LAMAN sosial hari ini kecoh dengan perbualan netizen berhubung rawatan kulit seekor gajah menggunakan serbuk kunyit Adabi.
Ramai yang terkejut apabila mengetahui bahan yang biasanya dimasukkan sebagai ramuan dalam pelbagai jenis masakan, sebenarnya mempunyai banyak khasiat lain, terutama untuk kesihatan dan kecantikan.
Paling menggelikan hati adalah perbualan berantai berikut yang sempat diulang kicau oleh akaun Twitter rasmi Adabi sendiri.
Perbualan bernada gurauan berkenaan resipi 'gajah goreng kunyit' itu disertai beberapa netizen, seolah-olah mereka berada dalam sebuah program masakan.
Turut mendapat perhatian adalah pantun empat kerat yang dimuat naik Adabi.
Dalam entri mereka sebelum ini, Adabi menjelaskan beberapa khasiat tambahan serbuk kunyit yang tidak diketahui ramai, antaranya merawat luka kecil, gigitan serangga dan agen pemutih kulit.
Adabi turut memaklumkan kaedah melumur kunyit pada kulit gajah sebenarnya telah dipraktikkan di setiap zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit baik untuk kulit gajah.
Astro Awani
Tue Mar 19 2019

Perbualan bernada gurauan berkenaan resipi 'gajah goreng kunyit' undang ketawa netizen, malah turut diulang kicau akaun Twitter Adabi. - Twitter Adabi Consumer
Mangsa banjir Melaka meningkat kepada 330 orang
Jumlah mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 330 orang daripada 93 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 248 orang daripada 77 keluarga pada 8 malam tadi.

Penganggur didakwa bunuh penyanyi sambilan
Seorang penganggur didakwa atas pertuduhan membunuh seorang penyanyi sambilan wanita di sebuah rumah, bulan lepas.
Penganggur didakwa bunuh penyanyi sambilan
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan membunuh kekasihnya yang juga penyanyi sambilan.

Polis Marin rampas e-waste bernilai lebih RM33 juta di Meru
Polis Marin merampas sejumlah 1.23 juta kilogram (kg) sisa elektronik (e-waste) bernilai RM33.18 juta dalam serbuan di sebuah kilang di Meru, Klang.

Lelaki didakwa bunuh anak asuhan isteri
Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang merupakan anak asuhan isterinya, Isnin lalu.

Pihak berkuasa dua masjid suci seru patuh panduan penggunaan air Zamzam
Kemudahan wuduk yang lengkap dan 20,000 bekas air Zamzam telah disediakan sepanjang Ramadan bagi memenuhi keperluan para jemaah.
Isu agama, kaum jangan jadikan senjata politik, ia membakar diri - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan seluruh rakyat Malaysia sebarang masalah kaum dan agama mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Islam agama Persekutuan, kita martabatkan tetapi kita jaga keharmonian," katanya.
"Islam agama Persekutuan, kita martabatkan tetapi kita jaga keharmonian," katanya.

Harga tiket final Piala Malaysia 2024-2025 kekal - MFL
Empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan Sri Pahang FC.

Dokumen MM2H palsu: Pegawai imigresen diperintah bela diri
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Shamsudin di akhir kes pendakwaan.

Sultan Selangor berkenan kurnia watikah pelantikan Pengerusi MAIS baharu
Baginda turut menyampaikan watikah kepada Tan Sri Mazlan Mansor sebagai Timbalan Pengerusi MAIS baharu dan dua anggota baharu.

Kilang baharu Adabi sasar jualan RM150 juta
Ia adalah misi Adabi dalam mengembangkan lagi pengeluaran produk di samping menjadi pelaburan baharu.

Ketupat lembik: Adabi mohon maaf
Adabi menyeru kepada pengguna supaya menyalurkan terus aduan di rangkaian laman media sosial rasmi Adabi.

POWERCAT bukan hanya untuk kucing! Adabi salur sumbangan kepada Zoo Negara
Produk keluaran Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) itu juga boleh digunakan sebagai makanan tambahan kepada haiwan-haiwan lain.

'Gajah goreng kunyit' jadi tumpuan media sosial
Perbualan bernada gurauan berkenaan resipi 'gajah goreng kunyit' undang ketawa netizen, malah turut diulang kicau akaun Twitter Adabi.