Sebaik kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun lalu, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti di luar rumah.
Namun, tidak kesemuanya sudah berani untuk berada di kawasan yang dipenuhi orang ramai. Jika dilihat, ramai yang menggunakan peluang kelonggaran ini dengan melakukan aktiviti sukan yang tidak perlu melakukan kontak rapat seperti berbasikal.
Musim berbasikal kini dilihat sebagai satu fenomena! Ya, sebelum ini pastinya sudah ada kelompok yang rajin berbasikal, namun kini ‘trend’ itu dilihat dapat sambutan luar biasa.
Bagaimanapun, perlu kita ingat bahawa untuk berbasikal itu, ada banyak perincian yang perlu kita lakukan selain mengikut kemampuan perbelanjaan.
Ini lima panduan sebelum anda memiliki basikal baharu idaman anda :-
1) Jangan beli sebelum anda ‘test ride’
Anda tidak tahu bagaimana basikal betul-betul sesuai dengan diri anda dan cara untuk mengendalinya sehingga anda melompat ke pelana dan mengambilnya untuk ujian putaran.
Cuba lakukan lebih daripada sekadar pedal sederhana di sekitar tempat letak kereta; beberapa peniaga basikal tempatan mempunyai basikal demo yang boleh anda sewa atau pinjam, dan kebanyakan pengeluar basikal menawarkan hari demo percuma di kedai dan taman sepanjang tahun.
Jadi, berunding dahulu dengan jurujual untuk mengetahui pilihan anda. Bagaimana anda membuat keputusan sebelum membeli kereta, begitu jugalah apa yang anda perlu lakukan sebelum membeli basikal bagi mendapatkan kepuasan tersebut.
2) Jangan beli basikal hanya kerana ada tawaran menarik
Sekiranya anda tidak menyukai cara pengendalian atau penampilan basikal, jangan beli hanya kerana anda mendapat tawaran menarik. Jangan terlalu ikut sesuatu jenama itu, kerana jenama yang canggih tidak semestinya menjanjikan keselesaan buat anda. Banyak sebenarnya perincian yang perlu anda lakukan, antaranya melihat dari segi kesesuaian dengan ketinggian anda.
3) Pastikan jurujual bertanya sebanyak mana anda bertanya tentang basikal
Di internet, terdapat pelbagai maklumat yang anda boleh dapatkan mengenai sesuatu basikal. Jadi, anda mungkin merasakan tidak ada keperluan untuk anda bertanyakan pendapat terhadap jurujual di kedai basikal tersebut.
Ini kerana, mungkin terdapat beberapa maklumat di internet yang anda terlepas pandang. Jadi, adalah lebih baik jika jurujual bertanyakan kepada anda mengenai pilihan atau citarasa yang ingin anda penuhi sebanyak mana yang anda ingin tahu tentang satu basikal tersebut.
4) Jangan beli basikal yang tidak sesuai dengan matlamat menunggang anda
Anda sebagai bakal pemilik basikal itu, jadi anda lebih tahu apa yang anda inginkan. Terdapat pelbagai jenis basikal yang ada kerana tidak bermakna kesemua basikal itu mempunyai dua roda, ia mempunyai fungsi atau keupayaan yang sama.
Anda ingin menunggang secara santai ataupun berlumba? Setiap basikal itu ada kriterianya yang tersendiri, ada jenama yang hanya menghasilkan basikal yang khusus untuk berlumba dan ada yang untuk ditunggang secara santai.
Jadi, nilai semula sama ada anda inginkan basikal berjenis mountain bike, road bike, basikal lipat, touring bike ataupun fitness bike. Untuk dapatkan maklumat yang lebih tepat, adalah lebih baik anda bertanyakan sendiri kepada jurujual di kedai basikal berdekatan anda.
5) Jangan hanya beli basikal semata-mata, alat keselamatan juga penting!
Ramai penunggang basikal hanya berfikiran bahawa bajet atau perbelanjaan untuk menjalani aktiviti berbasikal adalah dengan hanya mempunyai sebuah basikal sahaja. Sama seperti kereta, anda pastinya memerlukan bayaran insurans, cukai jalan dan sebagainya.
Namun untuk basikal ini, anda tidaklah memerlukan bayaran tambahan tersebut. Apa yang diperlukan ialah aksesori keselamatan. Sudah alang-alang memiliki basikal dan mungkin akan memulakan pengembaraan baharu dengan mengayuh sejauh berpuluh-puluh kilometer.
Aspek keselamatan janganlah diketepikan, jadi selitkan juga perbelanjaan tambahan seperti helmet, lampu keselamatan, gear atau pakaian lengkap khas kerana ia mempunyai lapisan yang membuatkan anda tidak melecet atau lebih selesa untuk berbasikal.
Selain itu, sarung tangan dan tempat letak botol air juga penting. Adalah lebih baik juga sekiranya anda membeli basikal yang menyediakan tawaran promosi aksesori tambahan seperti ini.
Barulah anda berasa semangat dan tercabar melihat basikal yang diparkirkan di kawasan rumah anda kerana alatan sudah lengkap, apa lagi alasan yang membuatkan kita untuk tidak keluar berbasikal betul?
BACA: PKPP: Minat untuk riadah berbasikal? Ini 9 tip mudah untuk anda
Astro Awani
Sun Aug 23 2020

Setiap basikal itu ada kriterianya yang tersendiri, ada jenama yang hanya menghasilkan basikal yang khusus untuk berlumba dan ada yang untuk ditunggang secara santai. - Gambar Hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

UCI setuju Pusat Kecemerlangan BMX Asia di Malaysia, Johor jadi pilihan PKBM
Amarjit berkata, perancangan penubuhan pusat serantau itu di Johor sudah dibincangkan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UCI dua minggu lepas.

Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.

Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur
Perjalanan 12,000 kilometer mereka melalui jalan darat memakan masa tujuh bulan merentasi tujuh negara.

Ramsay tunjuk lebam pada badan, ingatkan untuk pakai topi keledar ketika berbasikal
Jika tidak memakai topi keledar, Gordon Ramsay merasakan kemalangan itu mungkin meragut nyawanya.

Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.

Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.

LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.

China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.

Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.

Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.