MASA bercinta, bukan main lagi pasangan layan berborak. Ada sahaja topik yang dibincangkan. Malah, pasangan ikut sahaja dan iyakan apa yang dikatakan. Kadang-kadang siap bagi idea lagi.
Begitulah, sebelum berkahwin tidak kisah pun. Tetapi apabila sudah berkahwin, mulalah malas nak melayan, sepuluh ditanya isteri, satu sahaja jawapan.
Itupun kalau dia rajin nak menjawab. Kalau tidak anggukan saja.
Kadang-kadang boleh naik pelik apabila tengok perubahan suami. Mungkinkah sebab sudah bosan atau rimas dengan apa yang dikatakan oleh isteri?
Jangan rimas atau jemu, layan sahaja isteri. Mungkin, cara ini boleh bagi berjuta idea untuk suami nanti. Malah, dikatakan otak lelaki akan menjadi geliga kalau sentiasa layan isteri borak.
Betul atau tidak, bacalah perkongsian daripada Mohd Fhais Salim ini. Cukup menarik.
Layan isteri bercakap, otak jadi geliga
Ini fakta, otak lelaki boleh menjadi makin geliga kalau selalu layan isteri borak!
Otak kita akan menjadi geliga kalau layan isteri borak. Ini memang serius sebab semakin kerap dengar celoteh isteri semakin otak ini jadi bergeliga, selalu idea baharu datang dengan sendiri.
Padahal yang isteri berceloteh itu tidak ada kaitan langsung dengan kerja kita pun
Dikatakan secara purata wanita boleh bercakap 20,000 patah perkataan sehari. Lelaki pula hanya 7,000 sahaja. Sikit sangat kan! 3 kali ganda lebih banyak.
Jadi, memang logiklah suami layan isteri borak, otak suami akan jadi lebih bijak tiga kali ganda lebih tinggi daripada suami borak dengan kawan-kawan lelaki.
Bayangkan jika borak dengan lelaki, otak suami hanya akan memproses 7,000 patah perkataan sahaja. Lebih baik borak dengan isteri.
Borak dengan isteri, otak suami dipaksa untuk proses 20,000 patah perkataan sekaligus.
Lebih banyak memproses akan membuatkan otak suami jadi lebih cepat berfikir.
Patutlah wanita boleh berfikir 10 kali ganda lebih cepat daripada lelaki. Sejak kecil lagi sudah proses 20,000 patah kata sehari.
Jadi, memang tidak hairanlah kalau isteri dalam kereta dia boleh bercakap basuh pinggan, lipat baju dia bercakap, malah tengah makan pun dia boleh bercakap.
Sebabnya, dia ada kuota 20,000 patah kata yang perlu dipenuhi.
Selepas ini, kalau nampak isteri berceloteh jangan rimas, pasang telinga betul-betul sebab mungkin idea jutaan ringgit boleh datang dengan tiba-tiba.
Makin suami layan isteri berborak, makin kita faham isi hati dia. Kerana wanita sentiasa bercakap dari hati.
Mingguan Wanita : Isteri kena habiskan patah kata itu setiap hari. Kalau tidak, nanti akan dibawa ke hadapan, lagi banyak pula akan diboraknya. Mampu ke suami dengar?
Sumber: Mohd Fhais Salim
* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.
Mingguan Wanita
Mon Oct 18 2021

Dikatakan secara purata wanita boleh bercakap 20,000 patah perkataan sehari. Lelaki pula hanya 7,000 sahaja. - Foto Mingguan Wanita
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Suami pukul isteri gara-gara mahu pindah dari rumah mentua
Siasatan awal mendapati pelaku naik angin setelah mangsa mengajaknya tinggal di rumah sewa.

Polis kesan suami tampar isteri
Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.

Suami Zahnita Wilson direman kes keganasan rumah tangga
Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan kira-kira jam 8.30 pagi dan selesai reman setengah jam kemudian.

Diabai ketika sakit, suami tikam isteri hingga mati
Suspek dipercayai terasa hati dengan mangsa yang seolah-olah mengabaikannya ketika dia sedang sakit.

Lelaki bunuh, tanam mayat isteri hamil 5 bulan belakang rumah
Siasatan awal mendapati AS tergamak menetak isterinya dengan parang hingga mati kerana khabar angin mangsa kononnya berlaku curang.

Polis tahan lelaki cekik, ugut, tolak isteri dalam gaung di Gerik
Suspek akan ditangkap semula oleh pihak IPD Gerik untuk siasatan lanjut selepas urusan siasatan di Baling selesai.

Bakar suami sebab kuat main judi 'online'
Siasatan awal mendapati pelaku melakukan perbuatan itu kerana konflik rumah tangga.

‘Tiada kesalahan suami Hannah terima tender kerajaan Selangor’ - KP SPRM
SPRM mengesahkan kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada Kerajaan Selangor tidak mengandungi sebarang kesalahan.

Lelaki sedar dari koma selepas 10 tahun
Sun Hongxia enggan berputus asa menjaga suaminya yang mengalami kondisi sedemikian selepas terkena serangan jantung.