Legoland Malaysia menerima respons baik daripada industri pelancongan di Forum Pelancongan Asean (ATF) di sini.
Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia, Thilakavathy Munusamy berkata agen pengembaraan dari Timur Tengah, Australia, New Zealand, India, Filipina, Thailand dan Indonesia menunjuk minat dalam memasukkan produk tersebut dalam pakej mereka.
"Mengejutkan, kami turut menerima respons baik dari agen pengembaaran Malaysia kerana mudah bagi mereka untuk berbincang dengan kita di bawah satu bumbung ketika mengambil bahagian di ATF," katanya kepada Bernama di luar ATF.
Legoland Malaysia merupaka taman tema lego keluarga pertama di Asia yang terletak di Nusajaya, Johor dan dibuka pada September tahun lalu.
Ia menyediakan lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan di kawasan seluas 30 hektar yang mengandungi tujuh taman tema dibina daripada lebih 50 juta bongkah lego.
Mengenai respons pengunjung, Thilakavathy berkata jumlah pengunjung telah telah melebihi sasaran awal yang ditetapkan.
"Kami menerima 50 peratus pengunjung dari Malaysia dan 50 peratus lagi dari Singapura," katanya.
Beliau berkata taman tema itu mudah dikunjungi pelawat dari Kuala Lumpur dan Singapura.
"Selalunya, pelancong dari Singapura akan ke Universal Studio (di Singapura) terlebih dahulu diikuti Legoland sementara pelancong dari Malaysia akan pergi ke Legoland dalulu kemudiannya Universal Studio," katanya.
Beliau berkata ia terletak di kawasan strategik kerana pelancong dari Asia boleh melawat kedua-dua taman tema yang terletak berhampiran antara satu sama lain.
Secara kebetulan juga, gerai Legoland Malaysia terletak hampir dengan gerai Universal Studio di ATF.
Thilakavathy berkata ATF, pameran perdagangan pelancongan terulung Asean telah menjadi platform baik untuk Legoland Malaysia mencipta kesedaran dan promosi.
Bernama
Wed Jan 23 2013
![Legoland terima respons positif di ATF Legoland terima respons positif di ATF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51358949832_295x200.jpg)
![Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602867_AmirHamzah.jpg)
Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.
OpenAI tolak bidaan USD97.4 bilion daripada konsortium diterajui Musk
Pengendali ChatGPT, OpenAI, menolak bidaan bernilai AS$97.4 bilion (RM431.8 bilion) daripada konsortium diterajui oleh bilionair Elon Musk, dengan alasan bahawa syarikat pemula itu bukan untuk dijual.
Joehari Ayub sah presiden baharu FAM
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Ada banyak jawatankuasa boleh bincang isu hal ehwal bukan Islam
Tiada keperluan untuk mewujudkan portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Kerajaan MADANI tidak pinggir mana-mana kaum
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun wujud dakwaan beliau hanya mementingkan kaum tertentu, khususnya Melayu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan bersifat adil kepada semua.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun wujud dakwaan beliau hanya mementingkan kaum tertentu, khususnya Melayu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan bersifat adil kepada semua.
![Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739606304_SaifuddinNasutionI.jpg)
Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.
Kes tembak Tg Rhu: Siasatan libat SOP penggunaan senjata api
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan siasatan secara terperinci termasuk aspek prosedur operasi standard (SOP) penggunaan senjata api berhubung insiden tembakan membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, Selangor pada 24 Januari lalu.
Semak Akta SOSMA, teliti hak asasi manusia keselamatan negara
Kementerian dalam negeri akan menjelaskan keputusan kerajaan untuk meneliti semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Parlimen minggu hadapan.
[TERKINI] Suspek kes bunuh Norshamira direman tujuh hari
Seorang lelaki berusia 53 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita di tepi sungai Kuantan, direman selama tujuh hari
![Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739604378_hostagerelease.jpg)
Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan
Angggota Hamas dan penduduk tempatan berkumpul di bandar selatan Gaza, Khan Younis menjelang pembebasan tiga tebusan yang dijangka berlaku pada Sabtu.
![Legoland terima respons positif di ATF Legoland terima respons positif di ATF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51358949832_295x200.jpg)
Legoland terima respons positif di ATF
Legoland Malaysia menerima respons baik daripada industri pelancongan di Forum Pelancongan Asean (ATF) di sini.