TERNYATA pengorbanan ini syurga balasannya, tidak semua anak sanggup melepaskan kerja, seterusnya menguruskannya ibu.
Apatah lagi bagi seorang anak lelaki.
Ibu terlantar
Seorang anak berkorban masa depan dan berhenti kerja bagi menjaga ibu yang terlantar akibat kemalangan, sejak lima tahun lalu.
Menurut Mohamad Haziq Naim Fauzi, 24, yang juga anak sulung daripada dua beradik itu, ibunya, Tuan Zainani Tuan Lah, 52, terlantar dan separa koma selepas dilanggar oleh sebuah motosikal pada Januari 2017.
Tambahnya, ibunya dilanggar motosikal ketika pergi membuang sampah di hadapan kedai makan milik ibunya di Tunjong.
Separa koma selepas dilanggar
“Ibu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selama tiga bulan dan menjalani pembedahan membuang tempurung kepala kerana mengalami pendarahan.
“Sehingga kini, ibu terlantar dan separa koma serta tidak memberi sebarang reaksi apabila dipanggil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sireh, Kampung Sireh, Kota Bahru, Kelantan.
Anak nekad korbankan masa depan
Menurut Mohamad Haziq, sejak kejadian itu, dia membuat keputusan drastik berhenti kerja di sebuah kedai serbaneka kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada ibunya.
Beliau juga mahu adiknya, Nik Nunisha Damia Fauzi, 20, menumpukan perhatian pada pelajaran dan meneruskan pengajian sehingga ke peringkat universiti.
“Alhamdulillah ... setakat ini adik saya turut membantu menjaga ibu walaupun dia masih menuntut di Tingkatan Enam.
“Kami bergilir-gilir menjaga ibu. Jika saya ada urusan, adik akan jaga ibu dan begitu juga sebaliknya. Kami tidak pernah meninggalkan ibu sendirian kerana ibu memerlukan penjagaan rapi dan perlu menyedut kahak dalam tempoh beberapa kali dalam masa satu jam bagi mengelakkan pernafasan ibu terganggu.
“Ibu juga perlu diberi minum susu khas setiap empat jam atau lima kali sehari,” katanya.
Berhenti kerja
Jelas Mohamad Haziq, dirinya sekeluarga bersyukur kerana masih mampu menampung keperluan ibu.
Malahan, ibunya turut menerima pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebanyak RM1,200 sebulan, selain bantuan susu dan lampin pakai buang setiap bulan.
“Dengan wang itu, dapatlah kami membeli segala keperluan ibu dan bersyukur kerana kehidupan kami agak baik.
“Saya berhasrat untuk berniaga secara dalam talian kerana mahu memberi lebih masa kepada ibu,” katanya.
Mingguan Wanita : Begitulah kasihnya seorang anak kepada ibunya. Semoga ibunya kembali pulih dan urusan anak anaknya dipermudahkan Allah S.W.T.
Artikel ini diterbitkan di portal Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
Mon Feb 07 2022

Menurut Mohamad Haziq (kiri), sejak kejadian itu, dia membuat keputusan drastik berhenti kerja di sebuah kedai serbaneka kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada ibunya. - Foto Mingguan Wanita
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh - Polis
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.

Ibu terlantar separa koma selepas dilanggar, anak nekad korbankan masa depan berhenti kerja
Seorang anak berkorban masa depan dan berhenti kerja bagi menjaga ibu yang terlantar akibat kemalangan, sejak lima tahun lalu.