KOTA KINABALU: Kompleks Pasar Kota Kinabalu di sini dijenamakan semula sebagai Anjung Kinabalu menerusi kempen Harum Kinabalu yang dilancarkan pada Jumaat.
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam kenyataan pada Jumaat memberitahu sehubungan dengan itu, setiap blok bangunan di kompleks itu diberi nama baharu diinspirasikan daripada barang jualan antaranya D'Walai Mutiara yang sebelum ini dikenali sebagai Pasar Kraftangan.
Turut diberi nama baharu ialah D'Walai Cincin yang sebelum ini dikenali Pasar Sinsuran, D'Walai Suri (Pasar Malam), D'Walai Haruman (Pasar Buah) dan D'Walai Matabiru (Pasar Ikan Masin).
"Kempen ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria dan selamat untuk dikunjungi di samping meningkatkan kesedaran kepada masyarakat setempat dan pemilik premis atas kepentingan kebersihan.
"Ia melibatkan 383 pengusaha gerai di Anjung Kinabalu yang berada di bawah pengurusan tiga persatuan iaitu Persatuan Penjaja Bumiputera Pantai Barat Kota Kinabalu, Persatuan Peniaga Kraftangan Kota Kinabalu dan Persatuan Penjual Ikan Masin dan Buah," menurut kenyataan itu.
Kempen Harum Kinabalu merupakan cetusan idea Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Sabah Datin Seri Dr Nuinda Alias.
Kempen hasil kerjasama DBKK, Puspanita Cawangan Sabah dan Puspanita Cawangan DBKK itu juga akan diisi dengan pelbagai program bermula hari ini hingga 6 Julai ini.
Program itu antaranya Pembersihan Pasar, Penyediaan Tong Sampah, Penyediaan Papan Tanda Larangan Membuang Sampah Merata-rata, Pasar Sebagai Zon Contoh Kebersihan, Zon Pasar Terbersih dan Penggredan Zon Terbersih serta Gerai Bersih.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024
![Kompleks Pasar Kota Kinabalu dijenamakan semula sebagai Anjung Kinabalu Kompleks Pasar Kota Kinabalu dijenamakan semula sebagai Anjung Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717772654_ANJUNGKINABALU.jpg)
Kempen Harum Kinabalu melibatkan 383 pengusaha gerai di Anjung Kinabalu yang berada di bawah pengurusan tiga persatuan. - Foto Facebook/Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![M K Land serah kompleks pasar dan gerai Taman Bunga Raya kepada MPHS M K Land serah kompleks pasar dan gerai Taman Bunga Raya kepada MPHS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730343287_KompleksPasar.jpg)
M K Land serah kompleks pasar dan gerai Taman Bunga Raya kepada MPHS
Fasiliti baharu ini menambah lagi infrastruktur berpusatkan komuniti yang telah dibangunkan sejak perbandaran ini dibangunkan pada 1996.
![Kompleks Pasar Kota Kinabalu dijenamakan semula sebagai Anjung Kinabalu Kompleks Pasar Kota Kinabalu dijenamakan semula sebagai Anjung Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717772654_ANJUNGKINABALU.jpg)
Kompleks Pasar Kota Kinabalu dijenamakan semula sebagai Anjung Kinabalu
Setiap blok bangunan di kompleks itu diberi nama baharu diinspirasikan daripada barang jualan.