KUCHING: Jambatan Gantung Satok kembali dibuka kepada umum selama dua hari bermula pukul 6 pagi, 31 Disember 2021 sehingga 12 tengah malam pada 2 Januari 2022 sahaja.
Jurutera Residen Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR) Cliff Jude Zehnder berkata jumlah maksimum pengunjung yang dibenarkan berada di atas jambatan itu dihadkan kepada 100 orang pada satu-satu masa.
Menurut Cliff, Jambatan Gantung Satok sebelum ini terpaksa ditutup untuk memberi laluan kepada JKR melakukan kerja-kerja naiktaraf.
“Sebelum ini jambatan gantung tersebut terpaksa ditutup sementara untuk tambahan 50,000 lampu piksel pada jambatan berkenaan.
“Untuk itu, secara total sebanyak 60,000 lampu piksel akan digunakan bagi mendapatkan kesan pencahayaan yang lebih cantik pada jambatan tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, pengunjung turut menasihatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan masing masing dan mematuhi Garis Panduan (SOP) COVID-19 semasa berada di atas jambatan berkenaan.
Terdahulu, JKR Sarawak dalam satu kenyataan pada 1 November lalu memaklumkan penutupan Jambatan Gantung Satok kepada umum untuk kerja-kerja penambahan lampu tersebut sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.
Nuzuluddin Abdul Razak
Fri Dec 31 2021
Jambatan Gantung Satok sebelum ini ditutup untuk memberi laluan kepada JKR melakukan kerja-kerja menambah 50,000 lampu piksel pada jambatan berkenaan. - Astro AWANI
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Hanya dua hari! Jambatan Gantung Satok dibuka kepada umum sempena Tahun Baharu
Bermula pukul 6 pagi 31 Disember 2021 sehingga pukul 12 tengah malam pada 2 Januari 2022, Jambatan Gantung Satok dibuka kepada umum.
Jambatan Gantung Satok tarikan pelancongan baharu bandar raya Kuching
Ia bukan sahaja mengembalikan kenangan dan sentimen sejarah, namun bakal menjadi ikon baharu tarikan pelancongan di bandar raya Kuching.
Mayat wanita di dalam kereta terhumban ke Sungai Sarawak berjaya dikeluarkan
Mayat seorang wanita yang berada di dalam kereta terhumban ke Sungai Sarawak berdekatan Jambatan Gantung Satok di sini berjaya dibawa keluar tengah hari ini.