KUALA LUMPUR: Sanggup berbohong menyatakan dompet tertinggal di dalam kereta lalu meninggalkan kesemua barangan yang ingin dibeli di kaunter pembayaran semata-mata kerana premis tersebut tidak menyediakan beg plastik untuk pelanggan.
Malah sebagai "pengajaran" atas sikap "kedekut" pasar raya itu, lelaki berkenaan yang berkongsi pengakuannya di laman sosial Facebook, turut menghasut rakan-rakannya agar melakukan perbuatan sama.
Dia hanya tahu tentang langkah pasar raya itu tidak lagi menyediakan beg plastik buat pelanggan tiga hari selepas insiden tersebut berlaku melalui kain rentang yang digantung di depan premis berkenaan.
Seorang lagi pengguna media sosial meluahkan rasa sakit hati serta mempersoalkan ketiadaan beg plastik untuk pelanggan selepas melihat seorang warga emas terkial-kial menggendong barangan yang dibeli ke motosikal.
"Nak beli beg plastik pun tidak ada. Mata sakit apabila tengok seorang pak cik beli lebih 10 barang tetapi tiada beg plastik dan naik pula motor yang raganya (sudahpun) penuh dengan barang... Jadi, mana nak letak lagi barang yang dibeli?'' catat wanita itu.
Petikan daripada perkongsian di media sosial itu menunjukkan masih ada dalam kalangan ahli masyarakat yang tidak cakna akan dasar kerajaan, iaitu penghapusan penggunaan beg plastik di semua premis perniagaan yang disasarkan dicapai sepenuhnya pada 2025.
Berbaki dua tahun sebelum matlamat itu direalisasi, nyata tahap kesedaran ahli masyarakat masih rendah, sekali gus menimbulkan pertanyaan di mana silapnya kempen yang dilaksanakan.
KEMPEN GAGAL?
Data Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) merekodkan daripada 772,349 tan metrik sampah yang dihasilkan oleh penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 2021, sebanyak 101,949 tan metrik atau 13 peratus merupakan sisa plastik.
Malah, Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) juga menganggarkan kira-kira sembilan bilion beg plastik digunakan oleh penduduk negara ini saban tahun.
Mengupas isu itu, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim berkata situasi yang berlaku pada ketika ini jelas menunjukkan 'Kempen Tanpa Beg Plastik' yang dilaksanakan masih belum memadai.
Menurut beliau, ini kerana kempen tidak dibuat secara menyeluruh selain tiada kerjasama dalam kalangan premis perniagaan berhubung penggunaan beg plastik di premis masing-masing.
"Tiada sinergi dalam kalangan pemilik premis apabila masih ada yang menyediakan beg plastik biarpun dicaj 20 sen, manakala ada juga yang telah memulakan langkah tidak lagi menyediakan sebarang beg plastik.
"Situasi ini menyebabkan pelanggan tidak membudayakan amalan menyediakan beg sendiri atau membawa beg plastik dari rumah ketika keluar berbelanja, kerana menganggap semua kedai menyediakan beg plastik," katanya kepada Bernama.
Bagi pakar dalam bidang geografi dan alam sekitar itu, paling mengecewakan beliau ialah apabila ada premis perniagaan, terutamanya kedai runcit persendirian, membekalkan beg plastik tanpa sebarang caj kepada pelanggan bagi menjaga kelangsungan perniagaan masing-masing.
Malah, tinjauan penulis di beberapa pasar raya utama sekitar Seremban, Negeri Sembilan, mendapati budaya membawa beg kitar semula masih lagi rendah dalam kalangan pengguna, kerana daripada kira-kira 100 pelanggan yang dilihat memasuki premis terbabit, tidak sampai 10 orang yang membawa beg sendiri.
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh pasar raya terlibat masih lagi menyediakan beg plastik secara percuma kepada pelanggan, dan Mohd Hairy melihat hal itu berpunca daripada kegagalan sebilangan kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan melaksanakan pemantauan secara proaktif.
"Ini jelas menunjukkan budaya membawa beg plastik terlalu rendah... Jadi, kena giatkan lagi usaha, perluas kempen bebas plastik di pelbagai platform termasuk media sosial, selain tingkatkan kerjasama bersepadu antara agensi berkenaan.
"Sekiranya tiada sebarang usaha mempergiatkan lagi kempen ini dari sekarang, saya tidak yakin masyarakat boleh melakukan urusan jual beli bebas plastik menjelang 2025," katanya.
GANTI BEG PLASTIK
Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dipetik berkata pelaksanaan kempen Tanpa Beg Plastik dibuat secara berperingkat di semua premis tetap perniagaan dalam tempoh 2022 hingga 2025.
Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan merupakan antara negeri yang telah menganjurkan kempen jangka panjang tersebut dalam usaha menangani isu pencemaran sisa plastik sekali guna di negara ini.
Bagi memenuhi matlamat kerajaan, Mohd Hairy menyarankan pengilang beg plastik yang membekalkan produk tersebut ke premis perniagaan, membuat persediaan untuk beralih kepada beg yang diperbuat daripada bahan mudah terurai.
Selain itu, syarikat korporat juga boleh melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan mengedarkan beg guna semula yang diperbuat daripada kain atau bahan boleh dikitar semula secara percuma kepada masyarakat, sekali gus dapat mendidik mereka untuk tidak lagi menggunakan beg plastik.
"Kerajaan seharusnya bertindak dengan memberi arahan awal kepada pengilang yang membekalkan beg plastik jenis ini agar menukar kepada pembungkusan yang bersesuaian dengan keperluan pengguna, sama ada barangan basah atau kering.
"Harus diwujudkan pelbagai alternatif bagi menggantikan beg plastik. Kerajaan perlu ada perbincangan menyeluruh dengan pihak industri, bermula dari peringkat kilang yang membekalkan plastik, peniaga dan seterusnya pelanggan," kata beliau.
Setakat ini, antara premis perniagaan yang telah melaksanakan Kempen Tanpa Beg Plastik ialah pasar mini 99 Speed Mart yang tidak lagi membekalkan beg plastik kepada pelanggan di semua cawangannya, bermula 1 Mei lalu.
Speed Mart dalam kenyataannya kepada Bernama, berkata premis perniagaannya menggantikan beg plastik dengan beg guna semula Madani untuk kemudahan pelanggan, seiring dengan kempen 'Tanpa Beg Plastik' yang dilancarkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada 9 Mei lepas.
Syarikat itu turut mengongsikan pemakluman tersebut menerusi media sosial selain poster di semua premisnya.
PREMIS PERLU BERTOLERANSI
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Nur Asyikin Aminuddin berkata ketiadaan beg plastik di premis perniaagaan tidak seharusnya dijadikan isu kerana sudah tiba masa pengguna mengubah mentaliti untuk tidak lagi menggunakan beg plastik dalam kehidupan seharian.
"Langkah tidak lagi menggunakan beg plastik perlu bermula dari sekarang sekiranya kita mahu mewujudkan alam sekitar lebih lestari. Namun, tidak boleh biarkan pelanggan membawa barang-barang yang dibeli tanpa ada beg plastik... kena ada alternatif, dan pada masa sama ingatkan juga pelanggan agar lain kali bawa beg sendiri," katanya.
Pandangan senada turut disuarakan oleh Pengerusi Pertubuhan Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (Lekas) Zikrullah Ismail yang mahu kempen tersebut dibuat secara rasional dan praktikal supaya tidak menyusahkan masyarakat.
Beliau berkata pendekatan kelestarian alam perlu dibuat dengan mengimbangi konsep 3P iaitu people(pengguna), planet (bumi) dan profit (keuntungan).
Jika ada antara aspek terbabit gagal dipenuhi, maka dasar tanpa plastik juga akan menemui kegagalan, ujarnya.
"Penolakan pengguna adalah disebabkan inisiatif ini dilaksanakan secara tidak praktikal. Penyediaan beg mudah terurai di premis perniagaan dilihat jalan keluar masalah ini, selain caj minimum dan berpatutan juga boleh dikenakan ke atas pelanggan," katanya yang berpendapat pemansuhan beg plastik di premis perniagaan harus dilakukan secara beransur-ansur dengan setiap pelanggan diberi peringatan agar sentiasa membawa beg sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Sudah iba masa pengguna mengubah mentaliti untuk tidak lagi menggunakan beg plastik dalam kehidupan seharian.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Tiada lagi beg plastik di 20 pasar raya, kedai serbaneka, rangkaian farmasi mulai 1 Okt ini - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata antara yang menyertai inisiatif itu ialah 99 Speedmart, Aeon, 7-Eleven, TF Value Mart dan Guardian.

