istimewa di KL Gateway Mall, 30 Oktober ini
Festival itu bakal diadakan di pusat beli-belah KL Gateway Mall, pada 30 Oktober ini, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur (DiverseCity) 2016 bermula
Acara yang meraikan pelbagai spektrum seni ini dianjurkan buat tahun kedua dan dilangsungkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2016.

Variasi seni Diversecity 2015 warnai Kuala Lumpur
Diversecity 2015 dianjurkan bagi meraikan kepelbagaian cabang kesenian di tanah air dan juga dari negara serantau ASEAN serta seluruh dunia.