PADA 24 Disember ini, genap 32 tahun ulang tahun perkahwinan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi dan isternya, Iriana Widodo.
Selama lebih tiga dekad hidup sebagai suami isteri, pasangan yang sangat disayangi dan dihormati oleh rakyat Indonesia itu seperti juga orang lain melalui kehidupan yang sama.
Namun, sebagai orang nombor satu di negara yang dihuni oleh lebih 264 juta penduduk, tidak semua orang mengetahui bagaimana kehidupan sebenar Jokowi dan Iriana.
Bagaimana karakter Jokowi di rumah? Sejauh mana cemburunya Iriana pada suaminya yang cukup popular itu? Dan apa pula panggilan manja antara Jokowi dan Iriana?
Ternyata, di sebalik wajah redup Presiden ketujuh Indonesia itu, dalam diri beliau sebetulnya memiliki nilai-nilai romantis.
Bahkan, panggilan Yang (singkatan sayang) buat isteri tercinta juga sudah cukup menggambarkan rasa kasih dan sayang beliau pada wanita yang setia mendampinginya di saat susah dan senang.
Rahsia kebahagiaan rumah tangga yang dibina atas dasar kasih dan cinta itu didedahkan oleh Jokowi dan Iriana dalam program Mata Najwa yang disiarkan di saluran televisyen Trans7, Indonesia pada Rabu.
Dalam program yang dikendalikan oleh selebriti ternama Najwa Shihab itu, Jokowi dan Iriana memberikan temu bual eksklusif yang diadakan di kediaman mereka.
Sekalipun nampak malu-malu dalam temu bual itu, namun baik Jokowi mahupun Iriana berkongsi momen romantis mereka.
Menurut Jokowi, perkenalan mereka melalui rakan adiknya dan pada pertemuan pertama itu, beliau sudah mula jatuh hati pada Iriana.
"Kami berkawan selama empat tahun sebelum berkahwin," dedah Jokowi.
Diusik oleh Najwa dengan soalan apakah beliau pernah mempunyai kekasih lain sebelum berkasih dengan Iriana, Jokowi membalas usikan itu dalam nada berseroloh: "Tidak ada mantan. Kalau ada yang mengaku merasa mantan saya tak tahu."
Ketika ditanya kepada Iriana apakah panggilan manja buat suaminya pula, Wanita Pertama Indonesia itu memberitahu, beliau menyapa Jokowi dengan panggilan 'Mas' sementara Jokowi pula memanggil Iriana, 'Yang' (sayang).
Dalam menzahirkan rasa cinta, baik Jokowi dan Iriana, mereka lebih selesa menunjukkannya dalam perbuatan bukannya dalam ucapan atau pemberian hadiah berharga.
Bahkan, Jokowi juga secara terbuka berkata, beliau tidak pernah mengungkapkan ucapan 'I Love You' pada isterinya.
Menurut bekas Gabenor Jakarta itu, beliau dan isterinya tidak mengamalkan konsep bertukar hadiah dan menyambut sama ada hari ulang tahun kelahiran atau ulang tahun perkahwinan.
"Kami lebih selesa mendoakan kebahagiaan dalam kehidupan," kata pasangan itu.
Bergelar isteri kepada Presiden Indonesia, jelas Iriana, bukanlah kelebihan untuk beliau mengambil tahu serba-serbi mengenai pentadbiran negara.
Sejujurnya, ibu kepada tiga anak itu berkata, beliau tidak pernah campur tangan dalam segala urusan kerja suaminya itu dan perkara itu menjadi prinsipnya sejak awal perkahwinan mereka lagi.
Jokowi sendiri mengakui isterinya begitu menghormati kerjayanya sebagai presiden kepada penduduk Indonesia.
"Beliau (Iriana) tidak pernah sama sekali mempengaruhi apa saja keputusan saya, melainkan hal-hal yang melibatkan urusan rumah tangga. Kalau soal kerja tidak pernah sama sekali," tegas Jokowi.
Astro Awani
Thu Dec 13 2018
Jokowi dan Iriana berkongsi kisah hubungan mereka di sebalik imej rasmi sebagai ketua negara. - Bernama
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Bakar kereta abang kekasih gara-gara cinta dihalang
Seorang lelaki bertindak membakar kereta abang teman wanitanya di Taman Menara Maju gara-gara dihalang untuk bercinta.
Setem jadi pencatat rentetan sejarah negara - Padat
Mengumpul setem merupakan hobi lama yang menjadi simbol rakaman kenangan peristiwa sejarah di seluruh dunia.
Bertengkar kerana poligami, suami bunuh isteri pertama
Pergaduhan itu berkait rapat dengan amalan poligami oleh suspek dan diburukkan dengan masalah kewangan mereka.
Bilionair Jepun mahu cari teman hidup untuk dibawa 'terbang' mengelilingi bulan
Maezawa, usahawan fesyen atas talian yang berusia 44 tahun, memaklumkan sedang mencari wanita berusia 20 tahun ke atas.
M For Malaysia: Cinta dua insan yang sudah berumur - Marina Mahathir
Ia juga cinta rakyat Malaysia terhadap negara sendiri yang ingin membuat perubahan supaya lebih maju dan sebagainya.
Hilang sudah kasih sayang, Lady Gaga punca hubungan Bradley Cooper, Irina Shayk berakhir?
Menurut sumber, hubungan antara kedua-dua Cooper dan Shayk tegang sejak pembikinan filem 'A Star is Born'.
Kerana cinta, Zidane kembali kemudi Real Madrid
Keputusan untuk kembali adalah mudah - beliau mahu mengembalikan maruah dan prestij kelab ke tempat yang sepatutnya.
Dulu 'jamming' sebelah reban ayam, kini bakal kongsi pentas dengan XPDC
XPDC mempunyai perancangan yang lebih besar untuk band yang dianggap sebagai peminat tegar kumpulan itu apabila mereka bersetuju untuk mengundang mereka sebagai band jemputan pada konsert itu nanti.
Perihal cinta, kegembiraan dan saling menghormati
Tiga nilai teras yang dikenalpasti ialah cinta, kegembiraan dan saling menghormati. di mana cinta dianggapkan teras kepada pendidikan.
Cerai Whatsapp: Nadia belum berstatus janda, masih isteri saya - Tauke Jambu
Pelawak terkenal Tauke Jambu, yang didakwa mempunyai hubungan cinta dengan seorang wanita dari seberang, menafikan menceraikan isterinya menerusi WhatsApp.