PADA 24 April lalu, umat Islam semua telah memulakan ibadah puasa buat tahun hijrah 1441 ini.
Tidak sama seperti tahun sebelumnya, Ramadan kali ini dilihat berbeza kerana ia disambut sewaktu dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Penganjuran bazar Ramadan di seluruh negara juga tidak dibenarkan sebagai langkah keselamatan mengelak kerumunan khalayak seterusnya penyebaran ancaman koronavirus.
Sementara memulakan bulai Mei dengan cabaran baharu, ini adalah imbasan tentang isu yang menjadi tumpuan ramai sepanjang bulan April 2020.
NOR 'PHOENIX' DIANA DALAM SENARAI FORBES '30 UNDER 30 ASIA'
Jika dahulu nama usahawan, Vivy Yusof serta Pengacara, Neelofa pernah disenaraikan dalam Forbes '30 Under 30 Asia'.
Kali ini giliran, Nor “Phoenix” Diana, ahli gusti profesional Malaysia yang berhijab pula tersenarai dalam senarai yang menampilkan pemimpin cemerlang dan inovatif.
BACA : Ahli gusti Malaysia Nor 'Phoenix' Diana tersenarai dalam Forbes '30 Under 30 Asia'
RAKYAT MALAYSIA RAI HARI ISTIMEWA DR NOOR HISHAM
Ulang tahun kelahiran adalah merupakan satu hari yang sangat bermakna buat semua insan dan pastinya disambut meriah oleh ahli keluarga dan teman rapat.
Namun kali ini agak istimewa buat Datuk Dr Noor Hisham apabila hari istimewanya disambut oleh seluruh rakyat Malaysia.
BACA : Dalam 'perang' survival rakyat Malaysia, Dr. Noor Hisham diraikan sempena hari istimewanya
BACA : Cikgu Sastera kongsi maksud tersirat di sebalik sajak khas untuk Dr Noor Hisham
BACA : Media rai hari lahir Noor Hisham dengan cara penjarakan sosial
ASTRO SAJIKAN STAY HOME CONCERT
Istimewa buat semua pelanggan Astro, pada 14 hingga 28 April Astro telah membawakan konsert artis kesayangan anda terus ke ruang tamu anda.
Pelanggan telah disajikan lebih 30 konsert dari ikon-ikon muzik pop, siri muzik global, rancangan muzik popular Korea, dokumentari istimewa serta biopik dan banyak lagi.
BACA : Daripada Yuna dan M Nasir sehinggalah ke BTS serta Coldplay, Astro bawakan Stay Home Concert
APA SEBENARNYA ISU ROHINGNYA?
Isu perlarian etnik Rohingya antara isu yang paling hangat dibincangkan oleh media dan rakyat Malaysia.
Jika menjengah ke media sosial, isu ini menjadi hangat kerana ada kenyataan-kenyataan yang membangkitkan kemarahan sesetengah pihak.
Namun pada masa sama, beberapa persatuan dari komuniti Rohingya di negara ini memohon maaf kepada kerajaan Persekutuan serta seluruh rakyat Malaysia atas beberapa kenyataan individu bernama Zafar Ahmed Abdul Ghani, yang dilihat menimbulkan kemarahan beberapa pihak.
BACA : Minta maaf Malaysia, Zafar Ahmed bukan pemimpin kami - Komuniti Rohingya
BACA : Rohingya: Apabila meminta hak menjadi manusia bertukar kepada sentimen kebencian
NORMAL BAHARU: PENGALAMAN YANG AKAN DICERITAKAN KEPADA ANAK CUCU
Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, selebriti di Malaysia juga seharusnya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun perkara tersebut tidak menghalang mereka untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
Bagi penyanyi, Hael Husaini perkara ini akan menjadi satu pengalaman yang akan diceritakan kepada anak cucu satu hari nanti.
BACA : PKP: Ayda Jebat, Nabil Mahir bertunang secara dalam talian
BACA : Fazura, Fattah Amin bakal timang cahaya mata
BACA : Normal Baharu: Naim Daniel teruskan rakaman program masakan tanpa krew
BACA : Normal baharu: Sambut Ramadan semasa PKP, pengalaman akan dikongsikan untuk anak cucu - Hael Husaini
Kepada anda semua, pastikan anda semua kekal berada di rumah dan sama-sama kita bantu semua petugas barisan hadapan dalam menghapuskan rantaian COVID-19 ini.
#DudukRumah untuk #HapusCOVID19.
BACA : Tarik nafas anda, Januari sudah berlalu
BACA : Februari pun berlalu... ini imbasan isu gempar yang berlaku
BACA : Selamat tinggal Mac, April bawa harapan baharu pada masyarakat dunia
Asyraf Roslan
Sun May 03 2020

Ini adalah ringkasan tentang perkara tumpuan ramai yang berlaku sepanjang bulan April 2020.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.