Musim cuti sekolah kembali lagi!
Tidak tahu bagaimana untuk meluangkan masa cuti sekolah? Jangan risau, Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa 2019 kembali sekali lagi pada musim cuti sekolah ini dan acara ini berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga 31 Mac.
Sebanyak 20 rekaan belon udara panas yang berbeza dan unik seperti rekaan badut, robot, gajah dan lain lagi akan dipamerkan dalam fiesta kali ini!
Belon-belon udara panas yang dipamerkan bukan sahaja dari Malaysia, malah dari negara-negara lain juga seperti Jepun, Australia, Brazil dan banyak lagi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKA Balloon Sdn Bhd, Izzati Khairuddin, apa yang menarik pada penganjuran fiesta tahun ini ialah pihaknya mendapat penyertaan daripada sebanyak 14 buah negara.
"Tahun ini kami ada lebih banyak belon istimewa, selalunya kami ada dalam empat atau lima belon sahaja tetapi tahun ini kami ada tujuh belon daripada pelbagai negara. Sejumlah 14 negara telah menyertai acara kita pada tahun ini," katanya.
Selain daripada menaiki belon udara panas, pengunjung juga boleh berehat di kawasan trak makanan serta menyertai aktiviti-aktiviti yang ditempatkan dalam zon-zon yang berbeza.
Di samping itu, pada Sabtu dan Ahad ini, acara Night Glow akan diadakan di mana belon udara panas itu akan menyala mengikut irama muzik berserta dengan pertunjukan bunga api pada waktu malam.
Fiesta ini diadakan selama empat hari sementara musim cuti sekolah di Presint 2, Putrajaya.
Ng Aun Kee
Thu Mar 28 2019
Fiesta Belon Udara Panas Antabarabangsa kembali semula di Putrajaya selepas dua tahun diadakan di luar wilayah pentadbiran itu. - BERNAMA
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Fiesta belon udara panas Putrajaya kembali lagi!
Sebanyak 20 rekaan belon udara panas yang berbeza dan unik seperti rekaan badut, robot, gajah dan lain-lain dipamerkan dalam fiesta ini.