SEORANG remaja yang sebelum ini menulis surat kepada Disney meminta agar mewujudkan watak utama berkaca mata, kini berkempen untuk perkara yang hampir sama bagi emoji pula.
Hasrat Lowri Moore, 13, dari Nottinghamshire, United Kingdom, menjadi kenyataan tahun lalu menerusi watak Mirabel Madrigal dalam filem animasi Encanto.
Sempena Hari Penglihatan Sedunia, dia berkempen agar lebih banyak emoji dengan cermin mata diwujudkan, dan tidak sekadar emoji yang membawa maksud nerd.
Remaja itu telah menulis surat kepada sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam penerbitan emoji dengan menyatakan perlunya untuk meletak cermin mata pada semua wajah serta ekspresi emoji.
Satu-satunya emoji dengan cermin mata pada platform seperti Apple dan WhatsApp ialah emoji nerd dan emoji guru.
Lowri berkata emoji nerd merupakan stereotaip negatif bagi mereka yang memakai cermin mata, dan dianggap tidak adil.
Dalam surat kepada Unicode Consortium, badan yang bertanggungjawab dalam penerbitan semua emoji baharu, Lowri meminta 'penipuan' itu tidak diteruskan kerana ia akan menjejaskan keyakinan diri generasi akan datang.
"Malangnya, satu-satunya emoji yang memakai cermin mata ialah wajah nerd. Seperti yang saya pasti anda tahu, orang yang memakai cermin mata bukanlah 'nerd'.
"Tetapi melainkan jika kita menangani perkara ini, ada kemungkinan generasi akan datang akan membesar dengan mempercayai mereka adalah nerd," ujarnya.
Agensi
Sat Oct 15 2022

Lowri berkata emoji nerd merupakan stereotaip negatif bagi mereka yang memakai cermin mata, dan dianggap tidak adil. - Foto Instagram/@lowri_may_moore

PM Anwar bidas pihak nasihat beliau 'jangan berjalan banyak sangat'
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia memerlukan pelaburan untuk menyelesaikan masalah pekerjaan dan meningkatkan keupayaan ekonomi negara serta rakyatnya.

Dua maut akibat mesin meletup, JKKP keluar notis larangan kerja
Larangan berkaitan aktiviti kerja di mesin centrifugation serta pengoperasian di seluruh lokasi kemalangan di kilang terbabit berkuat kuasa sehingga siasatan selesai.
Lelaki Israel dihukum penjara tujuh tahun
Lelaki warga Israel, Avitan Shalom dihukum penjara maksimum tujuh tahun oleh Mahkamah Kompleks Penjara Kajang Rabu atas dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan enam senjata api tahun lalu.
28 Mei pindah kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Rabu menetapkan 28 Mei sebagai tarikh pemindahan kes seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhammad Alif Monjani, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau didakwa atas pertuduhan membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
[TERKINI] Mayat Hud Aryan ditemui, tujuh kilometer dari rumah
Mayat terbabit ditemui selepas 45 jam kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang dengan lokasi penemuan kira-kira tujuh kilometer dari rumah keluarga mangsa.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Penetapan harga tersebut adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Mayat Hud ditemui, dihanyutkan 7km dari rumah
Kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang hilang dari rumahnya di Kampung Aira Kuala Tiga, sejak Isnin lalu, ditemui meninggal dunia tersangkut pada pokok di muara sungai.

Suspek OKU mental tetak bapa ditahan
Semasa tangkapan dibuat, senjata yang dipercayai digunakan pada hari kejadian (tetak) tiada dalam simpanan suspek.
AWANI Ringkas: Lelaki Israel dipenjara tujuh tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

50 peratus daripada 5,000 sampel beras import dicampur beras putih tempatan
Kajian menggunakan teknologi pencapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) yang boleh membezakan antara beras putih tempatan dan import.

'Kami bukan nerd' - Remaja berkempen untuk lebih banyak emoji cermin mata
Lowri berkata emoji nerd merupakan stereotaip negatif bagi mereka yang memakai cermin mata, dan dianggap tidak adil.

Amazon dedah reka bentuk ibu pejabat baharu, ramai 'garu kepala'
Amazon memaklumkan ia dimodelkan daripada helix DNA yang memiliki bentuk sedemikian, menjadi inspirasi namanya.

Gara-gara balas mesej bos guna emoji, pekerja diarah berhenti kerja
Pekerja berkenaan menerima pesanan daripada pengurusnya yang meminta dia mengirimkan sebuah dokumen berkaitan kerja.

Apple bakal perkenal 13 emoji baharu untuk OKU
Jika diluluskan kelak, emoji khas untuk OKU ini mungkin dilancarkan pada awal tahun 2019.

Twitter India lancar undian untuk emoji khas sempena Deepavali
Twitter India bakal melancarkan emoji khas sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada Sabtu ini.

Gadis 15 tahun lancar kempen wujudkan emoji wanita bertudung
Rayouf Alhumedhi hantar kertas cadangan ke Unicode Consortium, badan penggubal emoji baharu.

Kim Kardashian lancarkan 'Kimoji' untuk penggemar emoji
Kardashian antara selebriti yang sangat aktif di Instagram dan Twitter, dan sangat gemar menggunakan emoji dalam kapsyen yang ditulisnya.

Word of the Year 2015: Kamus Oxford pilih emoji 'Wajah Dengan Air Mata Gembira'
Perkataan pilihan Kamus Oxford tahun ini merupakan emoji yang dikenali dengan nama rasminya, Wajah Dengan Air Mata Gembira.