Mahkamah Rayuan batal saman edar dadah terhadap pesalah juvana
Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan sabitan terhadap seorang pemuda atas kesalahan mengedar 2.3 kilogram (kg) metamfetamina lima tahun lepas ketika dia masih remaja.

PBT perlu laksana penguatkuasaan lebih agresif larangan guna beg plastik
Ini berikutan tempoh kempen dan kesedaran yang panjang telah dilaksanakan sejak 5 Okt 2022, sudah mencukupi.

Kelemahan kempen, pemantauan, punca pengguna masih damba bes plastik
Sudah iba masa pengguna mengubah mentaliti untuk tidak lagi menggunakan beg plastik dalam kehidupan seharian.

Perak kaji cadangan larangan guna beg plastik, polistirena di semua PBT
Kerajaan Perak sedang menyemak semula dan mengkaji cadangan bagi pelaksanaan larangan penggunaan beg plastik dan polistirena di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bungkus tubuh dengan plastik semasa makan pisang dalam tren untuk elak COVID-19
Wanita itu menggunakan helah bijak untuk melakukannya dan mematuhi peraturan ketat COVID-19 di negara itu.

Semua negeri setuju laksana kempen tanpa beg plastik - Tuan Ibrahim
Semua kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan Caj Pencemaran Plastik dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai beg plastik.

Perlis kaji haramkan penggunaan polistirena
Buat masa ini, kerajaan negeri telah menjalankan kempen larangan penggunaan beg plastik dan polistirena pada setiap hari Sabtu sebagai langkah permulaan.

Rusa dengan 7kg plastik dalam perut ditemukan mati di Taman Negara Thailand
Bangkai rusa berusia 10 tahun itu ditemukan di Taman Negara Khun Sathan di Wilayah Nan, Utara Thailand pada Isnin.

Contohi Pulau Pinang urus hasil kutipan caj beg plastik - TPM
Caj kutipan beg plastik di Pulau Pinang digunakan untuk program-program pemuliharaan alam sekitar sejak 10 tahun lalu.