Tidak lengkap sesuatu perayaan tanpa hidangan tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun.
Bagi masyarakat Dayak di Rumah Panjang Henry Nguling Kanowit, Kuih Cuan dan Kuih Sarang Semut antara hidangan wajib untuk dijamu kepada tetamu serta sanak saudara yang datang 'ngabang' atau berkunjung.
Meskipun perayaan Gawai kali ini disambut dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kedua-dua kuih tradisi ini tidak dilupakan.
Bagi penjual kuih tradisi, Patricia Suntak, ramuan kuih itu cukup mudah; dengan hanya menggunakan tepung beras, gula, gula apong selain digoreng menggunakan teknik goyang cuan.
"Masa perayaan setiap pintu rumah panjang wajib membuat atau menyediakan kedua-dua kuih ini. Bagi saya juga semasa perayaan Gawai ini banyak tempahan diterima. Ia adalah kuih wajib sepanjang perayaan Gawai," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Bagi penduduk Rumah Panjang Henry Nguling pula, Janet Peter walaupun ada kuih moden menghiasi hidangan di atas meja, kuih tradisi seperti Kuih Cuan dan Sarang Semut tetap menjadi pilihan utama.
"Saya tak sempat hendak buat kuih-muih macam ni jadi beli sahaja untuk sambutan Hari Gawai. Sambutan Gawai tahun ini hanya disambut sederhana ekoran PKPB," katanya.
Lynch Cowan
Sat May 30 2020
Tidak lengkap sesuatu perayaan tanpa hidangan tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun.
Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
Jemaah haji visa Furada disarankan gunakan PJH berlesen TH
Jemaah haji yang memperoleh visa Furada disarankan menggunakan perkhidmatan PJH berlesen Tabung Haji untuk memastikan kebajikan dan mengelakkan penipuan haji.
Pencarum PERKESO tidak perlu bayar rawatan di klinik panel mulai tahun ini
Pencarum PERKESO kini boleh mendapatkan rawatan di 1,400 klinik panel tanpa bayaran untuk kes kemalangan pekerjaan dan penyakit khidmat mulai tahun ini.
“Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here..” - Sultan Pahang
Demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika ditanya dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI berkaitan perancangan baginda tentang pembangunan negeri itu.
Jangan bertelagah kerana sebab-sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan
Mereka yang terdiri daripada 40 lelaki dan 24 perempuan ini memulakan sesi latihan pada 9 pagi dengan pantauan jurulatih dari TDM dan TUDM.
Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah
Dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI, baginda menyifatkan sambutan tersebut sebagai satu pembaharuan di Kuantan dan mahu menjadikkannya sebagai satu lagi produk tarikan pelancongan sempena musim perayaan.
Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari
Abang Johari berkata platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak menunjukkan penurunan setakat pagi ini.
PRN Sabah: Sorakan bergema bila Bung Moktar umum kemenangan
Sorakan kemenangan bergema di lokasi berkumpul pemimpin-pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS), di Ibu Pejabat UMNO Sabah.