SHAH ALAM: Kemasukan kain songket buatan mesin dari India dan Pakistan berisiko menyebabkan pengusaha songket tenun asli dari Terengganu gulung tikar.
Mana tidaknya, walaupun menawarkan harga lebih murah dengan kualiti fabriknya tidaklah setaraf buatan Terengganu, situasi ini juga boleh melenyapkan industri dan fabrik yang diwarisi sejak zaman berzaman.
Proses menenun daripada seurat benang menjadi selembar kain songket ini adakala memakan masa berbulan lamanya setiap satu.
Belum ditambah dengan kos bahan yang melambung tinggi, pastinya sukar buat pengusaha untuk menandingi harga songket dari luar ini yang menggunakan mesin serta bahan kurang berkualiti.
Namun bagi pemilik Kak Nik Songket, Datin Nik Zaliha Nik Abdullah, inilah dilema yang dihadapi pengusaha; antara 'survival' dan meneruskan warisan nenek moyang.
"Industri songket memang terjejas dari dulu sebelum COVID-19, sebab lambakan songket dari Asia Selatan (India dan Pakistan) dengan harganya murah.
"Saya tak boleh bersaing harga mereka, mereka guna mesin, songket (Terengganu) ditenun ditambah dengan kos upah, harga barangan (benang) semakin meningkat, memang tak boleh jual murah," luah Nik Zaliha.
Jelas Nik Zaliha atau lebih mudah disapa Kak Nik yang mengusahakan songket di Terengganu dan bertapak di Shah Alam ini, harga yang dibayar pembeli ini sangat berbaloi dengan kualiti fabrik, yang mampu bertahan hingga ratusan tahun sekiranya dijaga dengan rapi.
Namun timbul pula satu isu lain, sikap segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab - dakwa songket berkenaan tenunan Terengganu, namun diimport dari India.
Ia sekaligus mencemar perusahan songket negara, kerana ada pembeli yang tertipu apabila tidak dapat membezakan - mana songket Terengganu dan mana songket India.
"Beza songket Terengganu ini benangnya kilat dan bersinar, tidak kusam seperti songket dari India.
"Benang songket Terengganu akan timbul, tidak 'flat' seperti songket India ini. Jadi sebagai pembeli kena tahu supaya tidak tertipu," jelasnya.
Meletakkan harga yang terlalu tinggi juga jelasnya boleh akibatkan orang ramai takut untuk membeli songket tenunan Terengganu ini.
"Kak Nik nak persoal tapi nanti pengusaha marah. Tapi kenapalah jual harga sampai RM30,000 hingga RM40,000 tu, Kak Nik tak setuju dengan harga begitu.
"Apabila kita jual harga begitu orang ramai gerun untuk tengok dan beli songket Terengganu. Kita nak meniaga bukan satu helai, kita nak meniaga berterusan," katanya.
Kerajaan ujarnya harus mengambil pendekatan - mengawal kemasukan songket buatan luar dan dalam masa sama memberi galakan kepada pemain industri untuk meneruskan tradisi pemakaian busana warisan ini.
Hafizi Rosli
Tue Apr 19 2022
Datin Nik Zaleha menunjukkan antara motif corak songket yang boleh didapati di pasaran dengan tempoh masa menyiapkan sehelai songket boleh mencecah berbulan lamanya - Astro AWANI/Hafizi Rosli
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
MetMalaysia memaklumkan, daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico.
Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022.
Remaja perempuan maut diserang jerung ketika berenang di Australia
Mangsa yang berusia 17 tahun mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan tidak dapat diselamatkan.
Impian Kripto ASEAN: Masa Depan Ekonomi Digital
Impian Kripto ASEAN merujuk kepada visi untuk mengintegrasikan dan memajukan teknologi kriptowang dan blockchain dalam rantau ASEAN. Inisiatif ini bertujuan untuk memanfaatkan potensi aset digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi, inovasi, dan keterangkuman kewangan di seluruh negara anggota.
AWANI Ringkas: Tumpuan Dewan Rakyat | Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).
ASEAN Kita:Timor Leste | The road to full membership
Join our exclusive discussion on ASEAN Kita with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, as we explore Timor-Leste’s journey towards full ASEAN membership, the challenges ahead, and what this means for the region.
Kemasukan songket luar malapkan industri tenunan Terengganu
Sukar buat pengusaha untuk menandingi harga songket dari luar ini yang menggunakan mesin serta bahan kurang berkualiti.