MELAKA: Pertandingan mencari harta karun 'Melaka Explorace 2024' anjuran kerajaan negeri dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) nanti akan memberi tumpuan terhadap produk-produk pelancongan negeri, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata kesan-kesan peninggalan sejarah di pelbagai destinasi setiap daerah di Melaka juga akan ditonjolkan dalam pertandingan itu nanti.
Dalam satu hantaran di laman sosial Facebook rasmi beliau di sini hari ini, katanya beliau turut memberikan beberapa pandangan dan idea bagi memastikan penganjuran Melaka Explorace 2024 itu nanti benar-benar memberi impak kepada kerajaan negeri Melaka khususnya sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
"Saya juga mahu pihak penganjur menambah bilangan peserta, selain memfokuskan produk pelancongan negeri, kesan sejarah serta destinasi pelancongan di setiap daerah untuk menonjolkan keunikan yang terdapat di Melaka," katanya.
Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan sempena penganjuran Melaka Explorace 2024 di Bilik Mesyuarat Tun Bijasura, Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri pada Isnin.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Pengurus Besar, Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Sa'ari Basiron dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
Kerajaan negeri sebelum ini memasukkan Melaka Explorace 2024 yang dijangka berlangsung pada bulan Jun atau Julai depan, dalam kalendar TMM2024.
Tiga kategori dibuka bagi pertandingan mencari harta karun berkenaan membabitkan awam, pengamal media dan agensi kerajaan negeri Melaka. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024

Ab Rauf mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan sempena penganjuran Melaka Explorace 2024 di Bilik Mesyuarat Tun Bijasura, Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri pada Isnin. - Gambar Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Melaka Explorace 2024 tumpu produk pelancongan negeri
Pertandingan mencari harta karun 'Melaka Explorace 2024' anjuran kerajaan negeri dan Bernama akan memberi tumpuan terhadap produk-produk pelancongan negeri.