SIMPTOM perut berangin semasa mengandung sememangnya lazim berlaku.
Ibu hamil sensitif dengan apa yang dimakan.
Walaupun ia dianggap sebagai satu simptom biasa, namun keadaan tersebut boleh memberikan rasa tidak selesa terutamanya ketika hendak tidur.
Jadi apa yang menyebabkan perut berangin semasa hamil?
Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.
Kenapa ibu hamil mudah mendapat simptom perut berangin?
Kehamilan merupakan satu proses fisiologi yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tubuh ibu supaya ideal untuk tumbesaran janin.
Perkara ini berlaku secara berperingkat dan dalam perubahan tersebut, terselit kesan sampingan yang boleh membuatkan ibu hamil tidak selesa; angin.
Perut masuk angin semasa mengandung bukanlah satu perubahan fisiologi kehamilan. Ia merupakan kesan sampingan berpunca daripada peningkatan hormon progesteron.
Hormon tersebut bukan sahaja menyebabkan otot badan menjadi regang, malah mengakibatkan proses pencernaan badan menjadi perlahan.
Akibatnya, angin berkumpul dan dimanifestasikan sebagai perut masuk angin, mudah sendawa dan terkentut.
Semakin lanjut usia kandungan ibu, semakin banyak angin yang berkumpul akibat daripada peningkatan saiz rahim yang memberikan tekanan kepada organ sistem penghadaman.
Apa yang lebih teruk lagi, ada juga makanan yang boleh menyebabkan perut berangin. Pengambilan ubat suplemen, terutamanya yang mengandungi zat besi, boleh menyebabkan masalah sembelit.
Perkara ini sekali gus membuatkan masalah angin pada perut anda menjadi bertambah teruk.
Tip legakan perut berangin semasa mengandung
#1 Minum air secukupnya
Elakkan daripada mengambil minuman bergula atau jus. Walaupun jus bagus untuk kesihatan, jika anda mempunyai penyakit radang usus (IBD), ia boleh menyebabkan simptom perut berangin menjadi bertambah teruk.
Jika anda ingin mengambil jus, pastikan ia mempunyai kandungan gula berangin (FODMAP) yang rendah. Minuman terbaik untuk anda sepanjang tempoh kehamilan adalah air kosong.
Pastikan anda minum mengikut saranan pakar.
#2 Eksperimen dengan tabiat pemakanan anda untuk kesan punca perut berangin
Oleh sebab terdapat banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan berlakunya perut berangin, anda boleh melakukan ‘eksperimen’ bagi mengesan punca tersebut.
Cuba elakkan daripada mengambil makanan yang anda biasa makan dan lihat jika simptom perut berangin menjadi bertambah baik. Kebanyakan ibu hamil mengalami perubahan pada simptom tersebut dan mereka berjaya mengesan makanan apa yang menjadi punca.
Antara makanan yang sering dikaitkan dengan angin pada perut adalah:
• Sayur brokoli
• Kobis
• Kentang
• Makanan bergandum
Jika anda ingin membuat perubahan pada diet anda, rujuk kepada pakar pemakanan atau doktor terlebih dahulu. Takut nanti anak yang sedang membesar itu tidak mendapat nutrisi yang cukup pula.
#3 Ambil makanan berserat secukupnya
Walaupun terdapat banyak sayur yang boleh menyebabkan perut anda berangin, tapi ia juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Apabila anda mengambil makanan berserat yang cukup, ia akan menarik air ke dalam usus, melembutkan tinja dan membuatkan proses defekasi berlaku dengan mudah.
Oleh sebab sembelit boleh menyebabkan masalah ini menjadi bertambah teruk, anda boleh cuba ambil makanan berserat terlebih dahulu.
Eksperimen dengan makanan dan kenal pasti punca anda alami perut berangin.
#4 Gunakan suplemen serat untuk atasi masalah perut masuk angin
Bagi golongan ini, anda dinasihatkan untuk mengambil suplemen yang mengandungi serat bagi mengelakkan berlakunya masalah sembelit. Cuba tanya doktor anda jika ada ubat yang boleh dibeli di farmasi berdekatan atau minta preskripsi daripada mereka.
#5 Pastikan anda aktif bergerak walaupun sarat mengandung
Anda tidak perlu ke gim pun jika hendak atasi masalah perut berangin.Apa yang anda perlu buat adalah berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan anda secara umum, malah ia juga boleh membantu mengelakkan berlakunya sembelit.
Proses penghadaman juga boleh dipercepatkan dengan hanya menurut saranan pakar untuk bersenam. Jika anda ingin melakukan sebarang rejim senaman (ringkas atau kompleks), rujuk doktor anda terlebih dahulu.
Mereka akan membuat pemeriksaan dan menentukan sama ada anda boleh melakukan aktiviti senaman berat.Ingin mengetahui tarikh jangkaan bersalin anda dengan lebih tepat?
Kesimpulan
Simptom perut berangin lazim berlaku dalam kalangan ibu hamil.Jika tidak diuruskan dengan baik, ia boleh memberikan ketidakselesaan kepada ibu terutamanya bagi mereka yang sudah dalam trimester ketiga.
Ikut tip yang diberikan di atas dan jika ragu, tanya kepada doktor anda untuk khidmat nasihat kesihatan.
---------------------------------
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Artikel asal ini disiarkan di portal Pa&Ma.
Pa and Ma
Wed Aug 11 2021

Apa yang lebih teruk lagi, ada juga makanan yang boleh menyebabkan perut berangin. Pengambilan ubat suplemen, terutamanya yang mengandungi zat besi, boleh menyebabkan masalah sembelit. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Ibu hamil senang diserang perut berangin, ini 5 cara untuk mengatasinya
Simptom perut berangin semasa mengandung sememangnya lazim berlaku. Ibu hamil sensitif dengan apa yang dimakan.