Bukan satu kegilaan baharu, namun permainan RC (remote control) atau alat kawalan jauh sentiasa relevan dan terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tidak kira usia.
Penggemar aktiviti kawalan jauh itu memang serius dalam hobi mereka, jadi tidak hairan jika seorang individu memiliki lebih daripada satu jentera RC berskala sama ada daripada model trak pikap, pembinaan (contruction) atau crawler (jentera 4x4).
Mengemudi jentera RC berskala juga memerlukan kawasan beserta tapak permainan khas bagi setiap kategori RC, dibangunkan oleh sekumpulan penggemar aktiviti itu.
Ahli Ulu Klang Remote Control (UKRC), Mohd. Rafiz Abu Bakar berkata, di salah sebuah ‘port’ mereka yang terletak di Keramat, kawasan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya jalan raya yang dibina sendiri khusus untuk RC trak pikap, tapak pembinaan yang dikepung menggunakan zink beserta pasir untuk RC pembinaan dan juga kawasan berhalangan bagi RC crawler.
“RC trak pikap kita bina jalan raya sama macam jalan raya biasa, cuma skalanya kecil..manakala tapak pembinaan itu ada pasir untuk mereka menguji jentera mengorek atau memindahkan pasir menggunakan bulldozer atau excavator.
“RC crawler 4x4 yang ada di sini kebanyakan semuanya menggunakan bateri. Ada yang berminat macam scale, bermain lebih pada scale lah. Bagi yang minat pada hardcore, kita main pada halangan yang lebih ekstrem yang lebih sikit menggunakan 'winch', PTO winch atau electric winch untuk menggerakkan kenderaan bila tersangkut pada satu-satu halangan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menyentuh tentang kit permulaan bagi yang mula-mula berjinak dalam RC, Mohd. Rafiz menjelaskan mudah untuk membeli kit Ready To Run (RTR) di mana-mana kedai RC dengan harga mininum RM2,500.
RTR bermakna anda hanya perlu mengecas bateri dan cukup waktu, boleh cuba uji kekuatan jentera anda.
“Bagi yang mahu lebih ekstrem, boleh ubah suai jentera mereka termasuk tukar tayar atau mana-mana bahagian yang dirasa boleh meningkatkan kuasa RC anda. Ikut pada bajet anda, tukar mana yang perlu,” jelasnya.
Sementara itu, bagi seorang pekerja swasta, Azizul Yusof, minatnya dalam lapangan ini sudah terbit sejak kecil.
“RC trak pikap pertama saya berharga RM1,600. Saya ubah suai dari semasa ke semasa ikut bajet sehingga mencecah RM10,000..tetapi bukan semuanya saya belanjakan serentak.“Bila kita minat, ia menjadikan kita tenang dan kepuasan itu menggembirakan saya. Masa banyak dihabiskan di rumah bersama anak dan isteri kerana saya memiliki lapangan peribadi dalam kawasan rumah.
“Bila bermain di luar bersama kawan-kawan, isteri dan anak juga boleh turut serta,” jelasnya.
Dalam pada itu, bagi kakitangan awam, Abdul Rahman Talib, dia lebih kepada RC crawler dan kini memilik sebanyak lima buah model jentera berkenaan selepas mula beraksi pada 2012.
Modal permulaannya hanya RM1,000 sebelum melakukan pelbagai ubah suai sehingga jenteranya mampu membelah halangan termasuk di kawasan berbukit, batu-batu serta halangan berlumpur.
“Saya lebih suka menghasilkan semua secara sendiri, DIY, buat sendiri aksesori tambahan atau alat bantuan sokongan. Bila buat sendiri, kita akan rasa puas. Ada juga yang lebih senang beli dan terus pasang, terpulang kepada individu dan keselesaan mereka.
“Daripada biasa, saya cuba upgrade sehingga RC saya berada pada tahap yang baik. Ilmu DIY ini juga saya kongsi dengan rakan-rakan lain. Bila kita bermain dan berkumpul ramai-ramai, banyak boleh kita bincangkan. Apa yang boleh kita tambah, apa yang boleh kita bantu..secara tidak langsung, ia merapatkan hubungan kami semua,” tambahnya.
Sahlizah Mohamed
Mon Jul 13 2020
'Membeli' semula zaman kanak-kanak menerusi hobi remote control (RC) mengikut pilihan sama ada RC trak, RC crawler atau RC construction. - Foto Mohd Rafiz Abu Bakar
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
7 maut dalam letupan bom di Pakistan
Polis dan pasukan keselamatan telah menutup kawasan itu dan melancarkan operasi bagi menangkap pelakunya.
Ultra Remote daripada Astro rangkul anugerah '2020 Red Dot Award'
40 juri antarabangsa sepakat memilih peranti itu kerana susun atur butang yang mesra pengguna malah disusun dengan baik sekali gus membolehkan pengguna mengendalikan alat kawalan jauh itu dengan lebih
Kepuasan mengemudi jentera RC berskala
Bukan satu kegilaan baharu, namun permainan RC (remote control) atau alat kawalan jauh sentiasa relevan dan terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tidak kira usia.
Bermain dron beri kepuasan kepada penggemar
'Adam Junior' lebih suka bermain dron yang lebih mudah untuk dikendalikan berbanding alat permainan kawalan jauh seperti helikopter dan kapal terbang.