Menurut Pengurus Jenama Kanan Hada Labo, Evonne Lai, kejayaan itu mengukuhkan status jenama kecantikan Jepun itu sebagai penyelesaian utama untuk kulit yang bersih dan terhidrat.
“Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan reputasi Hada Labo sebagai jenama penjagaan kulit yang berkesan, berkualiti tinggi tetapi juga menonjolkan komitmennya untuk mendidik dan melibatkan pengguna dalam rutin penjagaan kulit yang betul,” kata Evonne.
Rekod tersebut disahkan Perunding Rekod Kanan The Malaysia Book of Records, Siti Hajar Johor, di mana 210 peserta menanggalkan solekan secara serentak.
Rakan runcit setia Hada Labo, Watsons Malaysia, turut memberi sokongan kepada acara itu, sekali gus memperkukuh impak jenama tersebut.
Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, Lim Mei Yuen, meluahkan perasaan teruja atas pengiktirafan berprestij berkenaan.
“Pencapaian ini adalah bukti yang kukuh terhadap falsafah penjagaan kulit ‘Perfect X Simple’ kami, membuktikan bahawa kulit bersih dan berseri boleh dicapai dengan mudah dengan produk dan rutin yang betul.
“Kami sangat berbangga kerana dapat menetapkan penanda aras baharu dalam industri penjagaan kulit dan berkongsi detik ini bersama pengguna setia kami.” kata Mei Yuen.
Dalam demonstrasi yang diadakan di Puteh, Subang baru-baru ini, seramai 210 peserta menanggalkan solekan mereka dengan menggunakan dua produk Hada Labo iaitu Hydrating Cleansing Oil dan Hydra and Whitening Face Wash.

Hydrating Cleansing Oil menjadi tumpuan utama dalam acara itu dengan menanggalkan solekan dan kotoran dengan mudah.
Ia menggunakan minyak zaitun, jojoba, macadamia, rosehip dan biji moringa untuk menanggalkan minyak berlebihan, kotoran dan solekan kalis air yang degil dengan berkesan.
Hydrating Cleansing Oil turut mengekalkan hidrasi yang mendalam apabila diperkaya dengan dua jenis asid hialuronik untuk mengekalkan kelembapan kulit selepas pembersihan.
Selain itu, ia juga melindungi kulit daripada pencemaran dan juga lembut pada kulit.
Produk kedua yang digunakan peserta dalam mencipta rekod baru itu merupakan Hydra & Whitening Face Wash yang bukan sahaja membersihkan tetapi meningkatkan kecerahan kulit.
Antara ciri-ciri yang ada pada Hydra & Whitening Face Wash adalah ia mengunci kelembapan dengan 2 jenis asid Hialuronik.
Ia juga mencerahkan dan menyerikan kulit dengan mengandungi resveratrol, niacinamide, vitamin C dan E untuk meratakan tona kulit selain memperbaiki teksturnya.
Bagi meraikan pencapaian berprestij itu, Hada Labo menawarkan diskaun eksklusif di Watsons Malaysia bermula 6 Mac hingga 14 April.
Nikmati rebat segera RM10 dengan pembelian minumum RM100 untuk produk Hada Labo selain diskaun 20 peratus untuk Hydrating Cleansing Oil serta diskaun tambahan 5% untuk ahli Watsons.
Untuk maklumat lanjut tentang produk atau untuk mendapatkan kemas kini mengenai acara yang akan datang, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti laman Facebook: MyHadaLabo atau Instagram: @hadalabomalaysia atau TikTok: @hadalabomy.
